Friday, November 13, 2009

Travelog 2 –Palestin Di Amerika


Petang ahad mendung seperti biasa. Angin sejuk sentiasa bertiup di bumi Rochester. Bandar ini memang dekat dengan Lake Ontario, tasik yang boleh diibaratkan seperti laut luasnya. Kali ni destinasi aku adalah Downtown, pusat Bandar Rochester. Deretan kedai-kedai menghiasi jalan menuju ke pusat bandar. Cuaca petang ini lebih panas daripada biasa yang boleh mencecah -2 darjah celcius. Peluang ini dimanfaatkan oleh warga kota untuk berjogging dan bersiar-siar. Tujuan kami adalah bertemu dengan seorang brother dari Palestin yang membuka kedai gunting di Bandar ini. Aku tidak suka Bandar. Hidup di Bandar di US lebih teruk daripada Bandar di Malaysia. Di sini kadar jenayah tinggi. Kawasan kejiranan yang tidak sama seperti di kawasan rural atau suburban. Amat berbeza. Mereka yang tinggal di kawasan suburban dan rural areas lebih bersopan-santun dan hormat-menghormati.

Kereta diletakkan di parking lot di belakang kedai. Aku dan Brother Intikhab keluar dan menuju ke kedai warga Palestin tersebut. Tujuan kami hanya satu. Menziarahi saudara seiman dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Di depan kedai terdapat papan tanda “Barber Shop”. Kami memasuki kedai, memberi salam dan terus berjumpa dengan seorang lelaki yang sedang duduk di kaunter kedai. Salam disambut. Brother Intikhab memulakan bicara. Kali ini bukan giliran aku untuk bercakap. Pengalaman kali pertama disuruh bercakap cukup menakutkan aku. Apatah lagi masa tu aku masih belum sampai sebulan berada di US. Namun ketakutan itu boleh diatasi kerna ketakutan itu juga datang daripada Allah. Namun ketika itu aku lupa membaca doa. Doa yang dibaca oleh Nabi Musa ketika bertemu dengan Firaun untuk menyampaikan dakwah bersama saudaranya Harun. Mungkin tak perlu aku beritahu doa itu. Doa itu cukup sinonim dengan kita. Terutamanya dibaca sebagai doa tambahan sebelum kelas bermula.

Brother Intikhab menyapa lelaki tadi dengan penuh mesra. Kemesraan dan senyuman itu adalah dakwah. Aku masih ingat pesannya kepada aku, “ If you cannot give something beneficial to someone, then just give them a smile. Smile is one of the charity.”Kata-katanya membuatkan aku teringat akan buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Syeikh Abbas As-Sisiy. Buku yang amat dekat sekali dengan kehidupan dan akhlak sebagai Dai’e. Mungkin posting lain aku akan menyentuh tentang kandungan buku itu.

Suasana kedai senyap. Yang terdengar hanyalah bunyi dari gunting yang sedang rancak memotong rambut pelanggan. Lelaki yang duduk di kaunter tadi bukanlah tuan kedai tapi rakannya. Tuan kedai ketika itu sedang memotong rambut pelanggannya. Kami mengambil keputusan untuk menunggu tuan kedai selesai menggunting rambut pelanggannya. Di sebelahku seorang budak kecil dan seorang lelaki muda sedang menunggu giliran. Lima minit berlalu.

“ Nampaknya dia sibuk. ”Getusku dalam hati.
“ Brother Intikhab, should we wait for him or leave? I think he’s a kind of busy right now.”
“ I think it’s better if we leave. He seems busy right now.” Balas Brother Intikhab.

Kami mengambil keputusan untuk keluar dari kedai. Setelah memberi salam dan mengucapkan terima kasih, kami keluar. Mungkin lain kali kami dapat berjumpa dengannya lagi. Namun tiba-tiba dia keluar dan Alhamdulillah, kami sempat bercakap dengannya walaupun sekejap. Dapat taa’ruf itu sudah cukup buat permulaan. Dia juga sempat memberikan business cardnya kepada kami. Dari sudut positif, business card yang diberi cukup membantu kerana mudah untuk kami menghubunginya kembali.

Hidup memerlukan tarbiah. Tanpa tarbiah manusia hanyut. Lebih-lebih lagi aku. Sehebat manapun ilmu seseorang, tanpa tarbiah dan mutabaah dalam amal, dia juga akan turut sama hanyut. Apatah lagi tarbiah iman. Tarbiah terbaik adalah tarbiah yang sama sepertimana Rasulullah mentarbiah para Sahabah r.anhum. Sepertimana para Rasul terdahulu mentarbiah pengikut mereka. Tiada jalan lain. Hanya ini jalannya…dan kaedahnya juga sama…

Keredhaan
12.00am
Doakan aku supaya dapat istiqamah…
doakan hidayah buat semua mereka...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...