Monday, November 3, 2008

Gerun dan Takut

Dah banyak kali terasa nak berhenti menulis blog. Bukan kerana malas atau tidak minat, tapi kerana takut; takut diri sendiri terabai…Kalau tanya kawan saya Fahmi samalah jawapannya. Takut.

Menulis bukan ingin mengajar, tapi untuk sama-sama belajar, belajar dan terus belajar…

Saya pernah terasa down sangat-sangat. Masalah susah nak istiqamah, amal pastu tinggal balik ape yang dah buat. Susah nak tarbiah diri sendiri berbanding kita cakap kat orang lain. Hmm…

Tiada Pilihan Kedua

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukan kamu.” (S. Muhammad:7)

Tiada pilihan lain. Inilah pilihan kita.Yang wajib dipilih adalah jalan ini sahaja iaitu menyampaikan; dakwah. Orang yang tahu tapi tidak memberitahu adalah lebih teruk berbanding orang yang tak tahu langsung. Dan wajib kita mencuba walaupun diri kita tidak sempurna. Saya teringat kata-kata seorang pak cik, apabila kita telah mengamalkan suruhanAllah dan menjauhi larangan dalam erti kata yang sebenar (seperti cara Rasulullah s.a.w.) dalam setiap aspek, maka Allah akan berikan daulah kepada kita. Namun melihat keadaan sekarang, masih adakah hari esok untuk Islam?

Jom kita tanya diri sendiri…

Keyakinan Yang Utuh

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.(rujuk s.al-Ahzab).

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Apabila ditanya, ramai yang kurang tahu dan kurang ambil tahu tentang sejarah islam. Tapi ramai juga yang tahu. Apabila bercakap tentang sejarah islam, saya amat berasa bangga dengan pencapaian islam dahulu.Siapa yang tak bangga memang pelik la die tu…Tapi sekarang camne keadaan umat islam?

Islam akan berpihak kepada kita akhirnya. Dan saya turut sertakan suatu peristiwa ketika Saidina Umar r.a. bertanya kepada sahabatnya….

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

End Credit…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...