Alhamdulillah…inilah perkataan yang hanya dapat keluar apabila saya mendengar Hamas berjaya menewaskan tentera Zionis lebih kurang 2 hari lepas..Yakinlah kita dengan janji Allah, nescaya Allah akan membantu agamanya. Selagi kita berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah nabi dengan sepenuh hati dan melaksanakan sistem Islam secara kaffah, nescaya Allah akan membantu kita.
Jika kita mengimbas kembali sejarah penubuhan Hamas, pergerakan ini ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yassin dan rakan2 nya yang merupakan sebahagian pendokong ikhwan muslimin di Gaza. Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah ikhwan muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang ats dasar islam menentang penjajahan yahudi di Palestin. Hamas, mempunyai pendirian tegas terhadap penubuhan pemerintahan islam. Dengan adanya Hamas, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah mencari arah perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan yang dikenali sebagai Intifadhah. Keadaan ini berlanjutan hingga sekarang.
Tentera islam tidak akan kalah jika mereka masih beriman sepenuhnya kepada Allah s.w.t. dan berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Percayalah. Itulah formula yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Islam terdahulu yang menyebabkan mereka menang dalam peperangan. Kita sering membaca kisah pahlawan2 terbilang seperti Saidina Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tariq Bin Ziyad dan Salahuddin A-Ayyubi. Tapi apakah kesan kepada diri kita? Apakah kita bersemangat seperti mereka? Tanya diri masing2….
Apa Impak Kepada Diri Kita?
Ramai yang mengeluh lega setelah Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza. Dan ramai juga yang telah kembali menikmati dan menggunakan produk2 yang diboikot selama dua puluh hari++. Apa gunanya kalau usaha kita hanya sementara? Sepatutnya kita berhenti terus daripada menggunakan produk2 ini, bukannya hanya boikot, tapi memang terus berazam tidak mahu menggunakannya.
Satu lagi, apa guna kita hanya membantah denagn suara, demonstrasi dll sekiranya kita belum berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah? Ramai yang turun berdemo, berarak di jalan raya, tapi masjid dan surau masih lagi seperti biasa. Lengang…..hanya ada golongan tua dan kanak2 memenuhi masjid. Remaja? Jauh panggang dari api…
Inilah yang sebenarnya yang kita perlu usahakan. Usaha ke atas iman kita. Iman kita masih belum sempurna; malah teramat jauh untuk mencapai kesempurnaan. Para sahabat r.a. sendiri yang kita tahu iman mereka teramat hebat, juga dinasihati Rasulullah s.a.w. supaya memperbaharui iman. Iman adalah asas dalam ibadah. Tanpa iman, ruh ibadah atau “feel” atau halawatu iman itu akan hilang. Dan saya sendiri masih sangat teramat-teramat lemah. Tapi itu bukan sebab mengapa kita tidak berusaha atas iman kita dan menyampaikan kepada orang lain.
Bangkitlah Wahai Muslimin!
Tatkala matahari di barat semakin hari semakin menampakkan sinarnya, begitu juga kebangkitan Islam di barat. Semakin kuat Islam ditindas, didiskriminasi, dicerca, semakin kuat umat Islam. Hari demi hari ramai yang mula tertarik dengan Islam dan memeluk Islam. Tapi situasi di timur jauh berbeza. Islam kekal statik, malah mungkin semakin lemah. Kerana apa? Kerana kita terlalu dimanjai dengan kemewahan dan kesenangan dunia serta tiada tekanan.
Jadi, adakah kita akan terus menjadi pemerhati tanpa melakukan apa2? Jika demikian, nescaya Allah s.w.t akan menurunkan azabNya. Bangunlah wahai saudaraku, kita masih muda. Dan masa muda itu hanya datang sekali. Manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya….Semoga Allah merahmati kita...
End Credit…Keredhaan
Rujukan: Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden-(Riduan Mohammad Nor)
No comments:
Post a Comment