Monday, March 7, 2011

Ada Apa Dengan Muslim?


Kelas arab aku berjalan seperti biasa. Pukul 5 hingga pukul 6 petang setiap hari bekerja. Ustazah (panggilan untuk lecturer yang mengajar, bukannya seseorang yang belajar ilmu agama) memulakan seperti biasa. Kemudian, setiap pelajar dalam kelas disuruh membaca karangan masing-masing.

Yaa'qub (nama asalnya Jacob Matthew), rakan sekelas Arab aku yang baru memeluk Islam bulan Jun tahun lepas membaca "karangannya". Karangannya terlalu indah, dan aku tak rasa manusia yang menulis "karangan" seindah itu.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Yaa'qub membaca ayat mula hingga akhir surah Al-Fatihah.



Memang dia masih baru memeluk Islam. Tapi tiada siapa yang peduli akan dia. Aku cuba meluangkan masa, tetapi dia pula yang tiada masa. Memang masalah muallaf ini sangat susah. Kalau keinginan mereka kepada Islam belum kuat, memang mereka akan kembali hanyut, kembali kepada tabiat asal mereka. 

Imam Shafi', imam di Islamic Center juga sedar akan masalah ini. Ramai yang memeluk Islam. Tapi semua entah kemana. Tiada siapa yang peduli akan mereka. Atau mungkin mereka sendiri yang kurang peduli akan diri mereka. 

Islamic Center of Rochester sebelum ditambah bangunan Wesfall Academy di sebelah masjid

Itu hanya satu masalah. 

Selepas Yaa'qub selesai membaca "karangannya", Tariq (rakan kelas yang lain) tiba-tiba bertanya sesuatu pada Yaa'qub.

" Is that a prayer or something related to God? I used to hear my father recited that in the prayer. "

Aku kurang rapat dengan Tariq. Tapi berdasarkan namanya nama ayahnya dan datuknya, dia berketurunan arab. Tapi mukanya sudah lebih kelihatan American berbanding Arab. Dan keturunannya tidak mungkin beragama nasrani atau yahudi, sebab dia pernah mendengar ayahnya membaca surah Al-Fatihah di dalam solat. Dengan kata lain, keturunannya adalah Islam.

Dua situasi berbeza. Tempat yang sama. Seorang berasal daripada keluarga Christian Catholic (Yaa'qub), seorang berasal daripada keluarga Islam. Ada apa dengan muslim?

Bukan niat aku untuk menyebut keburukan ummat Islam. tapi itulah hakikat keadaan ummat islam sekarang. Sebenarnya dah banyak jenis manusia yang aku jumpa. Tapi cukuplah aku sebut satu sahaja sebagai ibrah untuk kita semua. Hari ini kita berbangga kerana berbondong-bondong manusia memeluk Islam, tapi pada masa yang sama, berkali ganda manusia yang bergelar muslim keluar daripada Islam. Seorang brother di ICR bercerita semasa dia belajar di German. Apabila jaulah (ziarah) ingin dilakukan, kami akan menziarahi orang-orang Islam. Katanya, tempat yang paling ramai orang Islam berkumpul adalah kelab-kelab dan disko. Dan katanya kebanyakan mereka ini imigrant dari Turki, Albania, Kosovo dan negara rantau Balkan yang pernah menjadi jajahan Islam semasa Empayar Uthmaniyyah. 
Itulah keadaan ummat Islam sekarang. Dan adakah kita hanya mahu melihat keadaan mereka berterusan begitu. Tidak. Kerana kita telah diberi satu tanggungjawab yang mulia. Buatlah sesuatu, kerna kamu adalah satu ummat yang mulia. Mulakan kembali usaha Rasulullah dan para sahabat r.anhum.

Dan siapakah Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Al-Fussilat: 33)







4 comments:

aNtu_BaEk said...

betul kata tuan, kite terlalu leka dengan angka2 umat islam yg makin meningkat hari ini sehinggakan terlupa pada mereka yg makin jauh dari islam....

Ibnu Mutalib said...

masyaAllah

Ibnu Ariffin said...

Hari ini kita sibuk mendoakan mereka (Palestin, Albania, Kosovo, etc), itu mmg satu amalan yg bgs.Tapi bangsa mereka sendiri yg tidak ingt akan bangsa mereka sendiri.

Satu jemaah palestin memberitahu dalam bayannya. Penduduk Palestin tak takut pada askar2 Israel langsung. Mereka tak takut pada apapun. Itu mmg bgs, tapi mereka juga tidak takut pada Allah s.w.t.
astaghfirullah...bagaimana nusrah Allah akan bersama mereka?

Muhammad Iqbal said...

Subhanallah, betul ke??
Thnx for the info..
Bersamalah kita kembalikan kegemilangan ISLAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...