Tuesday, November 24, 2009
Makanan Haram Membawa Ke Neraka!
“ Should we go to Halal market first or we go to Wal-Mart first? ”Brother Intikhab bertanya kepada aku.
“ I think we should go to Halal Market first, then we go to Wal-Mart.”Jawab aku ringkas.
Kali ini aku ke Syracuse. Lebih kurang dua jam dari Rochester dengan kelajuan 70 miles/hour. Nampak macam slow, tapi sebenarnya 7o mph tu lebih kurang 100 kph. Lebih kurang sama dengan hadlaju highway di Malaysia. Di Syracuse, Islam amat berkembang pesat. Setiap tahun hampir 100 orang memeluk Islam. Kata pengerusi Islamic Society of Central NY, Syracuse. Islam di sini telah menguasai 30% daripada jumlah penduduk. Alhamdulillah. Memang di bumi ini Islam akan bangkit. Bumi di mana setiap orang bebas melakukan apa sahaja atau ‘freedom of speech’.
Semasa ingin membeli ayam halal di Madina Halal Market, Brother Intikhab tiba-tiba berkata kepada aku;
“ Do you know that there are some ingredients that we need to avoid when we buy food?”
“ Yes, I know. Gelatin and some fat products.” Aku menjawab berdasarkan apa yang aku baca dari buku dan website Muslim Consumer.
“ Actuallly there are many ingredients that can be considered as Syubhah. There are certain cheese that has been added with fat from pig."
" Owh. I thought only gelatin can be considered as syubhah. I really dont know about that kind of things." Balasku jujur.
Selama ini aku beranggapan hanya Gelatin yang boleh membawa kepada haram. Tak tahu pulak banyak lagi bahan lain yang boleh membawa kepada haram. Ataghfirullah hal Azim. Ampunkan aku ya Allah. Hari tu aku dan housemate telah termakan ketam yang telah dibuang kulit, dan hanya isinya diambil. Kami sangkakan ia halal kerana ia makanan laut. Mujurlah isteri salah seorang pelajar master Malaysia di sini membaca ingredients di plastik ketam tu. Tertulis "Rice Wine" dalam kandungan ketam tersebut. Astaghfirullah. Maafkan kami semua ya Allah kerana selama ini kami lalai. Janganlah Kau jadikan kami ini bahan bakar dalam api neraka kelak Ya Allah!
Kalau di Malaysia, memang aku takkan makan makanan tanpa tanda halal. Terutama Pringles. Aku hanya akan makan Mr. Potato sebab ia ada tanda halal. Di Malaysia sendiri pun penguatkuasaan halal tidak begitu ketat. tapi di sini memang susah hendak mencari makanan yang ada tanda halal. yang biasa aku beli adalah sosej, beef patties dan pizza keluaran Al-Safa Halal Food Corp.
Teringat salah satu hadis dalam Matan Arbain karya Imam Nawawi;
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagai panduan untuk mereka yang berada di North America,khususnya USA & Canada bolehlah membuka website islamic Food & Nutrition Council of America(IFANCA). Ni link website-http://www.ifanca.org atau http://www.isnahalal.ca
Untuk rujukan dan senarai makanan yang haram, halal dan syubhah, boleh bukak ni:http://www.ifanca.org/guide
Moga Allah mengampunkan kita semua..Amin...
Pencari Keredhaan
8.12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,maulana saad bagitau dalam bayan hidayat di ijtimak dakwah tabligh Thailand 2008,orang yahudi dan nasrani skrg nie tak serang islam dengan senjata yang canggih2,hanya cukup untuk mereka serang islam dengan makanan,dan beliau bagi tau lagi bahawa makanan yang haram ini akan jadi darah,dan darah ini pun akan alir ke seluruh badan,,bila org islam mkn bende haram,maka doa tidak akan diterima oleh Allah..senang untuk mereka hancurkan islam...cerdiknya mereke....sekadr kongsi ilmu...
Assalamualaikum
semoga di pelihara Allah SWT Insya Allah
Post a Comment