Sunday, February 27, 2011

Harga Sebuah Sunnah 2

Di Malaysia


Seorang lelaki muda berjalan menuju ke surau. Pakaiannya putih. Seluarnya putih. Serbannya putih. Janggutnya hitam pekat. Lagaknya seperti seorang pahlawan Islam zaman terawal. Itulah pakaian hariannya ke mana sekalipun. Allahuakbar. Mukanya bersih. Tapi siapa sangka, dia memandu kereta Mers. Dan aku melihat dia telah menggunakan keretanya untuk jalan Allah. Bukan untuk kemegahan. Bukan untuk kemewahan.

Manusia sekeliling memandangnya pelik. Ada yang sayang. Ada yang meluat. Memang agak pelik bagi manusia. Tapi mulia di sisi Allah s.w.t dan RasulNya. Tapi tiada siapa yang menghalang lelaki itu daripada memakai pakaian "kesukaannya".

Di Burma (Myanmar)


Seorang lelaki belia berjalan kaki di kem pelarian. Agamanya tinggi. Semangatnya tinggi. Dia mahu memakai pakaian kesukaannya. Tapi apakan daya, Burma diperintah junta tentera. Memakai pakaian "kesukaannya" di  luar rumah bermaksud menempah maut. Tentera akan menembak sesiapa yang berpakain seperti itu. Itu harga yang harus dibayar di Burma. Dan harga itu ialah mati!


Di United States


Anak-anak kecil leka bermain. Berkejar-kejaran sesama mereka. Tidak takut walaupun mereka tinggal di kawasan "black spot". Kawasan yang kadar jenayahnya agak tinggi. Namun peliknya tiada siapa mengganggu mereka. Apa rahsianya?

Aku pernah bertanya pada seorang kawanku. Apa rahsianya?

" Entahlah. Tapi setahu aku hampir 99% lelaki Islam yang tinggal di kawasan ini solat berjemaah di masjid. Mungkin sebab tu kot. Allah akan jaga sesiapa yang jaga agamanya."

Aku yakin. Tidak ada sebab lain yang lebih kuat daripada itu. Kekuatan Islam bermula dari situ.

Di Boston, seorang lelaki African American gigih berjalan. Berpakaian full sunnah. Berjalan melewati universiti-universiti terkemuka dunia. MIT, Boston University dan Harvard University. Tujuannya bukan untuk belajar, dan bukan juga untuk mengajar. Tapi tujuannya untuk mencari pelajar-pelajar Islam di Universiti. Mengajak mereka kearah kejayaan yang tida penghujungnya, yang tiada terbayang dek kata-kata. Dia gigih berjalan. Tiada keluhan di wajahnya. Yang ada hanya senyuman manis apabila bertemu sesama Islam.

Itulah perniagaan yang menguntungkan. Yang akan membantu akhiratnya.

Semoga Allah mengurniakan aku kekuatan untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan semoga Allah mengurniakan kita semua kekuatan ini. Ameen.

p/s: Semua kisah yang dinyatakan adalah berdasarkan kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata.


6 comments:

kinakona said...

SUBHANALLAH..

Ridzuan Ariffin said...

mudah-mudahan Allah bagi kita kefahaman

Unknown said...

kesatuan fikir,mashaAllah....
yakin dgn tarekah ini....

Ridzuan Ariffin said...

yg di Burma tu..ade sorang abang yg kluar skali cite kisah tu. Dia hafiz Quran. kalau pakai jubah kt Burma kena tembak sebab junta ingt nk lawan diorg..

takut*harap said...

Salam tuan,
semoga Allah beri kekuatan pada kita untuk mengamalkannya. Kejayaan hanya ada dalam agama, ikut perintah Allah, cara Nabi SAW...
jazzakallah khair

Zamir Amno said...

SubhanAllah... Wae.. laki putih di Malaysia 2 yg org yg kte jumpe time kuar kat negeri 9 2 ke.. after ijtima'. Bro yang study UK 2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...