Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu
Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai
Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran
Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
http://www.4shared.com/file/69218925/fa9cc3f7/Rast_-_Setelah_Aku_Dipaling.html?s=1
Apabila manusia mula berpaksikan nafsu, manusia lupa siapa itu Pencipta..
Antara dua jalan, kebaikan dan kemungkaran, mana satu yang akan dipilih?
Monday, March 23, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Kisah Cawan
Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum!' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya! Tolong! Hentikan penyeksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyeksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.
Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.
Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).
Kisah Guru Dengan Muridnya
kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah-tazkirah ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.
Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam
ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka
katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu tetap haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita menggunakan berbagai cara,
untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya."" Pertama kali mungkin akan sukar bagi kita menerima keadaan tersebut, tapi kerana terus didoktrin dengan cara-cara yang menarik oleh mereka, akhirnya lambat-laun kita semua
terbiasa dengan hal itu.
Dan kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.""Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada
murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik kita teruskan ke permainan kedua "Cikgu ada
Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-
terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunkanlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin meruntuhkan rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri
(perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan
oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak
berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-
terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak
lagi..
Apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!
Friday, March 6, 2009
Sekali Lagi Tentang CINTA
Emm…Satu topik yang amat berat untuk dikupas, tetapi cuba juga untuk menyampaikan daripada apa yang telah dibaca. Cinta itu terlalu luas skopnya, dan terlalu panjang jika hendak dihuraikan. Kini, perkataan “cinta” telah dicemarkan maksudnya oleh pencinta itu sendiri kerana tidak meletakkan erti kata sebenar cinta itu pada tempat yang sepatutnya. Cinta itu telah dicemari dengan pelbagai noda, khususnya golongan remaja. Ada yang sanggup menghalalkan cara semata-mata untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Kita telah menyempitkan persoalan cinta itu hanya pada hubungan lelaki dan perempuan, tapi kita lupa bahawa terlalu banyak cabang cinta yang perlu kita cari sebelum mengejar cinta manusia.
Aku cintakanmu kerana Allah, jika hilang cintamu padaNya, maka hilanglah cintaku padamu.
Agak-agaknya ada lagi ke orang macam ni sekarang?Hmmm…
Al-Quran juga banyak menceritakan pelbagai kisah cinta, tetapi ia belum mampu dihayati oleh kita semua. Kita telah didoktrin oleh Barat bahawa cinta itu adalah perasaan antara lelaki dan perempuan, hingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Sungguh! ini bukanlah cinta, tapi ia adalah zina! Dan sebarang perbuatan yang mendekati zina itu wajib dijauhi.
Luaskan Mindamu!
Cinta itu subjektif. Begitu juga dengan cantik. Ada orang menafsirkan sesuatu itu cantik, tetapi yang lain tidak. Contoh jika kita nak beli baju, setiap orang punya citarasa yang berlainan. Begitu juga dengan manusia. Ramai yang cerewet dalam memilih jodoh. Kalau ditanya mat rempit sekalipun, mereka tidak mahu berkahwin dengan minah rempit. Mereka nak cari orang yang lebih baik akhlaknya. Tapi, mereka tidak sedar bahawa mereka bukanlah baik. Sedangkan Allah telah tetapkan jodoh lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
Sebenarnya, satu kriteria ini sudah merangkumi semuanya iaitu Islam. Jika sempurna Islamnya maka sempurnalah hidup kita. Islam:
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w bersabda: “ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”
Shahih Bukhari & Muslim
Ustaz saya kat kolej selalu ulang benda ni masa bagi kuliah. Carilah pasangan kerana imannya, nescaya puas hati kahwin. Kecantikan itu hanya luaran dan bersifat sementara, tetapi iman itu bersifat kekal selamanya. Ingat, kita semua akan tua. Tiada manusia yang kekal cantik selama-lamanya. Isteri yang bijak dan pandai akan dikenang oleh suaminya sebagaiman Rasulullah selalu terkenang akan Khadijah r.a. walaupun beliau sudah meninggal dunia.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang mengahwini perempuan kerana hartanya, Allah akan menjadikannya miskin. Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah akan menghinanya. Tetapi barangsiapa yang mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangan, membentengi nafsunya ataupun menyambung tali persaudaraan, Allah akan memberikan keberkatan kepadanya dengan dengan wanita itu dan wanita itu diberikan keberkatan kerananya.
Riwayat Ibnu Hibban
Sebelum saya tulis artikel ni, saya baca artikel ustaz Hasrizal(saifulislam.com) tentang jodoh. Macam senang je cara dia kahwin kalau kita fikir logik. Tak payah nak bercouple pun. Ketahuilah bahawa setiap daripada kita telah ditentukan jodoh masing-masing. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, sebab belum kahwin. Tapi yang pasti, jangan kita menghalalkan sesuatu untuk walaupun ia mempunyai tujuan yang baik. Yang pasti, ita perlu yakin dengan janji Allah dan membela agama Allah ini dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Hadia yang Allah nak bagi itu perkara yang kedua. Saya akhiri dengan dua hadis yang indah untuk muslimin dan muslimat sekalian:
“ Isteri yang baik adalah isteri yang menyenangkanmu apabila engkau melihatnya, mematuhinya apabila engkau menyuruhnya dan menjaga dirinya dan hartanya apabila engkau tiada di sampingnya.”
Riwayat Nasa’i: No. 3179
“Apabila datang kepadan kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinilah dia. Kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana kalau dia sudah berkahwin? Baginda menjawab: Kahwinilah juga dia (diulang sebanyak 3 kali)”
Riwayat Tirmidzi:No.1005
Rujukan: Kisah Cinta Dalam Al-Quran-Misbah Em Majidy & Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Subscribe to:
Posts (Atom)