Monday, February 2, 2009
Fikrah Islam
Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa'la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :
Oleh kerana Dinul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen . Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah." (Al-an'am-116)
Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.
Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.
Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka".
Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama'ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.
Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam 'Amal. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.
Kita juga mesti mempunyai al-wa yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi 'kesedaran Islam' perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai 'kesedaran Islam' akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.
Untuk itu kita perlu kepada didikan atau 'tarbiyyah'. 'Tarbiyyah' yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati. Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima' dan sebagainya.
Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.
Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama' dan mujahid Islam yang mu'tabar. Seterusnya Allah berfirman :
Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya :
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)
Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.
Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu 'kesedaran Islam yang jelas' dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam ... individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.
Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.
Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zar memanggil Bilal dengan panggilan 'Ibnu Assauda'. Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya.
Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya.
"Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu'min"
Thursday, January 22, 2009
Kebenaran Akan Terserlah Akhirnya
Jika kita mengimbas kembali sejarah penubuhan Hamas, pergerakan ini ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yassin dan rakan2 nya yang merupakan sebahagian pendokong ikhwan muslimin di Gaza. Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah ikhwan muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang ats dasar islam menentang penjajahan yahudi di Palestin. Hamas, mempunyai pendirian tegas terhadap penubuhan pemerintahan islam. Dengan adanya Hamas, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah mencari arah perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan yang dikenali sebagai Intifadhah. Keadaan ini berlanjutan hingga sekarang.
Tentera islam tidak akan kalah jika mereka masih beriman sepenuhnya kepada Allah s.w.t. dan berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Percayalah. Itulah formula yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Islam terdahulu yang menyebabkan mereka menang dalam peperangan. Kita sering membaca kisah pahlawan2 terbilang seperti Saidina Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tariq Bin Ziyad dan Salahuddin A-Ayyubi. Tapi apakah kesan kepada diri kita? Apakah kita bersemangat seperti mereka? Tanya diri masing2….
Apa Impak Kepada Diri Kita?
Ramai yang mengeluh lega setelah Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza. Dan ramai juga yang telah kembali menikmati dan menggunakan produk2 yang diboikot selama dua puluh hari++. Apa gunanya kalau usaha kita hanya sementara? Sepatutnya kita berhenti terus daripada menggunakan produk2 ini, bukannya hanya boikot, tapi memang terus berazam tidak mahu menggunakannya.
Satu lagi, apa guna kita hanya membantah denagn suara, demonstrasi dll sekiranya kita belum berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah? Ramai yang turun berdemo, berarak di jalan raya, tapi masjid dan surau masih lagi seperti biasa. Lengang…..hanya ada golongan tua dan kanak2 memenuhi masjid. Remaja? Jauh panggang dari api…
Inilah yang sebenarnya yang kita perlu usahakan. Usaha ke atas iman kita. Iman kita masih belum sempurna; malah teramat jauh untuk mencapai kesempurnaan. Para sahabat r.a. sendiri yang kita tahu iman mereka teramat hebat, juga dinasihati Rasulullah s.a.w. supaya memperbaharui iman. Iman adalah asas dalam ibadah. Tanpa iman, ruh ibadah atau “feel” atau halawatu iman itu akan hilang. Dan saya sendiri masih sangat teramat-teramat lemah. Tapi itu bukan sebab mengapa kita tidak berusaha atas iman kita dan menyampaikan kepada orang lain.
Bangkitlah Wahai Muslimin!
Tatkala matahari di barat semakin hari semakin menampakkan sinarnya, begitu juga kebangkitan Islam di barat. Semakin kuat Islam ditindas, didiskriminasi, dicerca, semakin kuat umat Islam. Hari demi hari ramai yang mula tertarik dengan Islam dan memeluk Islam. Tapi situasi di timur jauh berbeza. Islam kekal statik, malah mungkin semakin lemah. Kerana apa? Kerana kita terlalu dimanjai dengan kemewahan dan kesenangan dunia serta tiada tekanan.
Jadi, adakah kita akan terus menjadi pemerhati tanpa melakukan apa2? Jika demikian, nescaya Allah s.w.t akan menurunkan azabNya. Bangunlah wahai saudaraku, kita masih muda. Dan masa muda itu hanya datang sekali. Manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya….Semoga Allah merahmati kita...
End Credit…Keredhaan
Rujukan: Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden-(Riduan Mohammad Nor)
Wednesday, January 14, 2009
Hakikat Sebuah Cinta
Ramai yang akan menjawab aku menyukaimu kerana Allah s.w.t. Tapi adakah kita berpegang kepada konsep ini dengan sepenuh hati? Cinta seorang lelaki kepada perempuan yang benar2 cintanya berlandaskan kepada Allah s.w.t. Jika ini betul2 berlaku, tak akan ada lagi istilah couple dalam hidup kita, yang ada hanyalah ikatan perkahwinan, kerana cinta kepada Allah tidak membenarkan kita mendekati perkara mungkar; zina.
