“ Now, we will read the hadith about Salah, in the subchapter of Sunnah and Nafilah. “ Kata seorang brother yang membaca hadith.
Tiba-tiba satu suara berkata, “Sunnah and nafilah is the same thing!” Kata seorang Arab yang duduk bersama dalam majlis taa’lim.
Perbincangan berlarutan. Berpanjangan hingga mencetuskan beberapa arguments. Seorang brother mula cuba menjelaskan dengan memberi analogi dalam fiqh mazhab hanafi. Diskusi berpanjangan. (Aku dah la nak balik rumah nak study nieh). Ketika itu tiada a’lim bersama kami. Semuanya adalah orang awam. Atau istilah lainnya adalah orang yang bukan ahlinya dalam agama.
Aku amat benci perdebatan. Khususnya mengenai masalah fiqh. Berdiskusi itu boleh, asal kena caranya dan matlamatnya.. Perkara-perkara khilaf antara Aimmah, memang telah lama dibahaskan oleh ulama’ulama terdahulu. Bagaimana mereka menghadapi masalah-masalah khilaf, dan bagaimana beradabnya mereka dalam menghadapi masalah ini.
Imam Malik Rah pernah berbincang dehgan imam Abu Hanifah rah hinggakan perbincangan mereka berlanjutan hingga ke waktu Subuh. Namun apa yang a’jibnya adalah akhlak mereka. Mereka saling menghormati antara satu sama lain, tidak meninggikan suara, dan tidak ada pemikiran untuk menunjukkan bahawa hanya pendapat mereka sahaja yang benar, pendapat satu pihak lagi salah, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang teramat besar antara mereka dalam memahami ahkam.
Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah. Tuduh-menuduh antara satu sama lain, tidak menghormati antara satu sama lain, dan lebih teruk lagi menghukum dengan hukuman yang tidak sepatutnya sesama Islam. Mungkin di Malaysia kurang berlaku perkara sebegini, kerana rata-rata semua (hampir semua) penduduk Islam Malaysia mengambil ijtihad ulama’ mazhab Syafi’i dalam masalah fiqh. Tapi di sini, semua ada.
Tujuan diadakan taalim fadhail bukanlah untuk menghuraikan masalah fiqh. Tapi untuk mendapatkan kekuatan dan keghairahan untuk melakukan a’mal. Untuk mewujudkan yaqin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan yaqin akan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Kalau ingin membincangkan masalah fiqh, tanyalah ulama’(mereka yang ahli dalam bidang ini). Mereka telah menafkahkan hidup mereka dalam mendalami ilmu Islam. Mereka telah belajar pelbagai cabang ilmu (nahw,sorf,usul fiqh, mantiq, lughah,ulumul hadith,ulumul quran dll) yang melayakkan mereka bergelar seorang A’lim.
Hari ini umat Islam telah hilang keghairahan untuk melakukan a’mal. Untuk melakukan a’mal yang sempurna, ilmu yang sempurna juga harus diperoleh. Ilmu yang sempurna akan diperoleh daripada ulama’ yang cintakan Allah s.w.t. lebih daripada segalanya. Ulama’ yang hidupnya dinafkahkan hanya untuk Allah s.w.t, dan ulama yang memahami apa prioriti umat Islam sekarang.
Natijahnya Adalah Mujahadah!
Islam terbina atas dasar susah-payah. Nabi s.a.w dan para Sahabah r.anhum telah melalui pelbagai kesusahan dan ujian Allah sebelum mereka mendapat kemenangan demi kemenangan. Mereka telah mengorbankan jiwa, harta dan segala apa yang mereka ada demi Islam. Mereka bertebaran seluruh alam untuk menyebarkan Islam. Kalau tidak kita di Malaysia tidak akan merasai nikmat Islam. Kita masih beragama Hindu dan Buddha. Dan mungkin juga tidak beragama. Mereka, yakni generasi salaf (Sahabah, tabi’in, atbauttabi’in) adalah sebaik-baik generasi. Dan mereka telah membawa kalimah Lailahaillah ke serata alam. Jadi kita juga harus seperti itu. Bagaimana manusia di Alaska dan di gurun ingin tahu akan Islam yang sebenar kalau tiada sesiapa yang akan memberitahu mereka?
Dalam mencari ilmu, begitulah juga caranya. Cuba baca riwayat hidup Imam Al-Bukhari, Imam-Imam mazhab, Imam Al-Ghazali dan ulama-ulama lain. Mereka telah keluar untuk menuntut ilmu. Mereka bersusah-payah untuk mendapatkan ilmu, mereka merantau merata tempat untuk mendapatkan ilmu. Dan Allah telah memuliakan mereka. Nama mereka disebut dan dikenang hingga kini. Dengan ilmu yang mereka ada, mereka bertambah takut akan Allah s.w.t.
Beranilah untuk mengucapkan: Sesungguhnya aku tidak tahu.
Wallahu ta'ala a’lam.
Allah s.w.t lebih mengetahui.
*Kalau post kali ni ada menyinggung hati mana2 pihak, aku mintak maaf banyak2..Aku insan yang penuh dengan dosa.
Pembacaan lanjut:
The Differences of The Imams
Yang mencintai ilmu.