Monday, November 3, 2008

Gerun dan Takut

Dah banyak kali terasa nak berhenti menulis blog. Bukan kerana malas atau tidak minat, tapi kerana takut; takut diri sendiri terabai…Kalau tanya kawan saya Fahmi samalah jawapannya. Takut.

Menulis bukan ingin mengajar, tapi untuk sama-sama belajar, belajar dan terus belajar…

Saya pernah terasa down sangat-sangat. Masalah susah nak istiqamah, amal pastu tinggal balik ape yang dah buat. Susah nak tarbiah diri sendiri berbanding kita cakap kat orang lain. Hmm…

Tiada Pilihan Kedua

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukan kamu.” (S. Muhammad:7)

Tiada pilihan lain. Inilah pilihan kita.Yang wajib dipilih adalah jalan ini sahaja iaitu menyampaikan; dakwah. Orang yang tahu tapi tidak memberitahu adalah lebih teruk berbanding orang yang tak tahu langsung. Dan wajib kita mencuba walaupun diri kita tidak sempurna. Saya teringat kata-kata seorang pak cik, apabila kita telah mengamalkan suruhanAllah dan menjauhi larangan dalam erti kata yang sebenar (seperti cara Rasulullah s.a.w.) dalam setiap aspek, maka Allah akan berikan daulah kepada kita. Namun melihat keadaan sekarang, masih adakah hari esok untuk Islam?

Jom kita tanya diri sendiri…

Keyakinan Yang Utuh

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.(rujuk s.al-Ahzab).

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Apabila ditanya, ramai yang kurang tahu dan kurang ambil tahu tentang sejarah islam. Tapi ramai juga yang tahu. Apabila bercakap tentang sejarah islam, saya amat berasa bangga dengan pencapaian islam dahulu.Siapa yang tak bangga memang pelik la die tu…Tapi sekarang camne keadaan umat islam?

Islam akan berpihak kepada kita akhirnya. Dan saya turut sertakan suatu peristiwa ketika Saidina Umar r.a. bertanya kepada sahabatnya….

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

End Credit…

Friday, October 31, 2008

Aku Bebas

Aku Bebas
“Suka hati aku la nak buat ape! Kan aku dah besar…”
“Hidup kat universiti ni dah bebas, suka hati la kita nak buat ape pun…dah tak terikat dengan peraturan…kalau ade pun sikit sangat je…”
“Bebas”. Kehidupan di universiti memang ada kalanya bebas. Dan ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melakukan perkara yang mereka tidak boleh lakukan di sekolah dahulu terutama di sekolah…khususnya sekolah asrama.
Ke mana arah tuju kita? Hanya kita yang dapat tentukan…sama ada berhijrah kepada baik atau buruk.
Dan kali ini saya minta maaf (sbnrnya x payah kut), ramai yang menjadikan universiti tempat memadu kasih, bercinta, couple. Ramai yang berjaya hingga ke jinjang pelamin, tapi lagi ramai yang tersungkur di tengah jalan…
Antara dua jalan yang mana akan kita pilih? Hijrah kearah kebaikan atau keburukan. Mulakan kembali diri kita. Belajar daripada kesalahan, itulah hidup yang sebenar….
Pilih salah satu…dan kita wajib memilih yang baik kerana kita semua mahukan yang terbaik….Dulu jika pernah tersungkur, sama-samalah kita tinggalkan. Buang yang keruh, ambil yang jernih…Mulakan kembali diri kita…
“Jauhi Ikhtilat”
Moga Allah memelihara kita.

Tuesday, October 21, 2008

Catatan Di Bumi Khalifah



Hayatilah video ni...
saat di mana seluruh empayar Turki Uthmaniyyah jatuh pada 1924...

Sunday, October 19, 2008

Kolonialisme & Kebencian Terhadap Islam


Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah pemerintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.

Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis “mentadbir” umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.

Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi “musuh dalam selimut” kepada masyarakat Islam.

Thursday, September 25, 2008

Adakah Penampilan Melambangkan Keperibadian Seseorang??