Memang manusia tidak dapat lari dari fitrah. Ftrah manusia adalah mempunyai sifat mencintai & dicintai oleh orang lain, merasa dihargai dan disayangi. Dan diri saya juga sama. Tidak dapat lari daripada perasaan ini. Tapi batas-batas pergaulan hendaklah dijaga. Islam telah menggariskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.
Andaikan cintamu cinta yang sebenarnya,
Tentu engkau akan selalu taat kepada diriNya
Sesungguhnya orang yang mencintai, akan selalu
Setia dan taat kepada kekasihNya….
Mengenal Cinta Meraih Allah
Memang jauh lagi jarak untuk kita mengenal cinta Allah, apatah lagi meraihnya. Al-Mahabbah(cinta) adalah tahap spiritual seorang hamba yang paling lhur di hadapan Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (Al-Maidah:54)
Para abid telah menggapai tahap cinta ini kepada Rabb. Sejatinya sesebuah cinta adalah kejernihan hati dan jiwa dalam mencinta, dikuatkan dengan mengingati Allah secara terus menerus.
Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi,
Bersabarlah, kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindui kelak.
Pertemuan itu adalah hal yang pasti, maka sabarkanlah dirimu.
Syahdukan dirimu dalam merindu, kerna Dia juga pun merinduimu.
InsyaAllah kita sama-sama berusaha untuk menggapai hakikat sebuah cinta yang hakiki…Semoga kita sama-sama berdoa supaya Allah memelihara kita…amin…
Rujukan:Tafsir Al-Quran
Kisah Cinta Dalam Al-Quran (Misbah Em Majidy & Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat)
Sunday, January 11, 2009
Tarbiyyah Dzatiyyah
When we asked people about da’wah, some of them might replied they cannot proceed the dakwah due to the lack of Islamic knowledge and weakness of nafsu.
It’s same for me. I still find spreading dakwah is a difficult thing and the weakness of nafsu is the main cause. We always give advice to other people to practice “amar maa’ruf nahi mungkar” but sometimes, we also do the same thing.
But that’s not the reason why we abandon da’wah in our daily lives. Rasulullah s.a.w. said “Convey from me, even one verse”(Shahih Bukhari).
Tarbiyyah Dzatiyyah
That’s why Tarbiah Dzatiyyah is very essential to us. Tarbiah Dzatiyyah means tarbiah that we apply to ourselves. This tarbiah is different from tarbiah jama’iyyah, because we only use and relate it to ourselves.
Anas r.a. relates that “We asked the Prophet, ‘O Messenger of Allah, shouldn’t we
refrain from calling others to goodness if we don’t practice all good things ourselves,and shouldn’t we refrain from forbidding wrong things until we ourselves have obtained from all the bad?’. ‘No’, he replies, ‘you should call others to goodness even if you don’t do all good, and you should forbid bad things even if you don’t abstain from all of them yourselves.’” [Al-Tabarani]
It is important to stress that although we should do Da’wah while applying existing knowledge, in addition to this we should always be striving hard towards increasing our knowledge and iman so that we can get closer to our Creator and in effect, answer questions is the most appropriate and best manner.
Thursday, January 8, 2009
Gaza:Salah Siapa?
Sebab itulah saya tetap menulis artikel mengenai Palestin kali ni.
Semalam saya sempat mengikuti ceramah palestin yang bertajuk Sayonara Palestin.
Serangan Israel ke atas Gaza telah mengorbankan 660 lebih secara rasminya sekarang(semalam). Memang ini peperangan habis-habisan Israel untuk menakluk Palestin yang hanya tinggal sekangkang semut itu. Kalau kita menkaji sejarah,sejak zaman Rasulullah s.a.w lg Yahudi mula membuat onar. Keturunan merekalah yang melanggar perjanjian damai dan membunuh khulafa' ar rasyidin. Dan Allah telah bersumpah dalam Al-Quran tentang Yahudi dan Nasrani yang tak akan berhenti memerangi islam.
Banyak masyarakat di dunia hanya menuding jari kepada dua parti di Palestin iaitu Hamas dan Fattah yang tidak sehaluan. Tapi tahukah kita hal yang sebenarnya?
Hamas bertekad untuk mempertahankan Masjidil Aqsa walaupun dibayar dengan darah sekalipun tapi Fattah lebih memilih perdamaian dengan Israel, walaupun Masjidil Aqsa tergadai...
