Sunday, July 20, 2008

Kepentingan Menyemak Kesahihan Sumber Yang Dibaca

Agama Islam wajib dipelihara supaya ianya tidak bercampur dengan teori atau fahaman yang dibuat oleh manusia itu sendiri khususnya golongan yang ingin memecah-belahkan Islam. Kita sering membaca buku-buku agama, tapi kebanyakan buku tidak menyertakan sumber rujukan atau tidak membuat footnotes di mana maklumat tersebut diambil dan didapati. Hanya sesetengah pengarang yang mengambil berat tentang masalah ini. Saya tidak menuding jari kepada semua pengarang, tapi banyak buku agama yang telah saya baca tidak meletak footnote atau nota kaki selepas menulis hadis. Hanya yang ditulis ialah nama periwayat hadis tanpa menyertakan di mana sumber tersebut diambil.

Habis macam mana kita nak rujuk? Apa taraf hadis tu? Shahih, hasan, dhaif ataupun maudhu’?…Banyak hadis yang digunakan semasa zaman sekolah saya dahulu yang digunapakai oleh BPI(sebelum, semasa& selepas saya) bertaraf dhaif dan tak tahu dari mana sumbernya(sesetengah memang maudhu’). Saya bukan kata hadis dhaif tak boleh diguna secara total. Imam Ahmad Bin Hanbal sendiri menyatakan bahawa hadis yang bertaraf dhaif boleh digunakan selagi tak berkaitan dengan akidah dan hukum-hakam. Juga boleh untuk peringatan, motivasi, fadhilat dan kisah-kisah. Tapi fikiran kita telah didoktrin oleh sesuatu unsur yang tak jelas dan menyebabkan kita percaya benda tu bulat-bulat tanpa mengkajinya.. Kalau masa taa’lim tu takpe sebab memang baca kitab hadis. Persoalannya, kita hanya membaca tanpa mengetahui akan kesahihan sumber tersebut. Benarkah begitu? Tanya diri sendiri..Saya pun kadang-kadang hanya membaca dan menceritakan kepada orang lain terus tanpa mengkaji sumber tersebut terlebih dahulu. Sekarang barulah tahu sedikit ilmu berkenaan taraf-taraf hadis dan kewajipan mengkaji sanad dan matan hadis tersebut.

“Habis tu takkan nak baca kitab je…tebal tu.Lepas tu nak cari dalil satu-satu punyalah susah. Kalau nak buat paperwork agama boleh la..Baik baca buku je, kan senang!“

Ada jugak yang kata macam tu… Saya tidak kata membaca buku agama itu tidak betul, tapi kita tengok la kandungan dan penulis buku tu..Saya pun malas nak cari dalil satu-satu, tapi kita usaha la untuk ke arah itu. Baca la kitab-kitab karangan ulama’ muktabar seperti Imam Muslim, Bukhari, Nawawi, Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Sayyid Sabiq, Syed Qutb, Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Dr. Yusuf Qardhawi dan banyak lagi. Kat Malaysia pun ramai ulama yang bagus-bagus.

Akulah Juara!

Kita terlalu taksub untuk berhujah, tanpa memikirkan sama ada maklumat yang kita peroleh itu betul atau tidak, khususnya soal hukum. Soalnya siapakah kita? Adakah kita ulama’ atau seorang yang berpengetahuan mendalam tentang Islam? Apabila ditanya tentang hukum atau sesuatu persoalan berkenaan Islam, semua orang seolah-olah ingin menjadi juara sehingga sanggup mengeluarkan fatwa sendiri…Kalau kita seorang engineer, adakah kita boleh melakukan pembedahan? Hanya orang yang layak sahaja mampu melakukan pembedahan iaitu doktor. Kalau engineer pun nak bedah orang, alamatnya matilah pesakit tu..Begitu juga dalam bidang agama, hanya orang yang layak sahaja yang mampu menjawab masalah dan persoalan berkaitan agama Islam, bukannya semua orang. Ni tak, mufti yang berpengalaman pun dikutuknya. Kalau kat sekolah dulu budak junior selalu bertanya soal-soal agama. Kalau yang tak mau air muka jatuh, mereka akan menjawab mengikut fahaman mereka sendiri; mengikut logik akal masing-masing. Hah, itulah bahayanya kalau kita mentafsirkan agama mengikut pemahaman kita.

Dalam soal ini saya suka dengan prinsip jemaah tabligh. Ni bukan nak promote tp memang betul. Mereka tidak bercakap sesuka hati tentang agama, tidak mentafsirkannya mengikut pemahaman mereka; mereka hanya ingin mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. secara menyeluruh. Lebih baik kita bercakap seperti mereka, bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t. dan keistimewaan kalimah Toyyibah daripada berdebat dengan orang lain tentang hukum-hakam agama yang pastinya bukan bidang kita.

Setakat ni je la untuk kali ni..jika ade sebarang komen atau ketidakpuasan hati sila la betulkan.sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada kesilapan, begitu juga saya. Satu lagi saya sengaja tak masukkan hadis dan ayat al Quran supaya kita boleh berfikir dan supaya menerima kritikan (positif). Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...