Sunday, February 15, 2009

Cukupkah Masa Aku Untuk Islam?

Cukupkah masa aku untuk Islam? Tepuk dada tanya diri sendiri…Tapi bagi diri ini, Allah memang telah mencipta waktu yang cukup. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya.

Kalau boleh, kita peruntukkan masa lebih kurang dua jam dalam sehari untuk Islam. 2 jam daripada 24 jam bukannya sesuatu yang lama. Waktu yang saya cadangkan adalah ketika maghrib dan isyak. Start 7.30 malam sampai 9.30 malam. Dalam masa dua jam ini, gunakanlah sepenuhnya untuk agama. Tidak kiralah apa-apa amalan sekalipun. Allah menguji kita sebagai pelajar dengan 2 ujian yang besar. Pertama adalah masa dan kedua adalah harta. Allah akan menguji kita sama ada kita mampu atau tidak membawa agama sejajar dengan pelajaran. Dan percayalah, masa kita untuk agama dan study terlebih daripada cukup. Yang kedua adalah harta. Allah akan menguji sama ada kita mampu atau tidak menginfakkan sedikit duit (biasiswa/pinjaman) untuk Islam.

Ikhlaskan hati, belilah buku-buku agama untuk menambah pengetahuan Islam. Sebuah buku bukannya mahal sangat, jika ingin dibandingkan dengan ganjaran yang akan dibei oleh Allah s.w.t. Apa lagi jika kita menyebarkan ilmu daripada buku tersebut kepada orang lain atau mewakafkan buku tersebut. Pahala yang akan diterima berganda-ganda!
Kita memang tidak Nampak pahala, sebab itulah kita lebih rela menghabiskan duit untuk perkara yang tidak berfaedah, makan makanan yang mahal, membeli benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak member manfaat untuk akhirat malah boleh mengakibatkan kita berdosa. Contoh, bermain bowling itu tidak salah kalau tujuannya untuk beriadah, tapi, kalau main bowling sampai melalaikan solat, maka duit kita habis dan kita pun akan dapat dosa.

Mengapa ramai orang yang akan melarikan diri dari majlis agama walaupun mereka bukannya tidak mempunyai masa lapang? Jawapannya hanya satu. Iman belum terbentuk dalam hati mereka. Iman adalah asas dalam Islam. Untuk masuk Islam, seseorang perlu bersyahadah terlebih dahulu. Ini menunjukkan betapa iman itu amat penting. Selepas itu mereka wajib berusaha ke atas iman supaya ia terus bertambah. Dan pada masa yang sama, mereka juga perlu menyampaikan dakwah kepada orang lain.

Rasulullah bekerja keras selama 13 tahun untuk membentuk iman di hati para sahabat. Dan hasilnya iman mereka sangat mantap hingga Allah s.w.t. telah meredhai mereka. Bahkan mereka juga disebut dalam Al-Quran:

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang rnenentang Allah dan Rasul Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Al Mujadalah: 22)

Abu Ubaidah al-Jarrah, seorang sahabat yang sangat dipercayai oleh Rasulullah s.a.w sanggup membunuh bapanya sendiri semasa perang badar untuk memusnahkan kemusyrikan yang bersarang di hati ayahnya walaupun dia terpaksa melakukannya. Begitu hebat sekali iman para sahabat.

Jadi, penuhilah masa terluang kita dengan membaca bahan bacaan agama, khususnya bahan yang boleh merangsang iman kita.(Saya cadangkan Kitab Fadhilat Amal, Riyadhus Solihin & Kisah Para Sahabat). Kita bukan sahaja memperoleh ilmu baru, malah dapat mengelakkan kita daripada melakukan benda-benda yang lagha dan maksiat. Kalau diri saya, masa terluang jika tidak diisi, mulalah buat benda-benda mengarut. Sebab tu sebelum masa terluang, kita perlu merancang masa kita.

Jadi, penuhilah masa kita untuk Islam dalam sehari walaupun sekejap. Kejayan kita yang sebenar bukannya dalam harta, pangkat, kuasa tapi kejayaan yang hakiki adalah dalam agama.

2 comments:

Anonymous said...

ya Allah..
masih kurang masakui untuk islam...

Unknown said...

very nice information islamic videos

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...