Friday, October 29, 2010

Makanan Haram Membawa Ke Neraka-2



“Kalau ade fiqh yang lebih mudah, itu yang akan aku ikut. Islam tu kan agama yang mudah!” Kata lelaki tu.

Aku diam. Tak mahu mencari kekeruhan walaupun aku 100% x setuju dengan pandangannya.
Islam itu mudah, tapi mudah dalam batasan dan lingkungannya. Kata Dr. Abd Basit dalam satu ceramahnya.

Jangan sesekali kita mempermudahkan Islam. Islam agama sempurna, tiada cacat-cela sedikitpun.

Alhamdulillah, sebagai seorang Islam yang mengikut ijtihad ulama-ulama madzab As-Syafi’i, kita diberi sedikit kelonggaran. Tidak terlalu mengongkong dalam soal makanan, dan tidak juga terlalu bebas. Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili, seorang tokoh ulama madzhab Syafi’i dari Syria dalam satu temuramah media di Indonesia ketika melancarkan buku terbarunya juga mengakui perkara ini.
Makanan itu akan menjadi darah daging. Makanan yang halal dan baik menjamin amal-ibadat diterima Allah s.w.t. Tiada guna beramal-ibadat tapi masih mengambil rezeki (terutamanya makanan) daripada sumber yang haram.

Firmannya Allah s.w.t dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."

Kemudian Rasulullah s.a.w.menyebut tentang seorang lelaki yang panjang perjalanannya, kusut masai serta penuh debu, menadah tangan ke langit (berdoa), Ya Tuhanku, ya Tuhanku, sedang makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan disuap dengan yang haram, maka bagaimanakah untuk dimakbulkan do'anya?"
(Ithaful Muslim Bima Warad Fi al-Targheeb Wa al-Tarheeb Min Ahadith Al-Bukhari Wa Muslim).

Rasulullah bersabda yang maksudnya: ..."Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.Rasulullah bersabda yang maksudnya: Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.

Sini Bukan Malaysia Bang!

"Kat Malaysia boleh la macam tu. Ni kat US bang, bukan kat Malaysia."

Maka aku menjawab. Amerika dulu lain sekarang lain. Sekarang punye la banyak kedai halal dan produk halal. kalau masih nak bermudah-mudahan tu hanya sekadar mencari alasan.



Semasa aku ke Chicago summer lepas, aku berkesempatan mendengar khutbah daripada seorang Syeikh. Namanya Mir Ilyas. Dia berkata biarlah kita hanya makan daun-daun kayu asalkan makan haram tidak masuk ke dalam rubuh badan kita. Mereka (yakni yahudi dan Nasara)mencuba pelbagai cara untuk memastikan rezeki orang Islam datang dari sumber yang haram dan Syubhah. Dalam pelbagai produk mereka akan menggunakan alcohol, lemak binatang, lemak khinzir dll. Proses pembuatan makanan yang kompleks dan rumit menyebabkan kita semakin susah untuk memeriksa produk manakah yang benar-benar halal dan bersih. Maka menjauhi itu lebih baik. Usah mengambil risiko.



Yang Dicari Adalah Ketaqwaan

Pernah Umar r.a bertanya pada Ubai bin Ka'ab tentang apa itu taqwa. Maka jawab Ubai: Taqwa itu bagaikan engkau berjalan di jalan yang berduri, di mana engkau akan berusah dan sedaya mungkin untuk melepasi jalan itu. Maka kata Ubai r.a., demikian itulah ketaqwaan.

Untuk mencapai ketaqwaan, jalan yang harus ditempuhi bukan mudah. Dan pelbagai aspek harus dijaga. Khususnya makanan. Makanan yang haram menyebabkan segala amalan dan doa seseorang tertolak. kalau mahu mencapai darjat ketaqwaan (siapa x x mau kan?), jauhilah makanan-makan syubhah. Kepada pelajar-pelajar di overseas, kurangkanlah makan makanan di luar kecuali di restoran halal. Semua makan laut yang tidak memudharatkan halal di sisi madzhab Syafi'i, tapi tahukah kita apa yang diletak dan dimasak bersama seafood tersebut? Dan mereka pasti menggunakan periuk, kuali, sudu, dapur yang sama untuk memasak makanan tidak halal yang lain.

Dan setiap barangan memasak yang ingin dibeli, haruslah diperiksa terlebih dahulu. InsyaAllah, Allah akan memberkati dan memberi ganjaran atas usaha kita unyuk mengelak daripada memakan makan yang haram dan syubhah.

The Wayfarer
4.15pm
Rochester, NY USA.


Wama a'laiina illal balagh...

1 comment:

nisa said...

salam...kt malaysia sendiri pn dh susah nk cri tempat yang halal.. nk masuk kedai mamak termasuk kedai india pulak.. moralnyer masak sendiri je..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...