Friday, March 6, 2009

Sekali Lagi Tentang CINTA


Emm…Satu topik yang amat berat untuk dikupas, tetapi cuba juga untuk menyampaikan daripada apa yang telah dibaca. Cinta itu terlalu luas skopnya, dan terlalu panjang jika hendak dihuraikan. Kini, perkataan “cinta” telah dicemarkan maksudnya oleh pencinta itu sendiri kerana tidak meletakkan erti kata sebenar cinta itu pada tempat yang sepatutnya. Cinta itu telah dicemari dengan pelbagai noda, khususnya golongan remaja. Ada yang sanggup menghalalkan cara semata-mata untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Kita telah menyempitkan persoalan cinta itu hanya pada hubungan lelaki dan perempuan, tapi kita lupa bahawa terlalu banyak cabang cinta yang perlu kita cari sebelum mengejar cinta manusia.

Aku cintakanmu kerana Allah, jika hilang cintamu padaNya, maka hilanglah cintaku padamu.

Agak-agaknya ada lagi ke orang macam ni sekarang?Hmmm…

Al-Quran juga banyak menceritakan pelbagai kisah cinta, tetapi ia belum mampu dihayati oleh kita semua. Kita telah didoktrin oleh Barat bahawa cinta itu adalah perasaan antara lelaki dan perempuan, hingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Sungguh! ini bukanlah cinta, tapi ia adalah zina! Dan sebarang perbuatan yang mendekati zina itu wajib dijauhi.

Luaskan Mindamu!



Cinta itu subjektif. Begitu juga dengan cantik. Ada orang menafsirkan sesuatu itu cantik, tetapi yang lain tidak. Contoh jika kita nak beli baju, setiap orang punya citarasa yang berlainan. Begitu juga dengan manusia. Ramai yang cerewet dalam memilih jodoh. Kalau ditanya mat rempit sekalipun, mereka tidak mahu berkahwin dengan minah rempit. Mereka nak cari orang yang lebih baik akhlaknya. Tapi, mereka tidak sedar bahawa mereka bukanlah baik. Sedangkan Allah telah tetapkan jodoh lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.


Sebenarnya, satu kriteria ini sudah merangkumi semuanya iaitu Islam. Jika sempurna Islamnya maka sempurnalah hidup kita. Islam:

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w bersabda: “ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”
Shahih Bukhari & Muslim

Ustaz saya kat kolej selalu ulang benda ni masa bagi kuliah. Carilah pasangan kerana imannya, nescaya puas hati kahwin. Kecantikan itu hanya luaran dan bersifat sementara, tetapi iman itu bersifat kekal selamanya. Ingat, kita semua akan tua. Tiada manusia yang kekal cantik selama-lamanya. Isteri yang bijak dan pandai akan dikenang oleh suaminya sebagaiman Rasulullah selalu terkenang akan Khadijah r.a. walaupun beliau sudah meninggal dunia.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang mengahwini perempuan kerana hartanya, Allah akan menjadikannya miskin. Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah akan menghinanya. Tetapi barangsiapa yang mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangan, membentengi nafsunya ataupun menyambung tali persaudaraan, Allah akan memberikan keberkatan kepadanya dengan dengan wanita itu dan wanita itu diberikan keberkatan kerananya.

Riwayat Ibnu Hibban

Sebelum saya tulis artikel ni, saya baca artikel ustaz Hasrizal(saifulislam.com) tentang jodoh. Macam senang je cara dia kahwin kalau kita fikir logik. Tak payah nak bercouple pun. Ketahuilah bahawa setiap daripada kita telah ditentukan jodoh masing-masing. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, sebab belum kahwin. Tapi yang pasti, jangan kita menghalalkan sesuatu untuk walaupun ia mempunyai tujuan yang baik. Yang pasti, ita perlu yakin dengan janji Allah dan membela agama Allah ini dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Hadia yang Allah nak bagi itu perkara yang kedua. Saya akhiri dengan dua hadis yang indah untuk muslimin dan muslimat sekalian:

“ Isteri yang baik adalah isteri yang menyenangkanmu apabila engkau melihatnya, mematuhinya apabila engkau menyuruhnya dan menjaga dirinya dan hartanya apabila engkau tiada di sampingnya.”
Riwayat Nasa’i: No. 3179

“Apabila datang kepadan kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinilah dia. Kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana kalau dia sudah berkahwin? Baginda menjawab: Kahwinilah juga dia (diulang sebanyak 3 kali)”
Riwayat Tirmidzi:No.1005

Rujukan: Kisah Cinta Dalam Al-Quran-Misbah Em Majidy & Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...