Assalamualaikum w.b.t...dan selamat menyambut hari raya saya ucapkan kepada semua...sekarang ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Saya hari sabtu ni baru balik..hmm, lmbt ckit..roomate saya dah nak balik malam nie...moga-moga selamat sampai ke destinasi...Kali ini saya bukan hanya hendak mengupas sesuatu isu, tapi saya mengharapkan komen daripada para pembaca sekalian. Apakah perlu seseorang itu memakai serban, jubah, berambut pendek untuk berdakwah? Atau seseorang itu bebas memakai pakaian apa sahaja asalkan ia menutup aurat dan tidak melanggari syariat Islam?

Minggu lepas saya bertemu dengan kawan sekolah rendah saya masa kat pasar ramadhan. Dia masa tu pakai kopiah..dalam hati saya kata, em bagus la kalau aku camni...Saya masa tu hanya pakai t-shirt levis yg x ori dan seluar jeans. Masa tu nak beli makanan nak bukak puasa. Saya gi ngan kawan saya masa tu. Lepas tu borak-borak la jap ngan kawan lama sayatu. Dia nampak macam x selesa je masa cakap ngan saya. Dulu x la macam tu. Saya pikir gak dalam hati, mungkin x selesa sebab saya pakai macam ni. Pastu pulak rambut pun agak panjang. Hmm...Rambut saya agak panjang sekarang...tapi tidaklah panjang sangat...hanya panjang di bahagian belakang. Adakah seseorang itu perlu sentiasa berambut pendek dan adakah berambut panjang akan dilabel sebagai orang yang tidak berakhlak? Saya akui, ayah dan mak saya pun tidak suka jika  saya berambut panjang, dan lepas balik nanti saya akan memotong rambut saya kalau mak saya suruh, insyaAllah. Tapi adakah berambut panjang itu melambangkan seseorang yang tidak berakhlak? Tapi saya memang akui, untuk dakwah, memang kita sukar untuk mendekati golongan sasaran jika penampilan kita kurang elok.

Ok,dah pasal rambut. Kedua pasal jubah dan serban pulak. Perlukah kita memakai jubah atau sentiasa memakai kopiah? Ini bergantung kepada seseorang dan juga niat seseorang. Alangkah indahnya jika kita semua memakai jubah dan memakai kopiah. kenapa saya kata ia bergantung kepada niat? Kerana jika seseorang itu niatnya untuk mengamalkan sunnah atau mengelakan dirinya daripada melakukan maksiat, ia menjadi ibadah. Tetapi jika ia memakai hanya untuk menunjuk bahawa dirinya alim, maka dosalah yang dia dapat. Tapi saya sekarang hanya pakai semasa nak gi sembahyang je...Hmm, nanti saya pun harap dapat pakai terus. Tapi sekarang susah lagi rasanya, yang penting kita cuba walaupun slow-slow.

Hmm...ni sebenarnya bergantung kepada seseorang. Jika baik niatnya, maka ia tetap akan menjadi baik. Tapi jika buruk niatnya, maka otomatik benda yang baik pun boleh menjad buruk.
Tapi bagi saya, asalkan ia menutup aurat, x melanggar syariat dan tidak mempunyai niat tertentu maka bolehlah nak pakai ape pun. Ok, dah rasanya untuk kali ni. Assalamualaikum...

Monday, September 15, 2008

Saya berulang kali mendengar lagu Hijrah dendangan mu’adz. Best betul lagu tu. Lagu tu berdasarkan hadis 40 imam nawawi yang pertama iaitu berkenaan niat. Setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap orang itu adalah apa yang kita niatkan. Bagi saya semua lagu muadz best dan mempunyai mesej yang jelas. Contohnya lagu Amrullah & Stand Up…tapi saya xtau kenapa dia x popular sgt..

Ayat ke-3 surah As-Saff bermaksud;

“Amat besar kebencian Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”. Ayat ini sudah cukup untuk membuatkan saya nak  berhenti daripada menulis blog ni.

