Thursday, October 7, 2010

Jemaah Ini Tiada Bernama...

“ Syeikh, I have a question regarding the unity of this ummah. When we talk about the unity and oneness of this precious ummah, it seems that this three jama’ah (jama’at-ut-tabligh, ikhwan muslimin and hizbut tahrir) try to make this ummah really hard to unite as one ummah. What is your opinion about this kind of issue?

Begitulah lebih kurang soalannya yang dikemukakan oleh seorang pakcik arab semasa satu talk di masjid. Tajuk yang diberi kepada Syeikh itu adalah berkenaan bagaimana membentuk kesatuan dan perpaduan ummah. Talk yang diberi itu adalah task kepada seorang calon imam baru di masjid kami. Tidak dapat tidak dia harus menjawab. Aku tersenyum di satu sudut masjid. Tiada langsung perasaan marah atau tersinggung hadir dalam hati disebabkan kata-kata pakcik tersebut. Lagipun aku kenal baik dengan pakcik itu. Dia selalu duduk dan mendengar apabila jama’ah beriktikaf di masjid kami. Dan yang paling penting, aku bukan ahli “Jama’ah tabligh”.

Syeikh menjawab dengan jawapan yang sederhana. Tidak mahu mengambil risiko untuk mengutuk mana-mana jama’ah. Dan aku rasakan itu jawapan yang baik, dan memuaskan soalan yang ditanya. Tidak memihak kepada mana-mana pihak, dan tidak mengutuk mana-mana pihak.

Jemaah ini tiada bernama. Dan ini bukan satu organisasi. Tidak berlogo,Ini adalah jamaah muslimin. Atau jemaah orang Islam keseluruhannya. Tidak pernah sekalipun elders dan ulama dalam usaha ini memberi nama kepada jemaah ini. Semasa ijtima’ di York, Pennsylvania, seorang graduan syariah dari Al-Azhar As-Syariff ikut serta ke ijtima’. Dia sedang membuat kursus bahasa Inggeris di university di tempat aku dan selepas itu akan melanjutkan Masternya dalam Islamic Studies di sebuah university di California. Seperti ijtima’-ijtima’ lain,ramai orang Islam yang hadir. Aku cuba bertanya kepadanya, apa pendapatnya tentang usaha yang mulia ini. Dia menjawab.

“ If this gathering is only for jama’ah-ut-tabligh, I will not follow you and come here today, but this gathering is for all muslims, not only for those group called “jama’ah-ut-tabligh”.

Aku tersenyum. Alhamdulillah, Allah telah memberi kefahaman padanya. Aku berasa lega. Ini adalah jama’ah orang Islam., dan Islam itu ibarat satu anggota badan. Perpecahan dalam ummat islam adalah satu benda yang sangat bahaya dan sangat besar. Maulana Yusuf Al-kandahlawi rah. Amat menegaskan tentang perpaduan ummah.Dalam ucapan terakhir Maulana Yusuf rah. sebelum beliau meninggal, beliau amat menekankan sekali tentang perpaduan ummah. Boleh rujuk kat sini gist bayan Maulana Yusuf " Call Muslims To Become An Ummah "

Alhamdulillah, berkat usaha yang mulia ini, umat Islam yang dahulunya hidup berpuak-puak dan mementingkan semangat kebangsaan mula bersatu atas nama Islam. Tidak kira bangsa Melayu, Pakistan, India, Arab, Parsi, Amerika dll, mereka akan duduk bersama untuk berfikir bagaimana setiap manusia yang hidup di muka bumi pada hari ini hingga hari kiamat dapat memasuki syurga dan dapat menghindarkan diri daripada api neraka. Boleh dikatakan di setiap negara di seluruh dunia mempunyai markaz. Alhamdulillah. Jemaah telah bergerak di seluruh dunia hinggakan di kutub utara ataupun di gurun.

Jadi untuk ini kita hendaklah korbankan masa, harta dan tenaga kita untuk agama. Kita cuba jadikan setiap ahli keluarga kita ada fikir agama dan bersedia berkorban demi agama.InsyaAllah semua sedia bagi azam!

Ya Allah, matikan aku di jalanMu...

The Wayfarer

1 comment:

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah..
siyes mmang bermakna karangan nih,.
Alhamdulillah,moga ALlah bagi kefahaman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...