Friday, February 11, 2011

Pabila Kuda Perang Syahid

Assalamualaikum..

Minggu ni banyak duit yang habis. kena beli spare parts kuda. Kuda yang aku maksudkan bukanlah kuda betul, tapi kuda yang mempunyai empat roda. Hidup kat US memang kos baiki kereta tersangat mahal. Kos labor sahaja boleh mencecah ratusan usd. Terutama kalau kereta tu used. Rosak tu dah jadi perkara biasa. Alhamdulillah, kereta kami kongsi tiga orang (Mael, Adam & Aku). Memang tak mampu nak beli kereta sorang. Saya ni kan student lagi.

Kereta ni mungkin nampak baru, tapi hakikatnya Allah yang tau..Kete ni tahun 2000 kut.
Ni la gambar kereta buruk kitorang. Walau buruk, aku harap kereta ni akan jadik saksi di depan Allah di akhirat kelak bahawa ia telah digunakan untuk kebaikan.

Tapi firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 195 telah melegakan aku.

" Belanjakanlah harta-harta berserta jiwa kamu di jalan Allah dan jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (dengan mengelak daripada berjihad) apa sahaja yang kamu lakukan, lakukanlah ia dengan sebaiknya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang membuat pekerjaan dengan sebaik-baiknya. 

Tujuan utama beli kereta ni sebab nak gi masjid dan gunakan untuk jalan Allah. Sebab dulu kesian brother-brother kat Islamic Center asyik datang ambik aku ngan Adam gi masjid. So, kitorang bersepakat beli kereta ni dan berjanji akan gunakannya untuk kebaikan sahaja. Dan aku dah wat satu rule bahawa kereta ni tak boleh dinaiki oleh wanita kecuali mahram sahaja. Alhamdulillah, setakat aku bawak ni ok lagi.

Pontiac Grand Am 2000 (Model lama dah ni...) 

Ade kereta ni senang nak tasykil orang, nak dakwah orang. Nak ajak orang datang masjid senang. Nak gi kelas pun senang. Tapi  kalau rosak kena sabar je la. Baru dapat pahala kan?


Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2:

" Tolong-menolonglah antara satu sama lain atas perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong atas perkara dosa dan kezaliman."


Di satu tempat lain Allah s.w.t berfirman (Surah Al-Hajj ayat 78):

" Berusahalah untuk agama Allah, seperti selayak mana ia diusahakan. Dia telah memilih kamu untuk menyampaikan risalahnya ke seluruh alam dan dia tidak menjadikan di dalam agama sedikit pun kesusahan (jadi, kerja agama adalah mudah, dan hukum-hukum Islam yang telah diberikan kepada kamu adalah bertepatan dengan agama Nabi Ibrahim, kerana itu) teguhkanlah pendirian kamu di atas agama Ibrahim a.s. Allah telah menggelarkan kamu sebelum  Al-Quran ini diturunkan, begitu juga di dalam Al-Quran ini sebagai muslim, yakni yang taat dan yang sentiasa setia. Kami memilih kamu supaya Muhammad s.a.w menjadi saksi untuk kamu dan kamu pula menjadi saksi terhadap manusia-manusia lain."  


Semoga Allah menerima pengorbanan kita semua dan menjauhkan kita daripada sifat ujub, takbur, sum'ah, riak dll. Ameen.

6 comments:

Ismi Ijmi said...

adeih,dok msia pon setakat beli motor je,heh

Ridzuan Ariffin said...

kat cni org jarang guna motor..klu ade pun motor besar..cmne nak bawak motor time winter..skrg ni kan winter..

Ridzuan Ariffin said...

Lgpun kereta kat cni murah..motor lg murah..motor kawasaki 1000cc tu dlm 3000 dolar je. Mane tau bleh merempit nk gi malam markaz..Heheh

mhafiz_ydin said...

Lepas ni bley beli unta lak..

s-mt said...

kalau akhawat nk pinjam utk dakwah mereka camne?

kebaikan juga, tak ke?

Ridzuan Ariffin said...

kalau diorg nk pinjam xpe..jgn suruh hantar & tumpang sudah.tp sebaiknya kalau boleh x payah pinjam..melainkan ada maslahatyg penting

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...