 Tapi ayat selepas itu membuatkan saya bersemangat balik:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

            Di sini saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mahu mengajar, tapi saya hanya ingin belajar dan berkongsi ilmu kerana saya memang tidak mampu dan memang lemah. Jadi tegurlah saya dalam apa jua keadaan. Saya hanya manusia yang penuh dengan kelemahan dan kepincangan. Semuanya datang dari Allah. Bahkan kita semua tidak mampu. Hanya Allah yang berhak memberikan hidayah kepada seseorang. Saya takut, akan dimurkai Allah kerana menyampaikan tetapi diri sendiri terabai. Diri saya ni pelik sikit, kalau saya x ikut program agama lebih 2 minggu, pastu dah mula lalai balik. Ni yang saya amat takut. Terutama waktu balik rumah. Ini sudah banyak terjadi…Dan orang-orang inilah yang akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah. Nauzubillah. Moga-moga ia bukan saya dan kita

Untuk Warga Farisian Sekalian

Kepada kawan-kawan, saya memohon sejuta kemaafan sewaktu di sekolah dahulu kerana telah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Dan kita semua telah gagal memimpin (Badan Pelajar Islam 06) terutama saya. Dan ianya adalah salah saya. Saya xtau macam mana nak tebus dosa saya…dan kepada teman-teman (khususnya bpi), sama-samalah kita berhijrah kearah lebih baik. Janganlah berubah kepada lebih buruk. Marilah sama-sama kita berbakti semula kepada sekolah (x semestinya masuk alumni), tapi maksud saya, kita boleh adakan program keagamaan di sekolah. Dan saya sedang merancang satu lagi program untuk bpi lepas ni. Jadi saya memerlukan sokongan dari sahabat semua untuk melakukannya. Saya tau, ramai antara kita telah meninggalkan usaha ini, tapi tolonglah buat setakat yang kita mampu. At least, janganlah kita pakai yang yang ketat dan tidak menutup aurat. Jadilah diri kita, yang baik. Ni susah betul ni, akak saya pun masih pakai camni. Tu terpulanglah kepada suami diorang, kerana masing2 dah bersuami. Kemampuan sebenar seseorang itu boleh dinilai apabila dia keluar daripada sekolah, kita tengok dia berubah ke tidak. Sama ada lebih baik atau lebih buruk.

Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang alim atau anak ustaz, tapi jangan kita jadikan alasan keluarga sebagai penghalang. Jadi, sama-samalah kita berdoa, dan saya harap sesiapa yang membaca blog ini boleh mendoakan jugak untuk saya dan dirinya sendiri. Moga-moga kita sentiasa berada di dalam orbit Islam.

 

 

Thursday, September 11, 2008

Menyoroti Kegemilangan Empayar Umayyah-bhgn 1

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan buat saya mencoretkan sesuatu di sini kali ini..minggu nie saya sangatlah sibuk,dengan website presentation, test, quiz dll. Sekarang dah habis semuanya..fuh, memang lega..website pun dah present.nasib baik happy ending gak la. Memang memakan masa betul nak design website, dah banyak malam tidur lewat. Tapi at least saya dah pandai nak design website yg betul..mungkin lepas nie boleh buat website pulak.tp tunggu lepas keja dulu la.haha..

Sekarang kita masih berada dalam bulan Ramadhan, bulan yg penuh maghfirah. Dan minggu depan kita akan menyambut Nuzul Quran. Cepat betul masa berlalu. Kali ini saya nak kita semua menyoroti kembali sejarah perkembangan Islam di dunia. Untuk mmudahkan, saya letak dalam bentuk point je...saya tidak memulakan dengan sejarah Rasulullah, kerana ramai yang sudah tahu sirah Nabi..tapi saya mulakan dengan zaman Umaiyyah..zaman-zaman lain akan bersambung...

661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik, Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz, dan Hisyam bin Abdul Malik.

680M YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk dikuburkan di Baqi'.
ABDUL MALIK BIN MARWAN - dianggap pengasa kedua Kerajaan Umaiyah kerana kejayaannya membangun semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami krisis dengan puak Khawarij dan Syiah. UMAR BIN ABD AZIZ - Terkenal dengan Keadilan dan semangat keislamannya. Beliau banyak mencontohi khalifah Umar bin Al Khattab. HISYAM BIN ABD MALIK - bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas beliau untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah.
Ilmu pengetahuan telah berkembang dengan baik pada zaman ini. Ianya meliputi bidang bahasa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir,dan tauhid. Ilmu bahasa dan sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-dua kota tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah lahirnya seorang ahli filologi Arab bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa Arab. pada masa ini Al Quran diletak tanda baris bagi memudahkan pembacaan.

Pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa Arab.
Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital Kusta. Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi ilmu agama berkembang dengan pesat. Pada zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulama' hadis seperti;
URWAH BIN ALZUBIR
IBNU SYIHAB AL ZUHRI

Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang dengan lahirnya kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal ialah HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA'

756M Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula.


ANDALUSIA (Umaiyyah 2)

756-1031M Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd Rahman Al Dakhil di Cordova Spanyol (275 Tahun). Kerajaan Andalus ini dikalahkan oleh Kristian di Toledo.

Di Andalus, Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih pesat, dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama. Cordova telah menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.Bangsa Eropah belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova tetapi di Seville , Toledo dan Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat terjemahan dan disinilah orang eropah mengambil ilmu Yunani menerusi karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Dalam bidang seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan khat ayat-ayat suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi.
Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Di sini terdapat kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin andalus juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan menyuburkannya.
Bersambung....

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan-Fahami Betul-Betul

Fahami Apa Itu Puasa

Assalamualaikum…dah lama saya x menulis..memang sibuk akhir2 nie..assignments pun banyak. Sekarang pun banyak lagi. Tapi saya cuba jugak untuk luangkan masa untuk meluahkan pendapat. Sebenarnya x tau ape nak tulis, mungkin pasal pengalaman saya pulak kot…
Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan maghfirah dan barakah. Bulan di mana ada satu malam yang jika beribadah bersamaan dengan seribu bulan, LailatuiQadar. Marilah sama-sama kita mengucap syukur kerana masih mampu hidup di bulan Ramadhan kali ni. Alhamdulillah.

Sekuat Manakah Kita?

Saya menulis bukan untuk menyatakan saya ‘perfect’, tapi untuk cuba mentarbiah diri saya jugak.. Benda yang paling susah nak buat ialah mentarbiah diri kita sendiri. Bercakap memang senang, tapi buat memang susah. Sama la dengan diri saya. Cakap boleh, nk buat susah. Soalnya, sekuat dan segigih manakah kita mengambil bahagian dalam peluang keemasan yang telah disediakan Allah ini? Peluang untuk menggandakan pahala ni? Tepuk dada, Tanya diri masing-masing. Hanya Allah yang berhak menilai amalan kita.
Isu utama yang berlegar dalam fikiran kitan kita apabila datangnya Ramadhan ialah persiapan hari raya. Baju raya, duit raya, dan macam-macam lagilah, hingga kita lupa akan Ramadhan. Saya ke the plaza alam sentral semalam, dan saya lihat kebanyakan manusia datang untuk membeli persiapan raya. Pasaraya pulak dipasang dengan lagu-lagu raya. Teringat pulak kat kampung…nasib baik saya dah beli tiket raya. Tahun lepas saya pernah pergi ke plaza alam sentral nak bukak puasa dengan roommate, pastu nak semayang terawih kat masjid negeri. Masa tgh nak bukak puasa tu ramai la pasangan-pasangan bahagia tengah menunggu nak bukak puasa. Ade pulak yang tengah berpegangan tangan..Dah la bukan main lama die pegang, mase nak makan baru lepas. Saya fikir gak, diorang nie puasa betul ke? Tu lah silap kita…
Kita fikir puasa hanya untuk menahan daripada makan dan minum, tapi sebenarnya lebih dari tu…Berpuasalah dengan sebenar-benarnya dalam erti kata berpuasa. Sepatutnya puasa tu untuk menundukkan hawa nafsu, bukan untuk meningkatkan nafsu (makan, syahwat, dll). Jadi, jom kita sama-sama membetulkan diri kita..

Monday, August 4, 2008

Hikmah Mentaati Ibu Bapa

Kisah: Hikmah Mentaati Ibu Bapa

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu heran,

"Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya.

Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya."Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman keheranan."Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan."Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit."Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu."Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut."Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.""Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?

""Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.""Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?"
tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan."Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya.

Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...