Masjidil Aqsa; salah satu masjid yang disebut dalam Al-Quran,hadis dan merupakan kiblat pertama umat islam....Relakah kita menggadaikannya? Jadi mana satu kita pilih? Hamas atau Fattah?
Kegagalan Fattah memerintah menyebabkan Palestin hilang hampir keseluruhan tanahnya kerana terlalu ingin berdamai. Perjanjin damai yang ditandatangani dengan Israel & Mesir hanya merupakan retorik politik...Zionis takkan berhenti menyerang selagi apa yang mereka mahu belum tercapai.Iaitu menubuhkan "Israel Raya" yang meliputi Palestin, Jordan, Syria dan sebahagian Arab Saudi. Inilah yang dirancang oleh pengasas Zionis,Theodor Hertzel dan sekutu2nya.
Ramai rakyat Malaysia yang menyalahkan parti di Palestin kerana bertelagah. Cuba fikir, bagaiman kita nak bersatu jika ideologi yang dipegang pun sudah berbeza?
Tanyalah mana-mana ustaz, ulama mana sekalipun, jawapan mereka sama; palestin hanya boleh ditakluk balik dengan jihad(perang). Sebab itu Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi membenarkan fatwa "Suicide Bomber" di Palestin..
Kita selalu tengok berita. Perasan tak kenapa Bush asyik menyalahkan Hamas dalam setiap serangan Israel tetapi bukan Fattah?
Dalam satu video,menteri luar Israel; Tzipi Livni bertekad untuk menghancurkan Gaza sehingga lumat. Sesuatu yang dianggap cool oleh dia. Antara sebab kenapa Palestin perlu dihancurkan ialah kerana mereka bersalah dalam semua hal. Ade ke patut dia cakap warga Palestin yang menyebabkan global warming, aids, kegawatan ekonomi dan sebab Israel tak layak masuk World Cup?
Dalam artikel sebelum ini, saya hanya menulis tajuk "Aku, McDonalds & Zionis". Mengapa tidak Yahudi?
Yahudi dan zionis berbeza walaupun keturunan mereka sama. Zionis adalah yahudi yang mendokong penubuhan nagara Israel manakala ada Yahudi lain tidak. Tak percaya?
Bukak www.nkusa.org
Laman web persatuan Neturei Karta,salah satu badan yahudi yang tidak menyokong agenda zionis. Mereka ini terdiri daripada Yahudi Ortodoks..Badan ini mendakwa Haikal Sulaiman yang didakwa berada di bawah Masjidil Aqsa sebenarnya tidak ada. Ahli arkeologi memberitahu bahawa tiada pun peninggalan Haikal Sulaiman di bawah Masjidil Aqsa. Jadi fikirkanlah sahabat,apa tujuan mereka?
Negara-negara Arab masih belum berbuat sesuatu yang serius mengenai isu ini. Mesir masih hanya membuka sempadan untuk menghantar bantuan perubatan. Itupun sudah terlambat...Tapi masih ada harapan,kerana Allah itu maha kuasa dan Dia mampu membutat apa sahaja. InsyaAllah keajaiban akan berlaku jika kita terus berdoa...Sama-sama kita nantikan
Wednesday, January 7, 2009
Aku, McDonalds dan Zionis
Apabila diberitahu bahawa aku punya prinsip, budak-budak nie buat x endah…Diorang kata..Kan makanan halal. Ada sijil halal jakim, kenape lak x boleh makan?Dari dulu lagi,sblm serangan terbaru Israel
Antara penyumbang terbesar untuk kegiatan zionis adalah Coca-cola, Starbucks, dan Colgate. Yang lain banyak lagi. Antaranya McDonalds, restoran kegemaran kita kan?
1. Buat ape lagi nak minum coke, air radix cola kan ade…lagipun air berkarbonat nie x bagus.
2. Buat ape nak guna ubat gigi colgate, banyak lagi ubat gigi lain..ubat gigi mukmin, safi, zaitun dll.
3. Buat ape nak makan kat Starbucks? Dah la mahal, makanan pun x best (xpenah cuba sbnrnye). Kedai makan lain banyak lagi…
4. Buat ape makan kat McDonalds…kate orang sebab burger sedap..xtau la…Walau sesedap mana sekalipun, sanggup ke kita mementingkan nafsu makan daripada nyawa saudara kita?
Bagi yang suka makan kt fast food restaurant nie, atau yg suka dating kat situ, udah-udah la…lagipun couple nie dah la haram, tambah pulak gi makan kt restoran yg support yahudi…hmmm lagi la teruk…
Jadi, tukarlah tabiat biasa kita..x kan kita nak dipersoalkan di akhirat nanti sebab kita beli produk yahudi n kafir? Sekarang dah lebih 650 lebih terbunuh…renung2kan..
p/s:Sori sebab bahasa kurang sopan ckit kali ni...
