Assalamualaikum w.b.t...dan selamat menyambut hari raya saya ucapkan kepada semua...sekarang ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Saya hari sabtu ni baru balik..hmm, lmbt ckit..roomate saya dah nak balik malam nie...moga-moga selamat sampai ke destinasi...Kali ini saya bukan hanya hendak mengupas sesuatu isu, tapi saya mengharapkan komen daripada para pembaca sekalian. Apakah perlu seseorang itu memakai serban, jubah, berambut pendek untuk berdakwah? Atau seseorang itu bebas memakai pakaian apa sahaja asalkan ia menutup aurat dan tidak melanggari syariat Islam?Thursday, September 25, 2008
Adakah Penampilan Melambangkan Keperibadian Seseorang??
Assalamualaikum w.b.t...dan selamat menyambut hari raya saya ucapkan kepada semua...sekarang ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Saya hari sabtu ni baru balik..hmm, lmbt ckit..roomate saya dah nak balik malam nie...moga-moga selamat sampai ke destinasi...Kali ini saya bukan hanya hendak mengupas sesuatu isu, tapi saya mengharapkan komen daripada para pembaca sekalian. Apakah perlu seseorang itu memakai serban, jubah, berambut pendek untuk berdakwah? Atau seseorang itu bebas memakai pakaian apa sahaja asalkan ia menutup aurat dan tidak melanggari syariat Islam?Tuesday, September 23, 2008
Monday, September 15, 2008
Saya berulang kali mendengar lagu Hijrah dendangan mu’adz. Best betul lagu tu. Lagu tu berdasarkan hadis 40 imam nawawi yang pertama iaitu berkenaan niat. Setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap orang itu adalah apa yang kita niatkan. Bagi saya semua lagu muadz best dan mempunyai mesej yang jelas. Contohnya lagu Amrullah & Stand Up…tapi saya xtau kenapa dia x popular sgt..
Ayat ke-3 surah As-Saff bermaksud;
“Amat besar kebencian Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”. Ayat ini sudah cukup untuk membuatkan saya nak berhenti daripada menulis blog ni.
Tapi ayat selepas itu membuatkan saya bersemangat balik:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
Di sini saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mahu mengajar, tapi saya hanya ingin belajar dan berkongsi ilmu kerana saya memang tidak mampu dan memang lemah. Jadi tegurlah saya dalam apa jua keadaan. Saya hanya manusia yang penuh dengan kelemahan dan kepincangan. Semuanya datang dari Allah. Bahkan kita semua tidak mampu. Hanya Allah yang berhak memberikan hidayah kepada seseorang. Saya takut, akan dimurkai Allah kerana menyampaikan tetapi diri sendiri terabai. Diri saya ni pelik sikit, kalau saya x ikut program agama lebih 2 minggu, pastu dah mula lalai balik. Ni yang saya amat takut. Terutama waktu balik rumah. Ini sudah banyak terjadi…Dan orang-orang inilah yang akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah. Nauzubillah. Moga-moga ia bukan saya dan kita
Untuk Warga Farisian Sekalian
Kepada kawan-kawan, saya memohon sejuta kemaafan sewaktu di sekolah dahulu kerana telah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Dan kita semua telah gagal memimpin (Badan Pelajar Islam 06) terutama saya. Dan ianya adalah salah saya. Saya xtau macam mana nak tebus dosa saya…dan kepada teman-teman (khususnya bpi), sama-samalah kita berhijrah kearah lebih baik. Janganlah berubah kepada lebih buruk. Marilah sama-sama kita berbakti semula kepada sekolah (x semestinya masuk alumni), tapi maksud saya, kita boleh adakan program keagamaan di sekolah. Dan saya sedang merancang satu lagi program untuk bpi lepas ni. Jadi saya memerlukan sokongan dari sahabat semua untuk melakukannya. Saya tau, ramai antara kita telah meninggalkan usaha ini, tapi tolonglah buat setakat yang kita mampu. At least, janganlah kita pakai yang yang ketat dan tidak menutup aurat. Jadilah diri kita, yang baik. Ni susah betul ni, akak saya pun masih pakai camni. Tu terpulanglah kepada suami diorang, kerana masing2 dah bersuami. Kemampuan sebenar seseorang itu boleh dinilai apabila dia keluar daripada sekolah, kita tengok dia berubah ke tidak. Sama ada lebih baik atau lebih buruk.
Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang alim atau anak ustaz, tapi jangan kita jadikan alasan keluarga sebagai penghalang. Jadi, sama-samalah kita berdoa, dan saya harap sesiapa yang membaca blog ini boleh mendoakan jugak untuk saya dan dirinya sendiri. Moga-moga kita sentiasa berada di dalam orbit Islam.
Thursday, September 11, 2008
Menyoroti Kegemilangan Empayar Umayyah-bhgn 1
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan buat saya mencoretkan sesuatu di sini kali ini..minggu nie saya sangatlah sibuk,dengan website presentation, test, quiz dll. Sekarang dah habis semuanya..fuh, memang lega..website pun dah present.nasib baik happy ending gak la. Memang memakan masa betul nak design website, dah banyak malam tidur lewat. Tapi at least saya dah pandai nak design website yg betul..mungkin lepas nie boleh buat website pulak.tp tunggu lepas keja dulu la.haha..
Sekarang kita masih berada dalam bulan Ramadhan, bulan yg penuh maghfirah. Dan minggu depan kita akan menyambut Nuzul Quran. Cepat betul masa berlalu. Kali ini saya nak kita semua menyoroti kembali sejarah perkembangan Islam di dunia. Untuk mmudahkan, saya letak dalam bentuk point je...saya tidak memulakan dengan sejarah Rasulullah, kerana ramai yang sudah tahu sirah Nabi..tapi saya mulakan dengan zaman Umaiyyah..zaman-zaman lain akan bersambung...
661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik, Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz, dan Hisyam bin Abdul Malik.
680M YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk dikuburkan di Baqi'.
ABDUL MALIK BIN MARWAN - dianggap pengasa kedua Kerajaan Umaiyah kerana kejayaannya membangun semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami krisis dengan puak Khawarij dan Syiah. UMAR BIN ABD AZIZ - Terkenal dengan Keadilan dan semangat keislamannya. Beliau banyak mencontohi khalifah Umar bin Al Khattab. HISYAM BIN ABD MALIK - bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas beliau untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah.
Ilmu pengetahuan telah berkembang dengan baik pada zaman ini. Ianya meliputi bidang bahasa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir,dan tauhid. Ilmu bahasa dan sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-dua kota tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah lahirnya seorang ahli filologi Arab bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa Arab. pada masa ini Al Quran diletak tanda baris bagi memudahkan pembacaan.
Pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa Arab.
Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital Kusta. Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi ilmu agama berkembang dengan pesat. Pada zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulama' hadis seperti;
URWAH BIN ALZUBIR
IBNU SYIHAB AL ZUHRI
Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang dengan lahirnya kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal ialah HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA'
756M Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula.
ANDALUSIA (Umaiyyah 2)
756-1031M Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd Rahman Al Dakhil di Cordova Spanyol (275 Tahun). Kerajaan Andalus ini dikalahkan oleh Kristian di Toledo.
Di Andalus, Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih pesat, dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama. Cordova telah menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.Bangsa Eropah belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova tetapi di Seville , Toledo dan Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat terjemahan dan disinilah orang eropah mengambil ilmu Yunani menerusi karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.
Dalam bidang seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan khat ayat-ayat suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi.
Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Di sini terdapat kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin andalus juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan menyuburkannya.
Bersambung....
Saturday, September 6, 2008
Ramadhan-Fahami Betul-Betul
Assalamualaikum…dah lama saya x menulis..memang sibuk akhir2 nie..assignments pun banyak. Sekarang pun banyak lagi. Tapi saya cuba jugak untuk luangkan masa untuk meluahkan pendapat. Sebenarnya x tau ape nak tulis, mungkin pasal pengalaman saya pulak kot…
Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan maghfirah dan barakah. Bulan di mana ada satu malam yang jika beribadah bersamaan dengan seribu bulan, LailatuiQadar. Marilah sama-sama kita mengucap syukur kerana masih mampu hidup di bulan Ramadhan kali ni. Alhamdulillah.
Sekuat Manakah Kita?
Saya menulis bukan untuk menyatakan saya ‘perfect’, tapi untuk cuba mentarbiah diri saya jugak.. Benda yang paling susah nak buat ialah mentarbiah diri kita sendiri. Bercakap memang senang, tapi buat memang susah. Sama la dengan diri saya. Cakap boleh, nk buat susah. Soalnya, sekuat dan segigih manakah kita mengambil bahagian dalam peluang keemasan yang telah disediakan Allah ini? Peluang untuk menggandakan pahala ni? Tepuk dada, Tanya diri masing-masing. Hanya Allah yang berhak menilai amalan kita.
