Friday, January 8, 2010

Sedikit Coretan Perjalanan



“ Assalamualaikum…Are you from Malaysia?” Seorang lelaki Arab bertanya pada aku dan Ramli yang sedang asyik berbual di satu sudut di dalam masjid.

“ Yes we are." Jawabku ringkas. Susuk tubuhnya tegap. Berjubah biru dan berjambang. Bibirnya manis mengukir senyum. Aku lupa namanya. Tapi dia adalah local brother bagi Masjid An-Nur di uptown Chicago. Mungkin juga salah seorang Syura di markaz Chicago. Secara peribadi, aku memang suka berada di markaz ini. Amat jarang ahli majlis syura terdiri daripada bangsa Arab. Kecuali di markaz di negara Arab. Hampir kesemua syura di sini terdiri daripada bangsa Arab. Bangsa di mana mengalir darah keturunan Sahabah r.anhum. Bangsa yang mudah leka, tapi mereka ini juga bagaikan singa apabila mereka sedar akan tanggungjawab mereka. Jemaah kami amat bertuah kerana pada masa itu diadakan ijtima’ di markaz. Tapi bukanlah ijtima’ ini bukanlah ijtima’ yang besar. Hanya ijtima’ tertutup dan diadakan di dalam masjid.

Setelah kami taa’ruf buat beberapa ketika, dia mula mengatur bicara. Maksudku mengatur apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Memang ini adab dalam dakwah. Khusunya dakwah umumi. Taa’ruf harus didahului. Tapi jangan sampai taa’ruf memonopoli seluruh percakapan hinggakan tujuan dakwah itu hilang.

“ I like Malaysian students very much. When they were here, the efforts of dakwah were very strong. But after they went back to Malaysia, this efforts getting weaker because they only emphasize and convey dakwah to students; they forgot to give dakwah to the local people.”
“ This efforts of Dakwah is not only for Malaysian. Although you are from Malaysia, but your fikir must be global. Yes, we are doing dakwah here, but our main goal is all human in the world. We must have a concern that how every single person in this dunia can die with Kalimah Lailahaillah, Muhammadurrasul Allah. Be like a bee. Small but when it stings, it can cause death.”
Katanya bersungguh-sungguh.

Kata-katanya benar. Tanggungjawab dakwah bukan hanya untuk sesetengah orang. Dakwah in untuk semua. Dan mereka telah melakukannya.

Di Masjid An Nur atau lebih dikenali sebagai markaz Chicago, jaulah diadakan setiap hari. Syeikh Dawud, seorang arab dari Palestin memang dikenali di sini. Usianya sudah mencecah 67 tahun, tapi semasa jaulah, dia masih memilih untuk berjalan daripada menaiki kereta walaupun salji turun dan suhu hampir mencecah -10 darjah celcius. Dia mahu merasai kepayahan dan kesusahan Nabi s.a.w untuk bertemu dengan manusia demi mengajak manusia kepada Allah…

Dua hari berada di markaz, jemaah kami dihantar ke Lomburg dan Addison. Kawasan suburban di sekitar metropolis Chicago. Alhamdulillah, banyak manfaat yang dapat dikutip semasa berada di sana. Kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan majoriti muslim. Kedai halal memang senang dijumpai. Anak-anak dididik menjadi hafiz sejak kecil. Dan Alhamdulillah, mereka berada dalam lingkungan dakwah.

Itu saje buat kali ni…dah malas nak taip walaupun banyak lagi yang nak diceritakan..

Keredhaan
“Ini adalah jalan pilihanku”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...