Nak tau lebih lanjut, bukak www.muslimconsumer.org.my
Tuesday, January 6, 2009
Bangkitlah Saudaraku
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,
Saudaraku...!!
sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,
Saudaraku...!!
butakah kita...??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,
Saudaraku...!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,
Saudaraku...!!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,
Saudaraku...!!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah
Saudaraku...!!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??
Bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah...bangkitlah...bangkitlah...!!
Sumber: PalestinKini.info
Monday, January 5, 2009
Al-Kuliyyah

Assalamualaikum…lama sudah tidak menulis…kini akan kembali semula. InsyaAllah.
Saya sempat menonton Al-Kuliyyah petang jumaat lepas, isu yang dibincangkan pada hari itu adalah berkaitan JIHAD. Sempena serangan Israel laknatullah ke atas semenanjung Gaza yang hingga kini telah mengorbankan lebih 450 orang. Semoga Allah menolong mereka yang berjihad melawan Zionis.
Dalam rancangan tu, saya tertarik kepada soalan seorang penonton yang bertanya lebih kurang begini bunyinya:
“Ustaz, Allah s.w.t. telah menjanjikan kemenangan Islam suatu hari nanti, tapi kenapa sampai sekarang Islam terus ditindas dan belum menang lagi?”
Hmm..pelik jugak kan? Jom kita check apakah sebabnya:
“Keyakinan itu perlu, tapi usaha itu lebih penting”
218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(2:218)
Bersatulah wahai muslimin!
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.(3;103)
Berjihadlah!
7. Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(47:7)
Inilah antara perkara yang perlu kita buat untuk memastikan Islam itu tertegak kembali di muka bumi Allah s.w.t. InsyaAllah Allah akan membantu usaha kita. Semoga saudara kita di palestin mendapat kemenangan. Allahuakbar!!
4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(As-Saff:4)
End Credit
Sunday, December 21, 2008
Sayangilah Binatang
Assalamualaikum….sudah lama jugak saya x update blog...maklumlah kat umah xde internet. Saya xtau nak tulis ape, pastu teringat pulak kucing saya. Jadi tulislah pasal hadis pasal binatang. Hadis ni semuanya diambil daripada kitab Shahih Muslim, Jilid 4.Muka surat 160-161, hadis no 2097 dan 2099. Kali ni saya hanya ingin mengemukakan beberapa hadis mengenai kepentingan mengasihi binatang.
Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Seorang wanita disiksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga ia mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurung tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanan yang terdapat di bumi.”
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bercerita; “ Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur, anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba keadaan itu dilihat oleh seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi. Maka dibukanya sepatu butnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberikan minum kepada anjing yang hampir mati itu. Maka Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa wanita itu.”
Monday, November 3, 2008
Gerun dan Takut
Menulis bukan ingin mengajar, tapi untuk sama-sama belajar, belajar dan terus belajar…
Saya pernah terasa down sangat-sangat. Masalah susah nak istiqamah, amal pastu tinggal balik ape yang dah buat. Susah nak tarbiah diri sendiri berbanding kita cakap kat orang lain. Hmm…
Tiada Pilihan Kedua
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukan kamu.” (S. Muhammad:7)
Tiada pilihan lain. Inilah pilihan kita.Yang wajib dipilih adalah jalan ini sahaja iaitu menyampaikan; dakwah. Orang yang tahu tapi tidak memberitahu adalah lebih teruk berbanding orang yang tak tahu langsung. Dan wajib kita mencuba walaupun diri kita tidak sempurna. Saya teringat kata-kata seorang pak cik, apabila kita telah mengamalkan suruhanAllah dan menjauhi larangan dalam erti kata yang sebenar (seperti cara Rasulullah s.a.w.) dalam setiap aspek, maka Allah akan berikan daulah kepada kita. Namun melihat keadaan sekarang, masih adakah hari esok untuk Islam?
Jom kita tanya diri sendiri…
Keyakinan Yang Utuh
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.(rujuk s.al-Ahzab).
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Apabila ditanya, ramai yang kurang tahu dan kurang ambil tahu tentang sejarah islam. Tapi ramai juga yang tahu. Apabila bercakap tentang sejarah islam, saya amat berasa bangga dengan pencapaian islam dahulu.Siapa yang tak bangga memang pelik la die tu…Tapi sekarang camne keadaan umat islam?
Islam akan berpihak kepada kita akhirnya. Dan saya turut sertakan suatu peristiwa ketika Saidina Umar r.a. bertanya kepada sahabatnya….
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
End Credit…