Saturday, November 26, 2011

Malam Pertama Indah Atau Payah?

Assalamualaikum warahmatullah.

Malam pertama. Ramai yang sangat teruja untuk menghadapi malam pertama. Malam yang indah, boleh jadi juga malam yang payah. Tapi bersediakah kita untuk menghadapi malam pertama di alam barzakh? Alam kubur itu adalah boleh menjadi salah satu daripada taman-taman syurga, dan boleh jadi juga salah satu daripada lubang-lubang neraka.

Setiap manusia akan diperjalankan atas maksud apa ia diciptakan. Semoga kita tahu apa maksud kita diciptakan.

Moga Allah permudahkan. 

Thursday, November 24, 2011

Mahar Yang Mahal

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum...

Dah lama tak mencoret di blog. Tadi terbaca satu artikel di sebuah blog seorang lelaki yang merungut kenapa mahar terlalu mahal dan menyusahkan lelaki untuk berkahwin. Mahar yang ditentukan pihak keluarga adalah berdasarkan tahap pendidikan anak-anak mereka. Kalau sampai PhD, alamatnya teramatlah mahal. Ibarat ibubapa zaman sekarang mahu menjual anak mereka, sedangkan martabat dan maruah seorang wanita itu tidak ternilai dengan wang ringgit.

Zaman sekarang lulusan SPM pun dah sampai 10k. Alamatnya kalau lulusan universiti dan ada ijazah dan master berapa agaknya? Bagi lelaki yang merancang untuk berkahwin, mereka perlu berfikir empat lima kali sama ada nak teruskan perkahwinan atau tidak. Ini sama sekali bercanggah dengan sunnah Rasulullah yang menyuruh kita untuk mempermudahkan perkahwinan. Ramai yang tahu sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling rendah maharnya tapi apakan daya, pandangan manusia lebih diutama daripada pandangan agama. Hmm..

Semoga Allah beri kefahaman. Allahua'lam.

Thursday, November 10, 2011

Yang "Baik" Memang Untuk Yang Baik

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Seorang brother bercerita bagaimana dia bertemu jodoh kepadaku. Brother in seorang hafiz al-Quran. Perkahwinannya ditentukan pihak keluarga. Dia hanya menurut tanpa membantah sedikit pun, walaupun dia tahu bakal isterinya tidak memakai hijab. Pelik kan? Dia hafiz al-Quran, bukankah sepatutnya jodoh dia orang yang baik agamanya?

Selepas berkahwin, dia menyambung master ke German. Di sanalah dia membawa bersama isterinya belajar. Dia tidak pernah berkata apa-apa pada isterinya secara terus terang untuk memakai hijab. Di German, dia akrab dengan brothers Islam di sana. Usaha dakwah di sana juga alhamdulillah, berjalan dengan baik. Satu hari dia menjemput jemaah masthurat ke rumahnya untuk mengadakan taa'lim. Selepas beberapa hari kedatangan jemaah masthurat, isterinya mula bertanya di mana dia boleh membeli hijab. 

Dan alhamdulillah, selepas hari itu, isterinya bukan sekadar ingin memakai hijab, bahkan dia memakai niqab. Hinggalah sekarang. 

Hidayah itu milik Allah. Allah akan memberi hidayah kepada hambaNya yang sentiasa mencari. Hambanya yang sentiasa inginkan kebaikan, dan ingin menjadi yang terbaik, disisi Allah dan RasulNya. 
Benarlah janji Allah bahawa lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Sungguh, ilmuMu maha luas Ya Allah!

Allahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...