Isu utama yang berlegar dalam fikiran kitan kita apabila datangnya Ramadhan ialah persiapan hari raya. Baju raya, duit raya, dan macam-macam lagilah, hingga kita lupa akan Ramadhan. Saya ke the plaza alam sentral semalam, dan saya lihat kebanyakan manusia datang untuk membeli persiapan raya. Pasaraya pulak dipasang dengan lagu-lagu raya. Teringat pulak kat kampung…nasib baik saya dah beli tiket raya. Tahun lepas saya pernah pergi ke plaza alam sentral nak bukak puasa dengan roommate, pastu nak semayang terawih kat masjid negeri. Masa tgh nak bukak puasa tu ramai la pasangan-pasangan bahagia tengah menunggu nak bukak puasa. Ade pulak yang tengah berpegangan tangan..Dah la bukan main lama die pegang, mase nak makan baru lepas. Saya fikir gak, diorang nie puasa betul ke? Tu lah silap kita…
Kita fikir puasa hanya untuk menahan daripada makan dan minum, tapi sebenarnya lebih dari tu…Berpuasalah dengan sebenar-benarnya dalam erti kata berpuasa. Sepatutnya puasa tu untuk menundukkan hawa nafsu, bukan untuk meningkatkan nafsu (makan, syahwat, dll). Jadi, jom kita sama-sama membetulkan diri kita..
Monday, August 4, 2008
Hikmah Mentaati Ibu Bapa
Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu heran,
"Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya.
Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya."Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman keheranan."Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan."Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit."Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu."Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut."Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.""Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?
""Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.""Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?"
tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan."Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya.
Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
Sunday, July 20, 2008
Kepentingan Menyemak Kesahihan Sumber Yang Dibaca

Habis macam mana kita nak rujuk? Apa taraf hadis tu? Shahih, hasan, dhaif ataupun maudhu’?…Banyak hadis yang digunakan semasa zaman sekolah saya dahulu yang digunapakai oleh BPI(sebelum, semasa& selepas saya) bertaraf dhaif dan tak tahu dari mana sumbernya(sesetengah memang maudhu’). Saya bukan kata hadis dhaif tak boleh diguna secara total. Imam Ahmad Bin Hanbal sendiri menyatakan bahawa hadis yang bertaraf dhaif boleh digunakan selagi tak berkaitan dengan akidah dan hukum-hakam. Juga boleh untuk peringatan, motivasi, fadhilat dan kisah-kisah. Tapi fikiran kita telah didoktrin oleh sesuatu unsur yang tak jelas dan menyebabkan kita percaya benda tu bulat-bulat tanpa mengkajinya.. Kalau masa taa’lim tu takpe sebab memang baca kitab hadis. Persoalannya, kita hanya membaca tanpa mengetahui akan kesahihan sumber tersebut. Benarkah begitu? Tanya diri sendiri..Saya pun kadang-kadang hanya membaca dan menceritakan kepada orang lain terus tanpa mengkaji sumber tersebut terlebih dahulu. Sekarang barulah tahu sedikit ilmu berkenaan taraf-taraf hadis dan kewajipan mengkaji sanad dan matan hadis tersebut.

“Habis tu takkan nak baca kitab je…tebal tu.Lepas tu nak cari dalil satu-satu punyalah susah. Kalau nak buat paperwork agama boleh la..Baik baca buku je, kan senang!“
Ada jugak yang kata macam tu… Saya tidak kata membaca buku agama itu tidak betul, tapi kita tengok la kandungan dan penulis buku tu..Saya pun malas nak cari dalil satu-satu, tapi kita usaha la untuk ke arah itu. Baca la kitab-kitab karangan ulama’ muktabar seperti Imam Muslim, Bukhari, Nawawi, Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Sayyid Sabiq, Syed Qutb, Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Dr. Yusuf Qardhawi dan banyak lagi. Kat Malaysia pun ramai ulama yang bagus-bagus.
