Bingung Menentukan Arah Hidup
Assalamualaikum….alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana masih lg memberi kesempatan buat saya mencoretkan sesuatu iaitu perkongsian pendapat dan pandangan..diri ini bukanlah bijak sangat untuk menghuraikan sesuatu, bahkan saya sendiri mengakui diri terlalu lemah utk memberi nasihat…cukuplah sekadar utk mengajar kita semua utk berfikir mengenai hidup dan cabaran kita sebagai seorang muslim…
Ya..Itulah tujuan kita hidup..bukan mahu mencari harta, tapi mencari redha-Nya. Puisi Dr. Asri ini amat bagus dan amat memberi kesan pada sesetengah individu..Hehe..Diri ini sendiri masih bingung dalam mencari arah tujuan hidup…kadang2 kita terlalu leka dgn urusan dunia hinggakan kita melupakan urusan akhirat…budaya berhibur, melepak, banyak sekali mempengaruhi hidup kita…tapi kalau diajak sembahyang berjemaah atau menyertai aktiviti agama lain pula jadinya. Masing2 mula menjauhkan diri dan pelbagai alasan diberi..susah, saya sendiri pun mengakui ia berlaku pada diri sendiri. Namun sebagai manusia biasa kita memang sering melakukan kesilapan.Dan ketahuilah bahawa Allah sgt menyukai hambaNya yg selalu menyesali dirinya atas setiap perbuatan yg dilakukan, yang mempunyai nafsu lawwamah.
Amat sukar sekali untuk mengamalkan sunnah di akhir zaman ini..Umat Islam berhadapan dgn pelbagai fitnah, sama ada dari luar atau dari dlm Islam itu sendiri.Penerbitan filem pendek Fitna baru2 ini menggambarkan ceteknya pemikiran orang bukan Islam terhadap Al-Quran.Mereka hanya mengambil sesetengah ayat dan menyalahtafsirkan ayat itu utk menunjukkan Islam itu agama yg menganjur keganasan..Mereka tidak tahu bahawa Al-Quran itu hendaklah dibaca atau ditafsir secara “cross-refer” iaitu perlu melihat secara menyeluruh dan bukan hanya pada sesetengah ayat. Semakin mereka mengutuk orang Islam, semakin bertambah kuat orang Islam itu.
Kini, terdapat pula golongan yang hanya bersandarkan kepada Al-Quran tanpa merujuk kpd sunnah Rasulullah s.a.w. Golongan ini mendakwa sunnah Nabi mempunyai kekurangan kerana ia dipengaruhi oleh faktor kedudukan, budaya, dan adat resam..Tak perlulah dijelaskan secara detail disini..Tapi yang jelasnya, sunnah Nabi itu sesuai digunakan utk pelbagai zaman, budaya, dan tidak mengira bangsa. Banyak perkara yang diterangkan secara umum di dalam Al-Quran dijelaskan secara terperinci di dlm hadis. Contohnya perihal solat, puasa,zakat dan banyak lg.
Peranan Pelajar Dalam Dakwah
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela AgamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(As-Saff:4)Ini yg sebenarnya saya hendak tekankan.Peranan kita sebagai pelajar dalam menyampaikan dakwah. Mungkin ramai yg memandang remeh tentang perkara ini.Ramai beranggapan tugas dakwah hanya perlu dipikul oleh ustaz & ustazah sahaja. Penyebaran dakwah itu sangat penting dan ianya perlu bermula dari bawah. Memang sukar untuk bermula dari atas. Teramat sukar atau memang tidak boleh.Apa yang saya rasa terbaik utk memulakan langkah ialah dengan bermula di zaman persekolahan dan universiti,sebaiknya bermula pada awal remaja.Pada peringkat remajalah banyak masalah sosial timbul.Badan-badan dan persatuan yg diwujudkan harus diberi kuasa utk mencegah kemungkaran. Saya sendiri pernah mengalami banyak masalah dalam pengurusan organisasi. Ramai yg hanya pandai bercakap, tetapi tidak berbuat apa-apa. Kadang-kadang diri ini juga seperti itu. Sememangnya sebagai seorang muslim kita sentiasa menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup, terutama dalam menyebarkan risalah dakwah.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan
dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan
Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)
Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah
menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh
menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia.
Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian,
mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.
Marilah kita melihat rintangan tersebut satu persatu mengkaji betapa
bahayanya dan betapa pula kesannya. Dengan itu dapat kita menemukan caracara
yang boleh diikuti untuk melepaskan diri daripadanya.
Setakat ini sajalah coretan buat kali ini…mudah-mudahan kita sentiasa berada di bawah limpah rahmatnya…jika terdapat kesilapan, saya pohon maaf dan harap dapat dibetulkan..
Susahnya Nak Istiqamah!Diri ini sering mengeluh sendirian..mengapa terlalu sukar untuk kita istiqamah dalam melakukan sesuatu? Melaksanakan ibadah sunat amat memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi..Kadang-kadang kita buat benda tu hanya mengikut tempat yang khusus, kalau balik kampung kurang sikit buat amal..masjid pulak jauh sangat dengan rumah..alamatnya sembahyang kat rumah jelah..tapi Alhamulillah walaupun sembahyang dekat rumah, keluarga masih solat berjemaah. Jarang sekali solat sendirian.
Biasanya dekat kolej kita buat solat sunat rawatib, tapi kat rumah jarang sekali dibuat..Begitulah rapuhnya iman diri ini..tp ade orang yang tak buat langsung..hmm..yang tak solat pun ramai. Ni lagi parah…Tersangat jauh lagi jaraknya untuk mencapai taraf seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Untuk pergi berperang sekalipun mereka amat menekankan para tentera yang sentiasa solat malam untuk menjamin kemenangan Islam..Salahudin Al-Ayyubi tidaka membenarkan para tenteranya yang tidak qiamullail menyertai peperangan. Ini kerana semangat dan kekuatan dalaman itu lebih penting daripada kekuatan fizikal..Itulah yang menjadi faktor penaklukan semula Baitulmaqdis dari tangan Kristian…
Bukan saja sukar untuk menghidupkan ibadah sunat, malah hendak beristiqamah mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. juga amat susah..Inilah kehidupan akhir zaman yang penuh dengan godaan dan cabaran. Namun, segala benda itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya disertai dengan azam yang bersungguh-sungguh. Yakinlah pada diri sendiri dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.
Revolusi Pemuda Islam
Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."
Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu. Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan). Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan
peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:
1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua
walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun
datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Allah swt. berfirman:
...dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Kuasa.(16:70)
Kenapa pemuda menjadi objek di sini?
Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang
khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya:
'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'
Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut kebelakang (susut). Firman Allah swt:
Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia.(3:140)
Dan benarlah sabda Rasulullah:
‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’
Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.
Rujukan: Generasi Muda dan Perubahan (Fathi Yakan)
Berjuanglah…
Cukup indah jika saya dilahirkan di dalam keluarga yang betul-betul mengamalkan Islam…tapi itu telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kita hanya manusia. Apa yang kita perlu buat sekarang ialah dengan cuba mengubah mereka secara perlahan-lahan..umpama menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus. Sebelum kita diciptakan di atas muka bumi ini, Allah s.w.t. telah menentukan 4 perkara ke atas diri kita..Cuba teka? Ramai yang akan mengatakan ajal, maut, jodoh dan pertemuan telah ditentukan ke atas diri kita..Itu sebenarnya lahir daripada masyarakat melayu..Sebenarnya 4 perkara yang telah ditentukan itu adalah Ajal, Rezeki, Amal dan Sengsara atau Bahagia. Itu yang sebenarnya.
Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)
Riak Memusnahkan Pahala
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langiT.