Assalamualaikum w.b.t...dan selamat menyambut hari raya saya ucapkan kepada semua...sekarang ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Saya hari sabtu ni baru balik..hmm, lmbt ckit..roomate saya dah nak balik malam nie...moga-moga selamat sampai ke destinasi...Kali ini saya bukan hanya hendak mengupas sesuatu isu, tapi saya mengharapkan komen daripada para pembaca sekalian. Apakah perlu seseorang itu memakai serban, jubah, berambut pendek untuk berdakwah? Atau seseorang itu bebas memakai pakaian apa sahaja asalkan ia menutup aurat dan tidak melanggari syariat Islam?
Minggu lepas saya bertemu dengan kawan sekolah rendah saya masa kat pasar ramadhan. Dia masa tu pakai kopiah..dalam hati saya kata, em bagus la kalau aku camni...Saya masa tu hanya pakai t-shirt levis yg x ori dan seluar jeans. Masa tu nak beli makanan nak bukak puasa. Saya gi ngan kawan saya masa tu. Lepas tu borak-borak la jap ngan kawan lama sayatu. Dia nampak macam x selesa je masa cakap ngan saya. Dulu x la macam tu. Saya pikir gak dalam hati, mungkin x selesa sebab saya pakai macam ni. Pastu pulak rambut pun agak panjang. Hmm...Rambut saya agak panjang sekarang...tapi tidaklah panjang sangat...hanya panjang di bahagian belakang. Adakah seseorang itu perlu sentiasa berambut pendek dan adakah berambut panjang akan dilabel sebagai orang yang tidak berakhlak? Saya akui, ayah dan mak saya pun tidak suka jika saya berambut panjang, dan lepas balik nanti saya akan memotong rambut saya kalau mak saya suruh, insyaAllah. Tapi adakah berambut panjang itu melambangkan seseorang yang tidak berakhlak? Tapi saya memang akui, untuk dakwah, memang kita sukar untuk mendekati golongan sasaran jika penampilan kita kurang elok.
Ok,dah pasal rambut. Kedua pasal jubah dan serban pulak. Perlukah kita memakai jubah atau sentiasa memakai kopiah? Ini bergantung kepada seseorang dan juga niat seseorang. Alangkah indahnya jika kita semua memakai jubah dan memakai kopiah. kenapa saya kata ia bergantung kepada niat? Kerana jika seseorang itu niatnya untuk mengamalkan sunnah atau mengelakan dirinya daripada melakukan maksiat, ia menjadi ibadah. Tetapi jika ia memakai hanya untuk menunjuk bahawa dirinya alim, maka dosalah yang dia dapat. Tapi saya sekarang hanya pakai semasa nak gi sembahyang je...Hmm, nanti saya pun harap dapat pakai terus. Tapi sekarang susah lagi rasanya, yang penting kita cuba walaupun slow-slow.
Hmm...ni sebenarnya bergantung kepada seseorang. Jika baik niatnya, maka ia tetap akan menjadi baik. Tapi jika buruk niatnya, maka otomatik benda yang baik pun boleh menjad buruk.
Tapi bagi saya, asalkan ia menutup aurat, x melanggar syariat dan tidak mempunyai niat tertentu maka bolehlah nak pakai ape pun. Ok, dah rasanya untuk kali ni. Assalamualaikum...
1 comment:
Hurm..topik yg menarik. Pendapat sy, berpakaian ala2 rock itu lebih baik jika niatnya adalah nk mendekati mat2 rock..asalkan menutup aurat dan kemas. ia lebih baik daripada yg berselindung dibalik rupa dan pakaian islamic tetapi langsung tiada pendekatan utk bdakwah dan sekadar menjaga hidup sendiri ja.
Post a Comment