Thursday, January 8, 2009

Gaza:Salah Siapa?

"Pena itu lebih tajam daripada pedang"
Sebab itulah saya tetap menulis artikel mengenai Palestin kali ni.
Semalam saya sempat mengikuti ceramah palestin yang bertajuk Sayonara Palestin.

Serangan Israel ke atas Gaza telah mengorbankan 660 lebih secara rasminya sekarang(semalam). Memang ini peperangan habis-habisan Israel untuk menakluk Palestin yang hanya tinggal sekangkang semut itu. Kalau kita menkaji sejarah,sejak zaman Rasulullah s.a.w lg Yahudi mula membuat onar. Keturunan merekalah yang melanggar perjanjian damai dan membunuh khulafa' ar rasyidin. Dan Allah telah bersumpah dalam Al-Quran tentang Yahudi dan Nasrani yang tak akan berhenti memerangi islam.

Banyak masyarakat di dunia hanya menuding jari kepada dua parti di Palestin iaitu Hamas dan Fattah yang tidak sehaluan. Tapi tahukah kita hal yang sebenarnya?

Hamas bertekad untuk mempertahankan Masjidil Aqsa walaupun dibayar dengan darah sekalipun tapi Fattah lebih memilih perdamaian dengan Israel, walaupun Masjidil Aqsa tergadai...

Masjidil Aqsa; salah satu masjid yang disebut dalam Al-Quran,hadis dan merupakan kiblat pertama umat islam....Relakah kita menggadaikannya? Jadi mana satu kita pilih? Hamas atau Fattah?

Kegagalan Fattah memerintah menyebabkan Palestin hilang hampir keseluruhan tanahnya kerana terlalu ingin berdamai. Perjanjin damai yang ditandatangani dengan Israel & Mesir hanya merupakan retorik politik...Zionis takkan berhenti menyerang selagi apa yang mereka mahu belum tercapai.Iaitu menubuhkan "Israel Raya" yang meliputi Palestin, Jordan, Syria dan sebahagian Arab Saudi. Inilah yang dirancang oleh pengasas Zionis,Theodor Hertzel dan sekutu2nya.

Ramai rakyat Malaysia yang menyalahkan parti di Palestin kerana bertelagah. Cuba fikir, bagaiman kita nak bersatu jika ideologi yang dipegang pun sudah berbeza?
Tanyalah mana-mana ustaz, ulama mana sekalipun, jawapan mereka sama; palestin hanya boleh ditakluk balik dengan jihad(perang). Sebab itu Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi membenarkan fatwa "Suicide Bomber" di Palestin..

Kita selalu tengok berita. Perasan tak kenapa Bush asyik menyalahkan Hamas dalam setiap serangan Israel tetapi bukan Fattah?

Dalam satu video,menteri luar Israel; Tzipi Livni bertekad untuk menghancurkan Gaza sehingga lumat. Sesuatu yang dianggap cool oleh dia. Antara sebab kenapa Palestin perlu dihancurkan ialah kerana mereka bersalah dalam semua hal. Ade ke patut dia cakap warga Palestin yang menyebabkan global warming, aids, kegawatan ekonomi dan sebab Israel tak layak masuk World Cup?

Dalam artikel sebelum ini, saya hanya menulis tajuk "Aku, McDonalds & Zionis". Mengapa tidak Yahudi?
Yahudi dan zionis berbeza walaupun keturunan mereka sama. Zionis adalah yahudi yang mendokong penubuhan nagara Israel manakala ada Yahudi lain tidak. Tak percaya?

Bukak www.nkusa.org

Laman web persatuan Neturei Karta,salah satu badan yahudi yang tidak menyokong agenda zionis. Mereka ini terdiri daripada Yahudi Ortodoks..Badan ini mendakwa Haikal Sulaiman yang didakwa berada di bawah Masjidil Aqsa sebenarnya tidak ada. Ahli arkeologi memberitahu bahawa tiada pun peninggalan Haikal Sulaiman di bawah Masjidil Aqsa. Jadi fikirkanlah sahabat,apa tujuan mereka?

Negara-negara Arab masih belum berbuat sesuatu yang serius mengenai isu ini. Mesir masih hanya membuka sempadan untuk menghantar bantuan perubatan. Itupun sudah terlambat...Tapi masih ada harapan,kerana Allah itu maha kuasa dan Dia mampu membutat apa sahaja. InsyaAllah keajaiban akan berlaku jika kita terus berdoa...Sama-sama kita nantikan

1 comment:

Jojo said...

Sesungguhnya Tidaklah saya muhu melihat umat2 islam diperlaku sprt binatang. Zionis merobek seluruh Gaza tanpa berperasaan.
Tetapi cuba kita fikir kenapa perkara itu berlaku? Dibahu siapa yang hendak kita lontarkan salah sampai Gaza menjadi medan tempur paling dasyad era ini...
Kita cuba rungkai mengapa Hamas dan Fatah tidak bersatu? Untuk mencapai kemerdekaan kedua2nya harus bersatu menentang Zionis bukan bertelagah sesama sendiri. Bila sesuatu kaum atau bangsa tidak bersatu padu atau berjemaah maka perpecahan akan berlaku...
Mana negara yang lantang bersuara menentang Zionis? Bercakap kosong lebih tapi tiada yang mampu berbuat apa2. Ini adalah salah satu tanda Kiamat...dimana Dajjal akan muncul di bumi Israel..Wallahualam..

dariku :-
http://hu-allah.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...