Kita terlalu taksub untuk berhujah, tanpa memikirkan sama ada maklumat yang kita peroleh itu betul atau tidak, khususnya soal hukum. Soalnya siapakah kita? Adakah kita ulama’ atau seorang yang berpengetahuan mendalam tentang Islam? Apabila ditanya tentang hukum atau sesuatu persoalan berkenaan Islam, semua orang seolah-olah ingin menjadi juara sehingga sanggup mengeluarkan fatwa sendiri…Kalau kita seorang engineer, adakah kita boleh melakukan pembedahan? Hanya orang yang layak sahaja mampu melakukan pembedahan iaitu doktor. Kalau engineer pun nak bedah orang, alamatnya matilah pesakit tu..Begitu juga dalam bidang agama, hanya orang yang layak sahaja yang mampu menjawab masalah dan persoalan berkaitan agama Islam, bukannya semua orang. Ni tak, mufti yang berpengalaman pun dikutuknya. Kalau kat sekolah dulu budak junior selalu bertanya soal-soal agama. Kalau yang tak mau air muka jatuh, mereka akan menjawab mengikut fahaman mereka sendiri; mengikut logik akal masing-masing. Hah, itulah bahayanya kalau kita mentafsirkan agama mengikut pemahaman kita.
Dalam soal ini saya suka dengan prinsip jemaah tabligh. Ni bukan nak promote tp memang betul. Mereka tidak bercakap sesuka hati tentang agama, tidak mentafsirkannya mengikut pemahaman mereka; mereka hanya ingin mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. secara menyeluruh. Lebih baik kita bercakap seperti mereka, bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t. dan keistimewaan kalimah Toyyibah daripada berdebat dengan orang lain tentang hukum-hakam agama yang pastinya bukan bidang kita.
Setakat ni je la untuk kali ni..jika ade sebarang komen atau ketidakpuasan hati sila la betulkan.sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada kesilapan, begitu juga saya. Satu lagi saya sengaja tak masukkan hadis dan ayat al Quran supaya kita boleh berfikir dan supaya menerima kritikan (positif). Wassalam.
Tuesday, July 8, 2008

Mendung hitam menggelayut di atas bumi Sepanyol. Eropah sedang dikangkangi oleh penjajah, Raja Gotik yang kejam. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanusiaan. Raja bersukaria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berhijrah ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, pembesar Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gotik. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan perisikan ke pantai selatan Sepanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad, pemuda Barbar yang juga mantan pembantu Musa bin Nusair memimpin 12.000anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah.Begitu kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit karang, yang dinamai Jabal Tariq (karang Tariq) yang sekarang terkenal dengan nama Gibraltar. Diatas bukit karang itu Thariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yangtelah menyeberangkan mereka.Tentu saja perintah ini membuat prajuritnya keheranan. "Kenapa Anda lakukan ini?" tanya mereka. "Bagaimana kita kembali nanti?" tanya yang lain.Namun Tariq tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani ia berseru,"Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid."Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorangpenyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul"Piyam-i Mashriq":"Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol),Perajurit-perajurit mengatakan, tindakannya tidak bijaksana. Bagaimana mereka hendak kembali ke negeri Asal, dan merosakkan peralatan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahwa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita."Kata-kata Tariq itu bagaikan api yang membakar semangat perajurit muslim yang dipimpinnya. Bala tentara muslim yang berjumlah 12.000orang maju melawan tentara Gotik yang berkekuatan 100.000 tentara.Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim.Tanggal 19 Julai tahun 711 Masehi, pasukan Islam dan Nasrani bertemu,keduanya berperang di dekat muara sungai Barbate. Pada pertempuran ini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gotik, hingga Raja Roderick tenggelam di sungai itu. Kemenangan Tariq yang luarbiasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.Tariq membagi pasukannya menjadi empat kelompok,dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibu kota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa melawan. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Tariq berhasil melumpuhkan orang-orang Gotik.Rakyat Sepanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahan bangsa Gotik, mengalu-alukan orang-orang Islam. Selain itu, perilaku Tariq dan orang-orang Islam begitu mulia sehinggamereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukinya.Salah satu pertempuran paling seru terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Tariq. Dalam pertempuran ini, Musa bin Nusair, atasannya, sang raja muda Islam di Afrika ikut bergabung dengannya.Selanjutnya, kedua jenderal itu bergerak maju terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh dataran Sepanyol jatuh ke tangan Islam. Portugis ditakluki pula beberapa tahun kemudian."Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling terhebat bagi bangsa Arab itu," tulis Phillip K.Hitti, "dan membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan keberhasilan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan."Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Sikap tidak bertolak ansur dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orangKristian, digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yangluar biasa.Keadilan ditegakkan tanpa memilih bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikannya negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini memberi kesan luarbiasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur. Seorang penulis Kristian terkenal menulis: "Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba yang baik adalah sebuah keajaiban Abad Pertengahan,mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. Dan saat itu Eropah sedang dalam keadaan kejahilan dan kebodohan yang teruk."Tariq bermaksud menaklukkan seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lain. Saat merencanakan penyerbuan ke Eropah, datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damascus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Tariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damascus. Tak lama kemudian, Tariq wafat di sana. Pemuda Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar diEropah yang selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya. Tamat…Bagaimana? Hebat bukan semangat jihad umat Islam zaman dahulu? Bandingkan dengan umat Islam sekarang. Jumlahnya ramai tapi ia umpama buih-buih di lautan, tidak berguna dan mudah diperkotak-katikkan.
