Friday, November 5, 2010

Sesungguhnya Aku Tidak Tahu-Bhgn 1

Muntakhab Ahadith, karangan Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi

“ What’s the purpose of listening to ahadith if you cannot understand them? Kata lelaki itu semasa majlis taa’lim di masjid.

“ Seorang brother kemudian menjawab, “ We don’t have enough knowledge to explain the ahadith syaikh. If there is a scholar among us right now, we can ask him to explain for us the meaning and message of the hadith. But the problem here is we don’t have a proper knowledge to explain the ahadith.”


Aku diam. Memang apabila berlaku argument, aku akan diam. Tidak mahu mencari kekeruhan. Imam Malik pernah berkata, berdebat (dengan cara yang tidak sepatutnya dan bukan bertujuan mencari kebenaran) bukanlah sebahagian daripada adab dalam Islam. Aku akan pegang kata-katanya sampai bila-bila, InsyaAllah.

Imam Malik rahimahullah juga berkata:
“ Ilmu itu bukanlah sebanyak mana seseorang itu menghafal hadith dan Al-Quran, tapi ilmu itu adalah nur di hati mukmin.”



Syaikh Hamza Yusuf(seorang ulama yang berasal dari United States) berkata dalam satu ceramahnya berkata:

“If you meet someone and he ask you something to test your knowledge, and his intention is not trying to find the truth, just leave him and don’t argue with him. If you still argue with him, you’re just wasting your time.”

Aku tidak mahu mencari kekeruhan dalam post kali ini. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca post kali ini dapat berlapang dada. Aku bukanlah a’lim. Aku tidak punya keupayaan untuk mengeluarkan fatwa ataupun menghuraikan ahkam. Aku tidak punya apa-apa. Sudah pelbagai perkara berlaku dalam umat islam dan sememangnya perkara ini telahpun diramal dalam pelbagai hadith Nabi s.a.w. Umat Islam berbalah mengenai perkara-perkara khilafiah dan perkara remeh-temeh. Sedangkan umat Islam itu ibarat satu anggota badan. Apabila satu anggota terasa sakit, keseluruhan anggota badan akan turut merasai kesakitan.

Sesungguhnya Ulama’ Itu Adalah Pewaris Para Anbiya’

Dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Nabi s.a.w bersabda:
….Sesungguhnya kemuliaan seorang a’lim keatas seorang a’bid adalah seperti kemuliaan bulan purnama keatas bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para anbiya’ Dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar atau dirham (harta kekayaan) kecuali ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu barangsiapa yang mencari harta pusaka ini sesungguhnya dia telah menerima kebaikan yan g besar.

Syaikh Muhammad Al-Yaqoubi, seorang ulama Syria yang gigih menyebarkan ilmu di UK

Dalam satu hadith yang lain riwayat Imam Al-Baihaqi, rasulullah s.a.w. bersabda:

Kematian seorang ulama’ adalah merupakan satu musibah (bencana bagi ummah), ia tidak dapat diganti dan boleh memecahbelahkan ummat (selisih pendapat dalam berbagai macam amalan) yang susah diluruskan dan ia adalah bagaikan bintang yang dihapuskan cahayanya. Kematian kamu semua masih lebih ringan daripada kematian seorang ulama.

Dan berbagai lagi ahadith yang menerangkan mengenai kelebihan ulama. Teramat banyak.
Bulan lepas aku sempat mendengar ceramah daripada seorang syaikh di masjid. Aku kurang ingat namanya. Dia mengajar di madrasah di Dewsbury, England, ataupun dikenali sebagai markaz usaha dakwah bagi Europe. Dia berkata:

“How can we know a true scholar and the righteous ulama’? The ulama of truth is scholars that his 24/7 lives is according to the sunnah of Rasulullah s.a.w. Eventhough this day and this time are full of fitnah, you still can find ulama’ that his actions, his speeches, his talks, and his doings that closely resemble Rasulullah s.a.w. Our real syaikh is the one who put his knowledge into actions. This is our real syaikh.”


Semasa aku berada di Chicago summer lepas, Alhamdulillah kami sempat berkunjung ke Shariah Board of America, satu badan yang mengeluarkan fatawaa bagi seluruh United States. Bangunan dua tingkat itu diubahsuai bagi madrasah (Darul Ulum Chicago). Kami sempat menziarahi Mufti Nevalur Rahman, Chairman Shariah Board Chicago. Selepas beliau memberi nasihat kepada ahli jemaah, seorang brother bertanya mengenai beberapa masaalah fiqh bagi mazhab Hanafi. Permasaalahannya agak rumit. Beliau menjawabnya. Kemudian, brother tadi cuba bertanya apakah pendapat mazhab Syafi’i bagi masaalah tersebut supaya ahli jemaah yang bermazhab Syafi’i tidak berasa terasing. Apa jawapan mufti?

Saya tidak tahu.” Jawabnya ringkas.

Mufti Ali Al-Jummah, Grand Mufti of Egypt

Untuk melayakkan seseorang untuk menjadi mufti (bagi system madrasah di India-Subcontinent ataupun dikenali sebagai Darul Ulum dll), seseorang itu harus menambah lagi pembelajaran selama beberapa tahun selepas 7/8 tahun menghabiskan pelajaran A’lim.

Itu bukan waktu yang sekejap. Itu waktu yang lama. Namun dia masih menjawab dia tidak tahu, walaupun dia seorang mufti, seorang yang dikira layak mengekuarkan fatwa.

Ummat Islam Adalah Satu Ummah

Sahabat sekalian, ummat islam adalah satu ummah. Tidak kira dia itu orang arab atau bukan arab, orang melayu atau orang cina, orang india atau orang amerika. Kita semua disatukan di bawah satu kalimah, iaitu kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah. Bersatulah di bawah kalimah yang mulia ini. Usahlah berbalah dalam perkara yang remeh-temeh dan perkara yang kita belum layak untuk untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Beranilah untuk mengucapkan: Sesungguhnya aku tidak tahu.

Bersambung…

The wayfarer
Yang tak punya apa-apa
10.08pm
Rochester,NY

5 comments:

Husaini said...

lame x masuk blog nih..stuju sgt pe yg ditulis ni.. :)

aNtu_BaEk said...

we, insyaAllah, nk praktik slow2...kadang2 ym la aku, kite saling menasihati...( keadaan aku sini teruk benar kot )

Ridzuan Ariffin said...

insyaAllah..hailmi kan ado..mu pun ym la aku

amirhailmi said...

ya, sesungguhnya ak tidak tahu!!

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah...
isi baik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...