بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Dah lama tak mencoret di blog. Tadi terbaca satu artikel di sebuah blog seorang lelaki yang merungut kenapa mahar terlalu mahal dan menyusahkan lelaki untuk berkahwin. Mahar yang ditentukan pihak keluarga adalah berdasarkan tahap pendidikan anak-anak mereka. Kalau sampai PhD, alamatnya teramatlah mahal. Ibarat ibubapa zaman sekarang mahu menjual anak mereka, sedangkan martabat dan maruah seorang wanita itu tidak ternilai dengan wang ringgit.
Zaman sekarang lulusan SPM pun dah sampai 10k. Alamatnya kalau lulusan universiti dan ada ijazah dan master berapa agaknya? Bagi lelaki yang merancang untuk berkahwin, mereka perlu berfikir empat lima kali sama ada nak teruskan perkahwinan atau tidak. Ini sama sekali bercanggah dengan sunnah Rasulullah yang menyuruh kita untuk mempermudahkan perkahwinan. Ramai yang tahu sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling rendah maharnya tapi apakan daya, pandangan manusia lebih diutama daripada pandangan agama. Hmm..
Semoga Allah beri kefahaman. Allahua'lam.
12 comments:
moga Allah kurniakan tuan isteri yang murah maharnya.. hehe.. amin
Allah beri keistimewaan kepada lelaki untuk memilih. pilih yang maharnya mudah bagi kita..
Aku hadir majlis akad nikah
Tarikh keramat 11.11.11
Maskawin RM 20,300
MasyaAllah..
@Hidayatullah
amiin..semoga Allah permudahkan
masyaAllah..org sekarang suke ambik tarikh yg sama...hantaranya pun RM11 111.11 jugak lah..isyh payah2..maskawin xkene tu..
Semoga dpt yg mudah maharnya..=)
ada tak dengar atau baca hadith, jika kamu ketemu perempuan solehah, maka cepat2 rebut ia.
ada orang cakap, taktau datang dari mana.
dtg tibe2 ke izmer?
kalau hadis pasal lelaki soleh dtg melamar, kne cepat2 terima tu ade..yg pasal perempuan solehah tu xpenah dgr la pulak
zaman sekarang... memang benar, hidup jadi susah kalau membelakangkan agama. hari ni, bukan stakat bab kahwin, bahkan segala urusan, kalau agama letak belakang, memang susah la jadiknye.
susahnya nk nikah zaman skrg.. nk pinang anak tok imam pn mahar dh tggi jgk.. kalau yg masih belajar 2 terpaksa la tggu sampai duit cukup dlu bru blh kahwin.. insya Allah jika lakukan utk mendapat keredhaan Allah, nescaya Allah permudahkan.. kalau terpaksa tunang lama2 yg plg membebankan.. semoga saudara dapat keluarga isteri yg tidak membebankan saudara.. amin..
orang tua-tua dulu kata, kalau nak kawin, rezeki jadik makin murah. Significant die kalau seseorang tu nak kawin, dia akan berusaha keras carik duit & cari nafkah untuk bakal keluarga. Tapi sekarang macam terbalik pulak. Kawin tu macam satu bala. Moga Allah beri kefahaman. tapi saya dah ade savings..xrisau dah.haha
bukan tu je mie, org sekarang buat duit atas nama agama. tu bahaya tu...
Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur: 32).
Post a Comment