Showing posts with label Travelog Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Travelog Dakwah. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Yang "Baik" Memang Untuk Yang Baik

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Seorang brother bercerita bagaimana dia bertemu jodoh kepadaku. Brother in seorang hafiz al-Quran. Perkahwinannya ditentukan pihak keluarga. Dia hanya menurut tanpa membantah sedikit pun, walaupun dia tahu bakal isterinya tidak memakai hijab. Pelik kan? Dia hafiz al-Quran, bukankah sepatutnya jodoh dia orang yang baik agamanya?

Selepas berkahwin, dia menyambung master ke German. Di sanalah dia membawa bersama isterinya belajar. Dia tidak pernah berkata apa-apa pada isterinya secara terus terang untuk memakai hijab. Di German, dia akrab dengan brothers Islam di sana. Usaha dakwah di sana juga alhamdulillah, berjalan dengan baik. Satu hari dia menjemput jemaah masthurat ke rumahnya untuk mengadakan taa'lim. Selepas beberapa hari kedatangan jemaah masthurat, isterinya mula bertanya di mana dia boleh membeli hijab. 

Dan alhamdulillah, selepas hari itu, isterinya bukan sekadar ingin memakai hijab, bahkan dia memakai niqab. Hinggalah sekarang. 

Hidayah itu milik Allah. Allah akan memberi hidayah kepada hambaNya yang sentiasa mencari. Hambanya yang sentiasa inginkan kebaikan, dan ingin menjadi yang terbaik, disisi Allah dan RasulNya. 
Benarlah janji Allah bahawa lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Sungguh, ilmuMu maha luas Ya Allah!

Allahua'lam.

Friday, January 8, 2010

Sedikit Coretan Perjalanan



“ Assalamualaikum…Are you from Malaysia?” Seorang lelaki Arab bertanya pada aku dan Ramli yang sedang asyik berbual di satu sudut di dalam masjid.

“ Yes we are." Jawabku ringkas. Susuk tubuhnya tegap. Berjubah biru dan berjambang. Bibirnya manis mengukir senyum. Aku lupa namanya. Tapi dia adalah local brother bagi Masjid An-Nur di uptown Chicago. Mungkin juga salah seorang Syura di markaz Chicago. Secara peribadi, aku memang suka berada di markaz ini. Amat jarang ahli majlis syura terdiri daripada bangsa Arab. Kecuali di markaz di negara Arab. Hampir kesemua syura di sini terdiri daripada bangsa Arab. Bangsa di mana mengalir darah keturunan Sahabah r.anhum. Bangsa yang mudah leka, tapi mereka ini juga bagaikan singa apabila mereka sedar akan tanggungjawab mereka. Jemaah kami amat bertuah kerana pada masa itu diadakan ijtima’ di markaz. Tapi bukanlah ijtima’ ini bukanlah ijtima’ yang besar. Hanya ijtima’ tertutup dan diadakan di dalam masjid.

Setelah kami taa’ruf buat beberapa ketika, dia mula mengatur bicara. Maksudku mengatur apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Memang ini adab dalam dakwah. Khusunya dakwah umumi. Taa’ruf harus didahului. Tapi jangan sampai taa’ruf memonopoli seluruh percakapan hinggakan tujuan dakwah itu hilang.

“ I like Malaysian students very much. When they were here, the efforts of dakwah were very strong. But after they went back to Malaysia, this efforts getting weaker because they only emphasize and convey dakwah to students; they forgot to give dakwah to the local people.”
“ This efforts of Dakwah is not only for Malaysian. Although you are from Malaysia, but your fikir must be global. Yes, we are doing dakwah here, but our main goal is all human in the world. We must have a concern that how every single person in this dunia can die with Kalimah Lailahaillah, Muhammadurrasul Allah. Be like a bee. Small but when it stings, it can cause death.”
Katanya bersungguh-sungguh.

Kata-katanya benar. Tanggungjawab dakwah bukan hanya untuk sesetengah orang. Dakwah in untuk semua. Dan mereka telah melakukannya.

