Saturday, October 31, 2009

Aku Gembira Malam Ini!



Malam ini Halloween. Baru sekejap tadi beberapa orang budak bersama bapanya datang ke rumah meminta coklat. Nak tak nak terpaksa la bagi..Kalau tak bagi nangis pulak nanti budak-budak tu. Siap pakai costume Halloween lagi...Haish, manusia ni pelik betul la. Perayaan hantu pun nak sambut. Biar je lah hantu yang sambut. Jangan la kita duk tiru pulak perangai hantu. Apa yang penting kita kena doakan mereka supaya mereka beroleh hidayah daripada Allah dan doakan tiada maksiat berlaku malam ini.Dan yang lebih penting, doakan supaya tiada student Malaysia turut sama menyambut Halloween.

Sebenarnya bukan itu yang menyebabkan aku gembira malam ini. Alhamdulillah, petang tadi Allah masih memberi kesempatan pada aku untuk mengikuti jaulah mingguan di Islamic Center of Rochester.


Islamic Center of Rochester

Selepas melawat beberapa rumah saudara seiman, kami kembali ke Islamic Center untuk solat maghrib..selepas selesai solat, Imam memberitahu komuniti muslim Rochester akan memperoleh seorang lagi saudara baru pada malam ini. Pada malam Halloween yang disambut dengan pelbagai hiburan, Allah menukarkannya dengan seorang lagi new muslim brother, Brother Matthew..Dia sudah lama mencari kebenaran, mengkaji pelbagai agama dan akhirnya dia menemui bahwa Islam adalah agama yang Haq. Alhamdulillah. Moga Allah menjadikannya seorang lagi penolong agama Allah di bumi Amerika ini.InsyaAllah sama-sama kita doakan.


Satu lagi berita yang membuatkan aku gembira adalah aku beroleh seorang lagi sahabat berjuang. Dan insyaAllah kami akan sama-sama meninggikan kalimah Tauhid di bumi ini..Doakan supaya lebih ramai yang mendapat hidayah dan sama-sama membantu agama Allah..

Keredhaan
11.27 malam
Halloween Night
p/s: Sama-sama kita berdoa supaya tiada maksiat berlaku malam ini dan sama-sama kita istighfar kerana kita tak dapat menghalang mereka.

6 comments:

Anonymous said...

salam..bro kat sane x de bdak malaysia smbt halloween ek? kat cni ade dowh...tpi sket ar...pelek aku...

Anonymous said...

tu la yang pelik...budak2 malaysia suka sgt celebrate perayaan barat..tapi bla datang dekat USA rasa xnaka sambut lak....

Anonymous said...

lol>>>>>>>

Anonymous said...

apsal orang sambut halloween???kalau org islam pakai costume halloween boleh x????

Ridzuan Ariffin said...

kat mane tuh?em..pasenye xde sangat kat cni..tp maybe kt universiti lain ade..mase kat m'sia dulu pun dah ade dah benda nie..diorang sambut mengalahkan hantu, walaupun diorg tu org Islam..

azharjaafar said...

Semoga Allah bagi kamu semua istiqomah dalam menegakkan agama Allah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...