Sunday, March 25, 2012

Erti Sebuah Kesediaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah

Dah lama tak menulis kat blog ni. Dah berkulat bertahun-tahun. InsyaAllah lepas ni apa yang ditulis di blog MencintaiDia.com akan saya koingsikan di blog ni. Tahun ini umur dah 23 tahun (dah tua). Tinggal tujuh tahun lagi nak sampai umur 30 tahun. Niat di hati nak sambung belajar agama at least sebelum umur 27 tahun. Sebab nak belajar kat madrasah dah makan masa 8 tahun. Jadi, jika dipermudahkan Allah untuk sambung belajar, insyaAllah sebelum umur 40 tahun sempat habis. Ilmu yang tidak akan ada tempoh luput. Jadi, tak kesahlah kalau sampai umur 40 pun sebab ilmu ni akan berguna sampai akhirat. 


Umur 23 tahun dah mula fikir macam-macam. Macam-macam benda bermain kat kepala ni. Memang umur 20 tahun ke atas memang patut fikir benda-benda macam ni, sebab benda-benda macam nilah yang akan menyebabkan diri kita jadi matang lebih awal. Bulan lepas seorang lagi kawan satu batch di sekolah lama selmat diijabkabulkan. Dah sampai jodoh. Alhamdulillah...moga bahagia sampai ke syurga. Dan umur 23 tahun dan dah nak grad ni memang dalam kepala ni sibuk dok fikir benda ni je..(Astagfirullah, sepatutnya fikir masalah ummat). 

Tengah sibuk dok melayan fikiran, banyak kali jugak terfikir (sebenarnya dah lebih setahun dah fikir), cukup layakkah aku nak pimpin anak isteri? Sebab mereka adalah makmum, yang menjadi imam adalah hamba yang dhaif ini. Segala dosa mereka akan ditanggung oleh diri hamba. 

Tapi fikirkan balik apa matlamat dan tujuan, memang sunnah yang satu ini perlu dipercepat dan tak boleh ditangguh. Payah, hidup dalam zaman di mana fitnah berlaku di mana-mana, pandangan mata sukar dikawal, lebih-lebih lagi hidup dalam masyarakat yang pada zahirnya mengagungkan kemodenan, tapi hakikatnya perbuatan mereka ibarat kaum jahiliyyah (kat USA, Malaysia pun dah lebih kurang je). 

Solusi yang paling tepat adalah dengan mencari jalan yang telah dihalalkan Allah. Fitnah inilah yang menjadi fitnah terbesar buat kaum lelaki. Bertarung antara haq dan batil bukan perkara senang. Mungkin perkara ini biasa bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, hamba Allah yang sangat dhaif dan lemah, ini adalah pertarungan untuk menjaga iman. Bercampur antara lelaki dan perempuan, ikhtilat, ini bukan perkara biasa dalam Islam. Sebab itulah Islam menganjurkan nikah.   

Itu hanya dari satu sudut. Dari sudut lain macam ekonomi, tanggungjawab, nafkah, tanggungjawab pada keluarga dll. Memang terlalu banyak nak difikirkan. Pendek kata kalau nak tunggu perfect, sampai bila pun tak terkawinlah hamba yang dhaif ini. Sedangkan kita telah belajar daripada sirah dan hayatus sahabah, bagaimana mereka melakukan perkara ini. 

Simple & Sunnah.

Itu yang boleh disimpulkan. Mereka (para sahabat) memang merancang, tapi perancangan mereka adalah untuk Allah dan Rasul. Sebab itu mereka boleh menangani masalah ini dengan mudah walaupun banyak antara mereka yang miskin tetapi tetap bertekad meksanakan sunnah Rasul yang mulia ini. 

Seorang yang ingin berbakti kepada ibubapa, mereka akan bersikap berbeza daripada orang lain. Mereka bersikap lebih matang, mereka tidak menggunakan wang pinjaman/biasiswa mereka untuk membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Tapi sebaliknya, mereka akan cuba sedaya upaya menyimpan dan memberi sesuatu untuk keluarga mereka, walaupun sedikit tetapi mereka akan berusaha. Walaupun mereka sendiri hidup serba sederhana, tak ada gajet yang hebat macam rakan-rakan yang lain, tak habiskan duit berjalan-jalan jika bukan kerana agama, tak pakai baju yang mahal dan branded dan sebagainya. 

Saya teringat kata-kata seorang ahli perniagaan (kalau tak silap Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary), dia bagitau, kalau masa kita susah kita tak tolong orang dan berbakti, adakah kita rasa masa kita senang nanti baru kita akan tolong orang dan berbakti? 


Memang kata beliau ada benarnya. Kita takut kalau-kalau kita tak dapat membantu orang yang kita hendak tolong ataupun rezeki kita akan berkurang sebab kena kongsi dengan keluarga andainya kita berkahwin, tapi bukankah Allah telah berjanji bahawa rezeki kita tidak akan berkurang, bahkan akan bertambah? 
  
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia Nya), lagi amat mengetahui." (Surah An-Nur : 32)


Yakin dan percaya adalah dua perkara yang berbeza. Percaya itu ramai, yakin itu tersangat sedikit.


Rezeki kita dahpun ditetapkan Allah sejak dahulu lagi. Yang kita perlukan adalah usaha. Tapi ramai manusia sekarang mereka yakin bahawa rezeki itu ditentukan sebanyak mana berusaha.

Begitu juga dalam solat. Ramai yang yakin bahawa kalau mereka tutup kedai masa waktu solat, mereka akan kerugian. Tapi apa yang Allah kata, dengan melakukan solat sepertimana yang Rasulullah dan para sahabat r.anhum buat (solat berjemaah di masjid dan melakukan segala sunnah berkaitan solat), Allah akan memberi lagi lebih banyak rezeki kepada kita. 

Semoga Allah mengurniakan kefahaman agama kepada kita dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. 






 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...