Di Masjid An Nur atau lebih dikenali sebagai markaz Chicago, jaulah diadakan setiap hari. Syeikh Dawud, seorang arab dari Palestin memang dikenali di sini. Usianya sudah mencecah 67 tahun, tapi semasa jaulah, dia masih memilih untuk berjalan daripada menaiki kereta walaupun salji turun dan suhu hampir mencecah -10 darjah celcius. Dia mahu merasai kepayahan dan kesusahan Nabi s.a.w untuk bertemu dengan manusia demi mengajak manusia kepada Allah…

Dua hari berada di markaz, jemaah kami dihantar ke Lomburg dan Addison. Kawasan suburban di sekitar metropolis Chicago. Alhamdulillah, banyak manfaat yang dapat dikutip semasa berada di sana. Kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan majoriti muslim. Kedai halal memang senang dijumpai. Anak-anak dididik menjadi hafiz sejak kecil. Dan Alhamdulillah, mereka berada dalam lingkungan dakwah.

Itu saje buat kali ni…dah malas nak taip walaupun banyak lagi yang nak diceritakan..

Keredhaan
“Ini adalah jalan pilihanku”

Friday, November 13, 2009

Travelog 2 –Palestin Di Amerika


Petang ahad mendung seperti biasa. Angin sejuk sentiasa bertiup di bumi Rochester. Bandar ini memang dekat dengan Lake Ontario, tasik yang boleh diibaratkan seperti laut luasnya. Kali ni destinasi aku adalah Downtown, pusat Bandar Rochester. Deretan kedai-kedai menghiasi jalan menuju ke pusat bandar. Cuaca petang ini lebih panas daripada biasa yang boleh mencecah -2 darjah celcius. Peluang ini dimanfaatkan oleh warga kota untuk berjogging dan bersiar-siar. Tujuan kami adalah bertemu dengan seorang brother dari Palestin yang membuka kedai gunting di Bandar ini. Aku tidak suka Bandar. Hidup di Bandar di US lebih teruk daripada Bandar di Malaysia. Di sini kadar jenayah tinggi. Kawasan kejiranan yang tidak sama seperti di kawasan rural atau suburban. Amat berbeza. Mereka yang tinggal di kawasan suburban dan rural areas lebih bersopan-santun dan hormat-menghormati.

Kereta diletakkan di parking lot di belakang kedai. Aku dan Brother Intikhab keluar dan menuju ke kedai warga Palestin tersebut. Tujuan kami hanya satu. Menziarahi saudara seiman dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Di depan kedai terdapat papan tanda “Barber Shop”. Kami memasuki kedai, memberi salam dan terus berjumpa dengan seorang lelaki yang sedang duduk di kaunter kedai. Salam disambut. Brother Intikhab memulakan bicara. Kali ini bukan giliran aku untuk bercakap. Pengalaman kali pertama disuruh bercakap cukup menakutkan aku. Apatah lagi masa tu aku masih belum sampai sebulan berada di US. Namun ketakutan itu boleh diatasi kerna ketakutan itu juga datang daripada Allah. Namun ketika itu aku lupa membaca doa. Doa yang dibaca oleh Nabi Musa ketika bertemu dengan Firaun untuk menyampaikan dakwah bersama saudaranya Harun. Mungkin tak perlu aku beritahu doa itu. Doa itu cukup sinonim dengan kita. Terutamanya dibaca sebagai doa tambahan sebelum kelas bermula.

Brother Intikhab menyapa lelaki tadi dengan penuh mesra. Kemesraan dan senyuman itu adalah dakwah. Aku masih ingat pesannya kepada aku, “ If you cannot give something beneficial to someone, then just give them a smile. Smile is one of the charity.”Kata-katanya membuatkan aku teringat akan buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Syeikh Abbas As-Sisiy. Buku yang amat dekat sekali dengan kehidupan dan akhlak sebagai Dai’e. Mungkin posting lain aku akan menyentuh tentang kandungan buku itu.

Suasana kedai senyap. Yang terdengar hanyalah bunyi dari gunting yang sedang rancak memotong rambut pelanggan. Lelaki yang duduk di kaunter tadi bukanlah tuan kedai tapi rakannya. Tuan kedai ketika itu sedang memotong rambut pelanggannya. Kami mengambil keputusan untuk menunggu tuan kedai selesai menggunting rambut pelanggannya. Di sebelahku seorang budak kecil dan seorang lelaki muda sedang menunggu giliran. Lima minit berlalu.

“ Nampaknya dia sibuk. ”Getusku dalam hati.
“ Brother Intikhab, should we wait for him or leave? I think he’s a kind of busy right now.”
“ I think it’s better if we leave. He seems busy right now.” Balas Brother Intikhab.

