Thursday, March 31, 2011

Imamuna




Rasulullah s.a.w bersabda;
" Akan datang seorang alim dari bangsa Quraish di mana di seluruh dunia akan tersebar dengan ilmunya."
(terjemahan bebas,  sila rujuk ulama untk takhrij hadith ini)

Imam kita yang mulia ini seorang yang sudh diramal oleh Rasulullah, mengapa masih ragu terhadapnya dan tidak mahu mengikutnya?

Monday, March 7, 2011

Ada Apa Dengan Muslim?


Kelas arab aku berjalan seperti biasa. Pukul 5 hingga pukul 6 petang setiap hari bekerja. Ustazah (panggilan untuk lecturer yang mengajar, bukannya seseorang yang belajar ilmu agama) memulakan seperti biasa. Kemudian, setiap pelajar dalam kelas disuruh membaca karangan masing-masing.

Yaa'qub (nama asalnya Jacob Matthew), rakan sekelas Arab aku yang baru memeluk Islam bulan Jun tahun lepas membaca "karangannya". Karangannya terlalu indah, dan aku tak rasa manusia yang menulis "karangan" seindah itu.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Yaa'qub membaca ayat mula hingga akhir surah Al-Fatihah.



Memang dia masih baru memeluk Islam. Tapi tiada siapa yang peduli akan dia. Aku cuba meluangkan masa, tetapi dia pula yang tiada masa. Memang masalah muallaf ini sangat susah. Kalau keinginan mereka kepada Islam belum kuat, memang mereka akan kembali hanyut, kembali kepada tabiat asal mereka. 

Imam Shafi', imam di Islamic Center juga sedar akan masalah ini. Ramai yang memeluk Islam. Tapi semua entah kemana. Tiada siapa yang peduli akan mereka. Atau mungkin mereka sendiri yang kurang peduli akan diri mereka. 

Islamic Center of Rochester sebelum ditambah bangunan Wesfall Academy di sebelah masjid

Itu hanya satu masalah. 

Selepas Yaa'qub selesai membaca "karangannya", Tariq (rakan kelas yang lain) tiba-tiba bertanya sesuatu pada Yaa'qub.

" Is that a prayer or something related to God? I used to hear my father recited that in the prayer. "

Aku kurang rapat dengan Tariq. Tapi berdasarkan namanya nama ayahnya dan datuknya, dia berketurunan arab. Tapi mukanya sudah lebih kelihatan American berbanding Arab. Dan keturunannya tidak mungkin beragama nasrani atau yahudi, sebab dia pernah mendengar ayahnya membaca surah Al-Fatihah di dalam solat. Dengan kata lain, keturunannya adalah Islam.

Dua situasi berbeza. Tempat yang sama. Seorang berasal daripada keluarga Christian Catholic (Yaa'qub), seorang berasal daripada keluarga Islam. Ada apa dengan muslim?

Bukan niat aku untuk menyebut keburukan ummat Islam. tapi itulah hakikat keadaan ummat islam sekarang. Sebenarnya dah banyak jenis manusia yang aku jumpa. Tapi cukuplah aku sebut satu sahaja sebagai ibrah untuk kita semua. Hari ini kita berbangga kerana berbondong-bondong manusia memeluk Islam, tapi pada masa yang sama, berkali ganda manusia yang bergelar muslim keluar daripada Islam. Seorang brother di ICR bercerita semasa dia belajar di German. Apabila jaulah (ziarah) ingin dilakukan, kami akan menziarahi orang-orang Islam. Katanya, tempat yang paling ramai orang Islam berkumpul adalah kelab-kelab dan disko. Dan katanya kebanyakan mereka ini imigrant dari Turki, Albania, Kosovo dan negara rantau Balkan yang pernah menjadi jajahan Islam semasa Empayar Uthmaniyyah. 
Itulah keadaan ummat Islam sekarang. Dan adakah kita hanya mahu melihat keadaan mereka berterusan begitu. Tidak. Kerana kita telah diberi satu tanggungjawab yang mulia. Buatlah sesuatu, kerna kamu adalah satu ummat yang mulia. Mulakan kembali usaha Rasulullah dan para sahabat r.anhum.

