Monday, September 15, 2008

Saya berulang kali mendengar lagu Hijrah dendangan mu’adz. Best betul lagu tu. Lagu tu berdasarkan hadis 40 imam nawawi yang pertama iaitu berkenaan niat. Setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap orang itu adalah apa yang kita niatkan. Bagi saya semua lagu muadz best dan mempunyai mesej yang jelas. Contohnya lagu Amrullah & Stand Up…tapi saya xtau kenapa dia x popular sgt..

Ayat ke-3 surah As-Saff bermaksud;

“Amat besar kebencian Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”. Ayat ini sudah cukup untuk membuatkan saya nak  berhenti daripada menulis blog ni.

 Tapi ayat selepas itu membuatkan saya bersemangat balik:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

            Di sini saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mahu mengajar, tapi saya hanya ingin belajar dan berkongsi ilmu kerana saya memang tidak mampu dan memang lemah. Jadi tegurlah saya dalam apa jua keadaan. Saya hanya manusia yang penuh dengan kelemahan dan kepincangan. Semuanya datang dari Allah. Bahkan kita semua tidak mampu. Hanya Allah yang berhak memberikan hidayah kepada seseorang. Saya takut, akan dimurkai Allah kerana menyampaikan tetapi diri sendiri terabai. Diri saya ni pelik sikit, kalau saya x ikut program agama lebih 2 minggu, pastu dah mula lalai balik. Ni yang saya amat takut. Terutama waktu balik rumah. Ini sudah banyak terjadi…Dan orang-orang inilah yang akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah. Nauzubillah. Moga-moga ia bukan saya dan kita

Untuk Warga Farisian Sekalian

Kepada kawan-kawan, saya memohon sejuta kemaafan sewaktu di sekolah dahulu kerana telah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Dan kita semua telah gagal memimpin (Badan Pelajar Islam 06) terutama saya. Dan ianya adalah salah saya. Saya xtau macam mana nak tebus dosa saya…dan kepada teman-teman (khususnya bpi), sama-samalah kita berhijrah kearah lebih baik. Janganlah berubah kepada lebih buruk. Marilah sama-sama kita berbakti semula kepada sekolah (x semestinya masuk alumni), tapi maksud saya, kita boleh adakan program keagamaan di sekolah. Dan saya sedang merancang satu lagi program untuk bpi lepas ni. Jadi saya memerlukan sokongan dari sahabat semua untuk melakukannya. Saya tau, ramai antara kita telah meninggalkan usaha ini, tapi tolonglah buat setakat yang kita mampu. At least, janganlah kita pakai yang yang ketat dan tidak menutup aurat. Jadilah diri kita, yang baik. Ni susah betul ni, akak saya pun masih pakai camni. Tu terpulanglah kepada suami diorang, kerana masing2 dah bersuami. Kemampuan sebenar seseorang itu boleh dinilai apabila dia keluar daripada sekolah, kita tengok dia berubah ke tidak. Sama ada lebih baik atau lebih buruk.

Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang alim atau anak ustaz, tapi jangan kita jadikan alasan keluarga sebagai penghalang. Jadi, sama-samalah kita berdoa, dan saya harap sesiapa yang membaca blog ini boleh mendoakan jugak untuk saya dan dirinya sendiri. Moga-moga kita sentiasa berada di dalam orbit Islam.

 

 

3 comments:

mohad said...

salam.. apa khabar...

wan azri said...

gambar aku ada tu,...hehehehe

Anonymous said...

whateva!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...