Kami mengambil keputusan untuk keluar dari kedai. Setelah memberi salam dan mengucapkan terima kasih, kami keluar. Mungkin lain kali kami dapat berjumpa dengannya lagi. Namun tiba-tiba dia keluar dan Alhamdulillah, kami sempat bercakap dengannya walaupun sekejap. Dapat taa’ruf itu sudah cukup buat permulaan. Dia juga sempat memberikan business cardnya kepada kami. Dari sudut positif, business card yang diberi cukup membantu kerana mudah untuk kami menghubunginya kembali.

Hidup memerlukan tarbiah. Tanpa tarbiah manusia hanyut. Lebih-lebih lagi aku. Sehebat manapun ilmu seseorang, tanpa tarbiah dan mutabaah dalam amal, dia juga akan turut sama hanyut. Apatah lagi tarbiah iman. Tarbiah terbaik adalah tarbiah yang sama sepertimana Rasulullah mentarbiah para Sahabah r.anhum. Sepertimana para Rasul terdahulu mentarbiah pengikut mereka. Tiada jalan lain. Hanya ini jalannya…dan kaedahnya juga sama…

Keredhaan
12.00am
Doakan aku supaya dapat istiqamah…
doakan hidayah buat semua mereka...

Tuesday, November 10, 2009

Travelog 1-Aduhai Saudara Seimanku!

Awan berarak perlahan. Daun masih lagi berguguran. Anak-anak kecil masih asyik bermain basketball di tepi jalanan. Hmm..itu memang sukan kegemaran mereka. Pinggir Downtown agak lengang dari kenderaan. Cuaca sejuk menyebabkan ramai warga di sini gemar menghabiskan masa di rumah. Aku kurang pasti apakah nama tempat ini, sama ada Brighton atau Clinton. Ah, itu tak penting. Yang penting matlamat aku sekarang.



“Finger Lakes Store”. Papan tanda tertera di depan kedai. Tidak ada cirri-ciri kedai yang dimiliki oleh seorang muslim. Ah, itu tidak mengapa. Aku menoleh ke depan kedai berhampiran dengan jalan, satu papan tanda yang bertulis: “LOTTERY SELL HERE”. Aku mula berfikir, “Kenapa kami ke kedai ini kali ini? Tak mungkin ia kedai seorang muslim. Namun sangkaan salah. Setelah diberi salam, seorang warga Afganistan menjawab salam. Alhamdulillah,dia masih menjawab salam dan mendengar dengan baik apa yang kami sampaikan. Malah dia mendengar dengan teliti apa yang kami perkatakan. Aku menoleh ke dalam peti ais, astaghfirullah, moga Allah mengampunkan mereka. Patutlah sebelum masuk ke kedai aku dipesan supaya membaca doa seperti doa masuk tandas. Sekarang baru aku faham. Beberapa African American memasuki kedai dan tujuan mereka hanya satu. Membeli minuman kegemaran mereka.

Sedih. Itu yang dapat aku ungkapkan. Di Amerika semuanya halal. Tapi yang lebih aku sedih apabila orang Islam di Malaysia sendiri ada yang tanpa segan silu meneguk minuman syaitan ini. Bagaiman Islam akan bangkit kalau umat Islam itu sendiri tidak berakhlak dengan akhlak Islam?Bagaiman doa akan dimakbulkan kalau muslim itu masih asyik berada di “Syurga Dunia”? Bagaimana ummat Islam Palestin akan menang kalau muslim sendiri masih lupa tanggungjawab sebenar mereka?

Dulu sebelum aku sampai ke US, aku menjangka aku akan berhadapan dengan manusia yang tidak bertamadun dari sudut akhlaknya. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Penduduk di sini peramah dan berbudi bahasa. Nilai yang diamalkan hamper sekali dengan nilai yang Islam anjurkan kecuali budaya berhibur. Itu memang tabiat mereka. Berhibur dan berpesta itu satu kewajipan bagi remaja mereka. Tapi dari sudut lain, mereka amat baik.

Di bumi ini Islam akan bangkit. Namun kebangkitannya perlu diperkukuhkan. Diperkukuhkan dengan kerja dan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.anhum. Diperkukuhkan dengan keyakinan sebenar kepada Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Wahai ikhwah sekalian, usah mengata dan mencerca mereka. Tapi berdoalah untuk mereka supaya beroleh hidayah. Mungkin satu hari nanti merekalah yang akan meninggikan kembali Deen ini di muka bumi.

Keredhaan
12.00 AM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...