Dan siapakah Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Al-Fussilat: 33)







Friday, March 4, 2011

Membina Baitul Dakwah!

Bismillah;
Assalamualaikum warahmatullah

Tahun ini 2011. Maksudnya dah 22 tahun aku hidup di dunia ni. Dan maksudnya mati semakin hampir. Semakin hampir. Tinggal setahun lagi pengajianku akan tamat, insyaAllah. Dan orang kata dah layak nak membina "masjid". Dalam usia macam ni, memang cabaran terbesar bagi orang yang lebih kurang usia macam aku adalah untuk memelihara iman masing-masing. Memang payah. Lebih-lebih lagi aku berada di negara yang mana sistem keluarganya dan pergaulannya telah hancur. Memelihara pandangan adalah satu perkara yang tersangat payah. Dan aku rasa aku telah bersedia untuk tanggungjawab itu!



Memang setiap kali berbual dengan kawan-kawan, mesti topik kawin akan terkeluar. Terutama bagi mereka yang memang berazam tidak akan "couple" sebelum menikah. Cam aku. haha. Tapi yang peliknya, bila aku tanya orang yang "couple" bila diorang nak kawin, jawapan yang sama akan diberi.

"Tunggulah aku keje dulu. Duit pun tak cukup lagi. Nanti aku dah ade duit semua tu, aku kawin laa."

Dalam hati aku berkata, kenapa tak kumpul duit sekarang? Belajar jimat-cermat. Nanti senang tak payah nak tunggu lama-lama. Maksiat pun berkurang. 

Aku sempat membaca sebuah buku indonesia bertajuk "Saatnya Untuk Menikah". Huh, tajuk pun dah cam best. Kata buku tersebut, kesanggupan untuk mencari nafkah dan keupayaan untuk menyediakan keperluan adalah sesuatu yang berbeza. Seseorang itu akan berusaha keras dan sanggup mencari nafkah bagi keluarganya walaupun nafkah yang diperoleh hanyalah sedikit. Orang semacam inilah yang akan berusaha keras untuk menyediakan nafkah bagi keluarganya. Seseorang yang berfikir bahawa dia belum mampu menyediakan keperluan/nafkah keluarga dan hanya menunggu sampai dia itu mampu, orang semacam inilah yang lambat jodohnya.  Dan orang semacam inilah yang selalu mencari alasan untuk terus hidup dalam maksiat. Setuju ke tak?


Suatu hari selepas sembahyang jumaat aku sempat berbual dengan Dr. Abd Rauf, Muslim Chaplain di universiti aku. Memang aku agak rapat dengan dia. Dan alhamdulillah, kami telah banyak kali khuruj bersama-sama. Tiba-tiba dia bertanya kepada aku selepas terlihat seorang student arab bersama isteri dan anaknya. 

" So when is your turn Ridzuan? I could see many Malaysian girls here. I can find and recommend a good one for you if you want. My wife knows some of them. " 

Aku terkejut. Ingat dia main-main je. Rupanya serius. Dengan selamba aku membalas;

" I don't think they want me. Or I don't think I want them." Jawabku dengan nada bergurau.

Dalam hati aku berkata: "Sape yang nak kawin dengan karkun? "
Tapi aku yakin bahawa jodoh itu telah ditetapkan Allah. InsyaAllah, sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan permudahkan segala sesuatu untuk dia.



" A good wife is a special gift from Allah s.w.t." Kata seorang brother semasa aku khuruj di Chicago.

Mendapat zaujah yang solehah itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Zaujah yang sama-sama membantu agama Allah, meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Sepertimana Sarah membantu Ibrahim a.s, dan Khadijah membantu Rasulullah s.a.w. Membina bukan setakat baitul muslim, tetapi membina sebuah bait ad-dakwah. Dan yang pasti, ia tidak akan terbina sebelum aku sendiri membina "Dakwah sebagai maksud hidup" dalam diri aku sendiri.

Mudah-mudahan Allah membantu aku dan kita semua. 

Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Tawbah:71)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...