Wednesday, January 14, 2009

Hakikat Sebuah Cinta

Assalamualaikum…kali ni kita akan berbicara tentang cinta. Hakikat cinta yang sebenarnya dalam kehidupan kita. Seringkali bila berbicara soal cinta, kita akan memahami cinta itu adalah perasaan fitrah manusia terhadap pasangan masing-masing. Betul, itu juga adalah cinta, tapi itu cinta itu sebenarnya teramat luas maksudnya. Cinta kepada Pencipta, cinta kepada ibubapa, cinta kepada haiwan, cinta kepada saudara seislam dan pelbagai lagi jenis cinta. Cinta itu suci, tapi ia akan menjadi kotor jika cinta itu ditumpahkan tidak kena pada tempatnya. Cinta itu akan ercemar jika dinodai dengan perkara mungkar, seperti yang berlaku sekarang.

Ramai yang akan menjawab aku menyukaimu kerana Allah s.w.t. Tapi adakah kita berpegang kepada konsep ini dengan sepenuh hati? Cinta seorang lelaki kepada perempuan yang benar2 cintanya berlandaskan kepada Allah s.w.t. Jika ini betul2 berlaku, tak akan ada lagi istilah couple dalam hidup kita, yang ada hanyalah ikatan perkahwinan, kerana cinta kepada Allah tidak membenarkan kita mendekati perkara mungkar; zina.

Memang manusia tidak dapat lari dari fitrah. Ftrah manusia adalah mempunyai sifat mencintai & dicintai oleh orang lain, merasa dihargai dan disayangi. Dan diri saya juga sama. Tidak dapat lari daripada perasaan ini. Tapi batas-batas pergaulan hendaklah dijaga. Islam telah menggariskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

Andaikan cintamu cinta yang sebenarnya,
Tentu engkau akan selalu taat kepada diriNya
Sesungguhnya orang yang mencintai, akan selalu
Setia dan taat kepada kekasihNya….


Mengenal Cinta Meraih Allah

Memang jauh lagi jarak untuk kita mengenal cinta Allah, apatah lagi meraihnya. Al-Mahabbah(cinta) adalah tahap spiritual seorang hamba yang paling lhur di hadapan Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (Al-Maidah:54)

Para abid telah menggapai tahap cinta ini kepada Rabb. Sejatinya sesebuah cinta adalah kejernihan hati dan jiwa dalam mencinta, dikuatkan dengan mengingati Allah secara terus menerus.

Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi,
Bersabarlah, kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindui kelak.
Pertemuan itu adalah hal yang pasti, maka sabarkanlah dirimu.
Syahdukan dirimu dalam merindu, kerna Dia juga pun merinduimu.


InsyaAllah kita sama-sama berusaha untuk menggapai hakikat sebuah cinta yang hakiki…Semoga kita sama-sama berdoa supaya Allah memelihara kita…amin…

Rujukan:Tafsir Al-Quran
Kisah Cinta Dalam Al-Quran (Misbah Em Majidy & Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat)

1 comment:

Mohd Hazaruddin said...

assalamualaikum,

thanks for another inspiring words ...

wish you all the best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...