Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Beginilah sifat seorang pejuang Islam. Berjuang hanya kerana Allah. Perjuangan menegakkan Islam memang pahit, dan setiap daripada pejuang akan merasainya. Allah akan menguji sama ada kesusahan ataupun kesenangan. Telah banyak contoh-contoh pejuang Islam yang telah dibunuh, diseksa, dikhianati, dipenjara dan banyak lagi. Itulah sunnah dalam perjuangan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengalami pelbagai dugaaan dan ujian sewaktu permulaan perkembangan Islam sedangkan baginda merupakan penghulu segala nabi dan rasul. Semakin kuat kita diuji, semakin teguh iman yakin kita kepada Allah. Yakinlah kita dengan Allah dan hari akhirat.
Tadi saya sempat membaca artikel mengenai Sultan Abdul Hamid 2 yang telah dibuang negeri dalam keadaan yang amat memalukan.(Boleh baca di saifulislam.com). Sedih dan sebak melingkari diri buat seketika hingga bergenang air mata. Seorang pemerintah yang gigih untuk mengembalikan penerapan Islam secara kaffah ke dalam jiwa rakyatnya ditumbangkan oleh perancangan kuffar(Zionis) yang amat teliti. Memang sedih, beliau telah melihat sistem Islam perlu diterapkan kembali, tetapi hanya sempat melakukan satu usaha iaitu Gerakan Pan- Islamisme. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, apabila runtuhnya khilafah pada 1924, Ikhwan Muslimun ditubuhkan pada 1928 dan serentak dengan itu juga, di New Delhi India, satu Jamaah yang ingin berdakwah sepenuhnya cara Rasulullah diwujudkan. Hasilnya, kedua-dua gerakan (saya terpaksa gunakan gerakan, tiada perkataan lain yg sesuai) telah berkembang ke seluruh dunia.
Ummat Islam telah lari dari agama dan kembali ke zaman jahiliyyah. Pada zaman jahiliyyah, mereka percaya Allah itu wujud, tetapi mereka menggunakan perantaraan berhala. Mereka di Makkah masih menganut agama Ibrahim a.s. tapi mereka telah jauh tersimpang daripada agama Ibrahim a.s. Samalah keadaannya dengan sekarang. Manusia percaya Allah itu ada, tapi mereka telah menyeleweng dan tidak berpegang dengan ajaran Islam.
Jadi apa yang perlu kita buat wahai ummat Muhammad s.a.w.?
Apakah kita hanya terus melihat tanpa berbuat apa-apa? Terus menjadi pemerhati dan kadangkala kita pun join sekaki? Tidak. Kalau keadaan terus begini, nescaya azab Allah akan turun.
Jarir bin Abdulllah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Sekiranya hanya seorang sahaja yang melakukan perbuatan maksiat di kalangan suatu kaum sedangkan mereka berkuasa mengubahnya tetapi mereka tidak mengubahnya, Allah akan menimpakan ke atas mereka balasan azab sebelum mereka mati.”
Daripada Anas r.a. bahawa sesungguhnya Rasululllah s.a.w bersabda; “ Lailahaillallah sentiasa memberi manfaat kepada pengucapnya dan menjauhkan mereka daripada azab dan bencana selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Para sahabat bertanya, “ Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “ Apabila berlaku amalan maksiat terhadap Allah, maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah.”
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Apabila ummatku membesar-besarkan dunia maka akan tercabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amar maa’ruf nahi mungkar, mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandngan Allah s.w.t.
Apabila melihat kemungkaran, kita wajib mencegahnya walaupun kita tidak mampu mencegah secara terus.
“ Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya dan sekiranya itupun tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
Bergeraklah sahabat. Bergeraklah secara berjamaah, kerana kuasa jamaah itu lebih ditakuti oleh musuh dan syaitan. Kita tidak mampu melakukan kerja ini berseorangan. Bergeraklah dalam apa-apa jemaah sekalipun asalkan fikrahnya adalah Islam (Islam yang tulen, bukan Islam yang ditokok tambah seperti hari ini.) dan tidak menyeleweng daripada Quran & Sunnah.
Berjuanglah kamu pada agama Allah dengan perjuangan yang sebenar. (Al-Hajj:78)
Istimewanya ummat Muhammad s.a.w adalah mereka ini bukanlah Nabi, tapi mereka menyambung kerja dakwah Nabi s.a.w. Ini tidak terdapat pada ummat-ummat terdahulu. Kalau kita ingin menjadi ummat terbaik seperti disebut dalam Al-Quran, inilah kerja kita. Tidak kira kita ustaz, jurutera, doktor,saintis atau apa-apa sekalipun, matlamat kita hanyalah Allah dan kita wajib melaksanakan kerja ini. Bagaimana cara kita menyeru kepada Islam? Jawapannya hanyalah kita berdakwah manusia menuju Allah seperti cara Rasulullah s.a.w. Janganlah kita saling caci mencaci antara gerakan Islam kerana itu akan merugikan Islam sendiri…Setiap jemaah itu mempunyai kelebihan tersendiri..asalkan matlamatnya adalah Allah…Lailahaillallah..dan Muhammadarrasulullah…
Kamu adalah sebaik-baik ummat kepada manusia, menyeru kepada maa’ruf dan mencegah yang mungkar. (Ali-Imran:110)
Insya Allah sahabat…
Semoga kita semua beroleh keberkatan
End Credit…Keredhaan
No comments:
Post a Comment