Thursday, July 3, 2008
Hikmah Di Sebalik Keinsafan
Bingung Menentukan Arah Hidup
Assalamualaikum….alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana masih lg memberi kesempatan buat saya mencoretkan sesuatu iaitu perkongsian pendapat dan pandangan..diri ini bukanlah bijak sangat untuk menghuraikan sesuatu, bahkan saya sendiri mengakui diri terlalu lemah utk memberi nasihat…cukuplah sekadar utk mengajar kita semua utk berfikir mengenai hidup dan cabaran kita sebagai seorang muslim…
Ya..Itulah tujuan kita hidup..bukan mahu mencari harta, tapi mencari redha-Nya. Puisi Dr. Asri ini amat bagus dan amat memberi kesan pada sesetengah individu..Hehe..Diri ini sendiri masih bingung dalam mencari arah tujuan hidup…kadang2 kita terlalu leka dgn urusan dunia hinggakan kita melupakan urusan akhirat…budaya berhibur, melepak, banyak sekali mempengaruhi hidup kita…tapi kalau diajak sembahyang berjemaah atau menyertai aktiviti agama lain pula jadinya. Masing2 mula menjauhkan diri dan pelbagai alasan diberi..susah, saya sendiri pun mengakui ia berlaku pada diri sendiri. Namun sebagai manusia biasa kita memang sering melakukan kesilapan.Dan ketahuilah bahawa Allah sgt menyukai hambaNya yg selalu menyesali dirinya atas setiap perbuatan yg dilakukan, yang mempunyai nafsu lawwamah.
Amat sukar sekali untuk mengamalkan sunnah di akhir zaman ini..Umat Islam berhadapan dgn pelbagai fitnah, sama ada dari luar atau dari dlm Islam itu sendiri.Penerbitan filem pendek Fitna baru2 ini menggambarkan ceteknya pemikiran orang bukan Islam terhadap Al-Quran.Mereka hanya mengambil sesetengah ayat dan menyalahtafsirkan ayat itu utk menunjukkan Islam itu agama yg menganjur keganasan..Mereka tidak tahu bahawa Al-Quran itu hendaklah dibaca atau ditafsir secara “cross-refer” iaitu perlu melihat secara menyeluruh dan bukan hanya pada sesetengah ayat. Semakin mereka mengutuk orang Islam, semakin bertambah kuat orang Islam itu.
Kini, terdapat pula golongan yang hanya bersandarkan kepada Al-Quran tanpa merujuk kpd sunnah Rasulullah s.a.w. Golongan ini mendakwa sunnah Nabi mempunyai kekurangan kerana ia dipengaruhi oleh faktor kedudukan, budaya, dan adat resam..Tak perlulah dijelaskan secara detail disini..Tapi yang jelasnya, sunnah Nabi itu sesuai digunakan utk pelbagai zaman, budaya, dan tidak mengira bangsa. Banyak perkara yang diterangkan secara umum di dalam Al-Quran dijelaskan secara terperinci di dlm hadis. Contohnya perihal solat, puasa,zakat dan banyak lg.
