Assalamualaikum warahmatullah
Tahun ini 2011. Maksudnya dah 22 tahun aku hidup di dunia ni. Dan maksudnya mati semakin hampir. Semakin hampir. Tinggal setahun lagi pengajianku akan tamat, insyaAllah. Dan orang kata dah layak nak membina "masjid". Dalam usia macam ni, memang cabaran terbesar bagi orang yang lebih kurang usia macam aku adalah untuk memelihara iman masing-masing. Memang payah. Lebih-lebih lagi aku berada di negara yang mana sistem keluarganya dan pergaulannya telah hancur. Memelihara pandangan adalah satu perkara yang tersangat payah. Dan aku rasa aku telah bersedia untuk tanggungjawab itu!
Memang setiap kali berbual dengan kawan-kawan, mesti topik kawin akan terkeluar. Terutama bagi mereka yang memang berazam tidak akan "couple" sebelum menikah. Cam aku. haha. Tapi yang peliknya, bila aku tanya orang yang "couple" bila diorang nak kawin, jawapan yang sama akan diberi.
"Tunggulah aku keje dulu. Duit pun tak cukup lagi. Nanti aku dah ade duit semua tu, aku kawin laa."
Dalam hati aku berkata, kenapa tak kumpul duit sekarang? Belajar jimat-cermat. Nanti senang tak payah nak tunggu lama-lama. Maksiat pun berkurang.
Aku sempat membaca sebuah buku indonesia bertajuk "Saatnya Untuk Menikah". Huh, tajuk pun dah cam best. Kata buku tersebut, kesanggupan untuk mencari nafkah dan keupayaan untuk menyediakan keperluan adalah sesuatu yang berbeza. Seseorang itu akan berusaha keras dan sanggup mencari nafkah bagi keluarganya walaupun nafkah yang diperoleh hanyalah sedikit. Orang semacam inilah yang akan berusaha keras untuk menyediakan nafkah bagi keluarganya. Seseorang yang berfikir bahawa dia belum mampu menyediakan keperluan/nafkah keluarga dan hanya menunggu sampai dia itu mampu, orang semacam inilah yang lambat jodohnya. Dan orang semacam inilah yang selalu mencari alasan untuk terus hidup dalam maksiat. Setuju ke tak?
Suatu hari selepas sembahyang jumaat aku sempat berbual dengan Dr. Abd Rauf, Muslim Chaplain di universiti aku. Memang aku agak rapat dengan dia. Dan alhamdulillah, kami telah banyak kali khuruj bersama-sama. Tiba-tiba dia bertanya kepada aku selepas terlihat seorang student arab bersama isteri dan anaknya.
" So when is your turn Ridzuan? I could see many Malaysian girls here. I can find and recommend a good one for you if you want. My wife knows some of them. "
Aku terkejut. Ingat dia main-main je. Rupanya serius. Dengan selamba aku membalas;
" I don't think they want me. Or I don't think I want them." Jawabku dengan nada bergurau.
Dalam hati aku berkata: "Sape yang nak kawin dengan karkun? "
Tapi aku yakin bahawa jodoh itu telah ditetapkan Allah. InsyaAllah, sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan permudahkan segala sesuatu untuk dia.
" A good wife is a special gift from Allah s.w.t." Kata seorang brother semasa aku khuruj di Chicago.
Mendapat zaujah yang solehah itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Zaujah yang sama-sama membantu agama Allah, meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Sepertimana Sarah membantu Ibrahim a.s, dan Khadijah membantu Rasulullah s.a.w. Membina bukan setakat baitul muslim, tetapi membina sebuah bait ad-dakwah. Dan yang pasti, ia tidak akan terbina sebelum aku sendiri membina "Dakwah sebagai maksud hidup" dalam diri aku sendiri.
Mudah-mudahan Allah membantu aku dan kita semua.
Mudah-mudahan Allah membantu aku dan kita semua.
Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Tawbah:71)
13 comments:
masyaAllah.. sy pn mahu kahwin hehe.. ahlia zamir, ak menunggu mu.
masyaAllah..hehe zamir,bila lagi. InsyaAllah.. tapi pakcik2 karkun ni demand sikit.. nak 4b jeh,heh. so kawin awal agak im-possible
insyallah jodoh tak ke mana.. insyallah awk akn dpt yg sesuai dgn awk, lelaki yg baik tuk wanita yg baik..
mungkin first time sy menkomen blog awk, nice ur blog, byk info yg menarik, n slmt menghabiskan pgajian awk sthn lg di sana.. slmt bekenalan..
SYAR MEEZE MOHD RASHID
PETALING JAYA SELANGOR
sy lmbt lg...mahu kahwin...hahhahaha
bukan demand.....hhhaha
p/s:jemput share pandangan tuan berkaitan artikel terbaru...di blog sy..
zamir, lama x denga citer..kt IMU lg ke skrg? le..ade blog gak die..xbgtau..dah tu tajuk pun lebih kurang jek..
Izmer, xpe..ramai lg yg bukan anak pakcik karkun..perempuan boleh ditarbiah..jgn risau..asal kene cara lembut la hati diorg..ceh, mcm dah kawin la pulak..
Meeze, tq sebab melawat. blog awk pun best gak. Pasal OKU..insyaAllah lepas ni bleh wat dakwah kt org2 deaf..cam abang razni kt Shah Alam..
Anak Pendang..apsal lambat lg? kawin awal la bgs..dpt elak maksiat
zamir, sape ahilia zamir tu? nak tau..nanti nk wat majlis jgn xjemput aku sudah
hahha..nnti kawen jgn x bitau aku plak...
ingat ape2 pon fikrah isteri sblom kawen, lps
kawen, isteri wajib ikut fikrah suami..jd, xyah riso la..doa byk2 kat Allah..mane tau dpt anak karkun..lagi beat wat usaha..insya Allah..jgn lupa doakan aku we.. =)
tu lah husin, isteri wajib ikut suami...dulu masa aku dtg cni, amer sab jemaah m'sia yg dtg kt u aku ckp cmtu gak..die pun cmtu gak..last2 isteri die ikut die gak..
owh sangat tak boley blah,cepatnya tukar design..
husaini, tak semestinya semua perempuan ikut cakap suami.
so keen pandai pilih lah..
sipalah agaknya ahlia zamir,heh
heh..dah bosan..tukar template lg..lgpun yg ni senang je nk tkr..
hehe..da tetap da weh. x smpai mase je lg. skang da start holday 3 weeks. br abes exam. i'Allah sabtu ni azam nk kuar lame sket. doa ea..
sein::: ri2 irfan, zarif n iban datg. khamis n jumaat.
wae:: serius ak nk sembang ngan ko.. da lame x dgr cite n share story.
izmer::: kalo ak kawin, ko tetamu wajib,.. x kire, mest datg
ya!!! insyallah. :)
Post a Comment