بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang brother bercerita bagaimana dia bertemu jodoh kepadaku. Brother in seorang hafiz al-Quran. Perkahwinannya ditentukan pihak keluarga. Dia hanya menurut tanpa membantah sedikit pun, walaupun dia tahu bakal isterinya tidak memakai hijab. Pelik kan? Dia hafiz al-Quran, bukankah sepatutnya jodoh dia orang yang baik agamanya?
Selepas berkahwin, dia menyambung master ke German. Di sanalah dia membawa bersama isterinya belajar. Dia tidak pernah berkata apa-apa pada isterinya secara terus terang untuk memakai hijab. Di German, dia akrab dengan brothers Islam di sana. Usaha dakwah di sana juga alhamdulillah, berjalan dengan baik. Satu hari dia menjemput jemaah masthurat ke rumahnya untuk mengadakan taa'lim. Selepas beberapa hari kedatangan jemaah masthurat, isterinya mula bertanya di mana dia boleh membeli hijab.
Dan alhamdulillah, selepas hari itu, isterinya bukan sekadar ingin memakai hijab, bahkan dia memakai niqab. Hinggalah sekarang.
Hidayah itu milik Allah. Allah akan memberi hidayah kepada hambaNya yang sentiasa mencari. Hambanya yang sentiasa inginkan kebaikan, dan ingin menjadi yang terbaik, disisi Allah dan RasulNya.
Benarlah janji Allah bahawa lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Sungguh, ilmuMu maha luas Ya Allah!
Allahua'lam.
11 comments:
masyaAllah.
hebat Allah taaala.
ada bebrapa tertib baru usaha masthurat,di Malaysia.
penting juga ya!
ape tertib usaha masthurat tu izmer?share la ckit..
Subhanallah. Hati org hanya Allah yg pegang.
Moga Allah pegang lebih ramai hati lg di luar sana yg msh dlm kegelapan. Amin yaAllah..
p/s: Insyaallah tuan bole ziarah ke blog sy dlm entry bertajuk tertib baru. tp itu tk seberapa la,bole rujuk pd yg arif lg. insyaallah
hah, ridzuan arifin,
masthurat dah ada nak bgtahu,
ana ni dgr je belum amal.
xde roh.
try search
2011-09-17 usaha mstrt p a halim
di 4shared.
abg azharjaafar ada upload.
ana dgr di mesy markas ja.
mmg ditekankan tertib usaha masthurat
owh..jazakumullahu khairan..izmer bila nk ade roh?nanti ana blk klate bln 7 thn depan nk gi markaz yala..nk tgk jugak diorg wat usaha..lgpun tu tanah asal ana..sedara-mara ramai kt narathiwat..
tuan bulan 7 tahun depan isnyaAllah sedang beriktikaf di SP menunggu Visa ke India.
nak dapat roh usaha masthurat insyaALlah kena amal dulu.
ada rezki awal tahun 2013
:-)
masyaAllah.. besar pahala lelaki tu.. tu lah, ustaz2 pun ada cakap, sebaiknya lelaki beragama kawin dengan perempuan yg macam tu utk bawak dia kepada agama Allah, untuk selamatkan dia. itupun sebahagian drpada jihad orang lelaki jgk.
dan yang 'tak baik' x semestinya utk yg x baik jgk jgk kn.. i2 la konsep dakwah yang sebenarnya.. bersama-sama dalam mencari agama Allah..
btul..insyaAllah..
barangsiapa yg mencari kebaikan, Allah akan permudahkan jalan ke arah itu..dan orang yg baik jgk x semestinya akn dpt pasangan yg baik.mungkin Allah bg pasangan yg x baik untuk menaikkan darjat dia di sisi Allah. mcm Nabi Allah Nuh dan Nabi Lut
surah At-Tahrim (66:10&11)..
suke jika jd mcm asiah.. kesabaran yg tinggi jika dapat suami mcm Fir'aun..
Post a Comment