Peranan Pelajar Dalam Dakwah

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela AgamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(As-Saff:4)
Ini yg sebenarnya saya hendak tekankan.Peranan kita sebagai pelajar dalam menyampaikan dakwah. Mungkin ramai yg memandang remeh tentang perkara ini.Ramai beranggapan tugas dakwah hanya perlu dipikul oleh ustaz & ustazah sahaja. Penyebaran dakwah itu sangat penting dan ianya perlu bermula dari bawah. Memang sukar untuk bermula dari atas. Teramat sukar atau memang tidak boleh.Apa yang saya rasa terbaik utk memulakan langkah ialah dengan bermula di zaman persekolahan dan universiti,sebaiknya bermula pada awal remaja.Pada peringkat remajalah banyak masalah sosial timbul.Badan-badan dan persatuan yg diwujudkan harus diberi kuasa utk mencegah kemungkaran. Saya sendiri pernah mengalami banyak masalah dalam pengurusan organisasi. Ramai yg hanya pandai bercakap, tetapi tidak berbuat apa-apa. Kadang-kadang diri ini juga seperti itu. Sememangnya sebagai seorang muslim kita sentiasa menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup, terutama dalam menyebarkan risalah dakwah.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan
dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan
Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)
Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah
menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh
menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia.
Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian,
mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.
Marilah kita melihat rintangan tersebut satu persatu mengkaji betapa
bahayanya dan betapa pula kesannya. Dengan itu dapat kita menemukan caracara
yang boleh diikuti untuk melepaskan diri daripadanya.
Setakat ini sajalah coretan buat kali ini…mudah-mudahan kita sentiasa berada di bawah limpah rahmatnya…jika terdapat kesilapan, saya pohon maaf dan harap dapat dibetulkan..
Susahnya Nak Istiqamah!

Diri ini sering mengeluh sendirian..mengapa terlalu sukar untuk kita istiqamah dalam melakukan sesuatu? Melaksanakan ibadah sunat amat memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi..Kadang-kadang kita buat benda tu hanya mengikut tempat yang khusus, kalau balik kampung kurang sikit buat amal..masjid pulak jauh sangat dengan rumah..alamatnya sembahyang kat rumah jelah..tapi Alhamulillah walaupun sembahyang dekat rumah, keluarga masih solat berjemaah. Jarang sekali solat sendirian.
Biasanya dekat kolej kita buat solat sunat rawatib, tapi kat rumah jarang sekali dibuat..Begitulah rapuhnya iman diri ini..tp ade orang yang tak buat langsung..hmm..yang tak solat pun ramai. Ni lagi parah…Tersangat jauh lagi jaraknya untuk mencapai taraf seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Untuk pergi berperang sekalipun mereka amat menekankan para tentera yang sentiasa solat malam untuk menjamin kemenangan Islam..Salahudin Al-Ayyubi tidaka membenarkan para tenteranya yang tidak qiamullail menyertai peperangan. Ini kerana semangat dan kekuatan dalaman itu lebih penting daripada kekuatan fizikal..Itulah yang menjadi faktor penaklukan semula Baitulmaqdis dari tangan Kristian…
Bukan saja sukar untuk menghidupkan ibadah sunat, malah hendak beristiqamah mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. juga amat susah..Inilah kehidupan akhir zaman yang penuh dengan godaan dan cabaran. Namun, segala benda itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya disertai dengan azam yang bersungguh-sungguh. Yakinlah pada diri sendiri dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.
Revolusi Pemuda Islam
Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."
Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu. Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan). Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan
peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:
1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua
walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun
datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Allah swt. berfirman:
...dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Kuasa.(16:70)
Kenapa pemuda menjadi objek di sini?
Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang
khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya:
'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'
Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut kebelakang (susut). Firman Allah swt:
Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia.(3:140)
Dan benarlah sabda Rasulullah:
‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’
Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.
Rujukan: Generasi Muda dan Perubahan (Fathi Yakan)
Cukup indah jika saya dilahirkan di dalam keluarga yang betul-betul mengamalkan Islam…tapi itu telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kita hanya manusia. Apa yang kita perlu buat sekarang ialah dengan cuba mengubah mereka secara perlahan-lahan..umpama menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus. Sebelum kita diciptakan di atas muka bumi ini, Allah s.w.t. telah menentukan 4 perkara ke atas diri kita..Cuba teka? Ramai yang akan mengatakan ajal, maut, jodoh dan pertemuan telah ditentukan ke atas diri kita..Itu sebenarnya lahir daripada masyarakat melayu..Sebenarnya 4 perkara yang telah ditentukan itu adalah Ajal, Rezeki, Amal dan Sengsara atau Bahagia. Itu yang sebenarnya.
Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)
Riak Memusnahkan Pahala
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langiT.

