Thursday, December 8, 2011

Hidup Mencari Mati Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Assalamualaikum.


Minggu lepas aku dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi sahabat seusia dan satu batch masa di sekolah dulu. Dalam masa tak sampai sebulan, dua orang sahabat yang sama umur dengan aku telah pergi menemui Pencipta sekalian makhluk. Sungguh, mati itu tak mengenal usia.

Dalam usia 22 tahun, aku yakin macam-macam rancangan ada dalam kepala mereka yang sebaya dengan aku. Perancangan untuk mencari kerja, mencari jodoh, memulakan bisnes dan banyak lagi lah perancangan lain.

Sayalah businesscat yang berjaya di dunia. Di akhirat tak tau lagi..harap-harap berjaya jugak
Namun kita lupa untuk merancang sesuatu yang lebih utama. Sesuatu yang kalau kita gagal merancang, kita tak akan mampu untuk merancang kembali. Sesuatu yang sudak tidak ada post mortem, tidak ada resolusi atau pelan tindakan untuk membaiki balik apa yang telah berlaku.

MATI ITU PASTI!

Dan sekiranya kita gagal merancang untuk menghadapi mati, sesungguhnya kita telah merancang untuk gagal selama-lamanya!

Kucing yang mati jauh lebih mulia daripada manusia yang mati tanpa Islam. Diorang tak payah kena hisab      


Mati tidak mengenal usia. Sejauh mana kita lari, ia tetap akan mengejar kita. Malaikat maut tetap akan datang dan mengerjakan amanah yang telah diberikan Allah kepadanya. 

Merancanglah untuk menghadapi mati. Kerana orang yang bersedia menghadapi mati, dialah orang yang akan mendapat kejayaan yang agung.

Diharap sesiapa yang membaca artikel ni dapat menghadiahkan al-fatihah (atau apa-apa surah lain jika mampu) kepada sahabat aku yang dikasihi, merangkap ketua batch dan ketua pelajar kitorang Mohd Syahrul Yusof dan seorang lagi sahabat (alhamdulillah aku diberi kesempatan melawat di hospital cuti summer ari tu), Mazuwan Bin Azahari.

Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa. 

1 comment:

School Of Tots said...

Al-Fatihah buat arwah. Mati hanya di depan mata. Namun jarang orang nampak. Ibarat taik mata, walaupun di depan mata. Tengok cermin untuk cermin diri. Apa beza dia dan aku sama muda sama sekolah, tapi dia sudah mati. Apa lebihnya aku untuk belum mati. Semua Allah punya. Tiada kita punya. Jangan putus harap. Masih belum terlambat untuk mati. Renung & Fikir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...