Wednesday, February 9, 2011

Majlis-Majlis Keimanan

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang hasan daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya ia berkata: Abdullah Ibn Rawahah jika ia bertemu dengan salah seorang sahabat Rasululllah s.a.w. ia berkata: Mari kita beriman sesaat dengan Tuhan kita, maka pada suatu waktu dia menyatakan pernyataan tersebut pada seorang lelaki hingga membuat lelaki tadi marah, lalu ia datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, apakah kamu perhatikan Ibn Rawahah bahawa ia membenci keimananmu dan berpaling kepada keimanan sesaat, lantas Nabi s.a.w bersabda: "Allah merahmatimu Ibn Rawahah, sesungguhnya ia menyukai majlis-majlis yang dibanggakan oleh para malaikat." At-Targhib (jilid 3, halaman 63).

Tuesday, February 8, 2011

Perantau Di Jalan Allah




Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu


Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu



Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji



Pastilah Islam gemilang lagi


Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang



Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah


p/s: Masa keluar jalan Allah, jangan duk rindu keluarga, anak kampung dll..Betulkan fikr, insyaAllah hidayah tersebar seluruh alam...

Sunday, February 6, 2011

Wanita Melamar Lelaki Amalan Mulia

IKAT PERTUNANGAN…tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya.

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. 
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Saturday, February 5, 2011

Mencari Ilmu Hakiki




"Wahai anakku, bergaullah dengan ulama dan dengarkanlah perkataan ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah (Ilmu) sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan yang lebat"
(Lukmanul Hakim)

"Tidak ada yang lebih utama sesudah pekerjaan fardhu selain menuntut ilmu"
(Imam Muhammad Idris As-Syafi'e)

"Ilmu yang ada di dalam hati laksana matahari pada tempat peredarannya dan Ilmu yang ada pada seseorang laksana mahkota bagi raja"
(Kata-Kata Hikmah)

"Menuntut Ilmu lebih utama daripada solat sunat"
(Imam Muhammad Idris As-Syafi'e)

"Ilmu adalah sebaik-baik pusaka (warisan)."
(Ali bin Abi Talib)

"Orang yang tidak menyukai Ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya"
(Imam As-Syafi'e)

"Aku menuntut Ilmu sehinnga aku masuk ke lubang kubur"
(Imam Ahmad Bin Hanbal)

"Orang 'alim itu mulia walaupun ia kecil, sedang orang bodoh itu kecil walaupun ia tua renta. Belajarlah kamu kerana tidak seorang pun lahir dalam keadaan berilmu. Tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang bodoh. Sesungguhnya pembesar sesuatu kaum yang tidak berilmu itu kecil apabila berkumpul dalam majlis"
(Ahlus Sya'ir)

"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang agama kepada orang tersebut."
(Riwayat Bukhari & Muslim)




Monday, November 22, 2010

Harga Sebuah Sunnah





Lelaki tua itu bertanya kepadaku; “Why do you have this thing(beard)?
Aku tanpa segan silu dan confidentnya menjawab walaupun aku tidak pasti sama ada lelaki itu orang Islam ataupun tidak.; “This is Sunnah.”

“ Owh…So you’re funny man!”
“Aik?What the heck?” Kata aku dalam hati dengan penuh terpinga-pinga tidak paham dengan kaitan janggut sejemputku ini dengan apa yang dikatakannya.

Tutup cerita pasal lelaki itu. Lagipun aku baru tahu dia seorang kristian Mesir.


Seorang lelaki pertengahan usia (lelaki lain) sedang berjalan menuju ke masjid. Lengkap berpakaian sunnah. Berjalan kaki walaupun salji masih lagi turun. Salji menebal hingga ke paras lutut. Gigih berjalan untuk mendapatkan pahala. Itulah harga sebuah sunnah yang harus dibayar untuk memasuki tempat yang tiada penghujungnya. Bukan senang untuk memasukinya. Harus berkorban apa sahaja demi agama.
Seorang Maulana berpakaian hitam. Berjambang lebat dan bibirnya tidak lekang mengukir senyuman. Berjubah hitam, berserban hitam, dan berkurta hitam. Itulah pakaian hariannya. Penuh dengan fikir agama. Melihat akhlaknya sudah cukup untuk menyejukkan hati yang panas membara. 



Kerana itu harga sebuah sunnah.


Sabda Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnahku di zaman kefasadan ummat, baginya pahala seratus mati syahid"

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk jadi seperti mereka.  



Monday, November 15, 2010

Sesungguhnya Aku Tidak Tahu!-Bhgn 2

“ Now, we will read the hadith about Salah, in the subchapter of Sunnah and Nafilah. “ Kata seorang brother yang membaca hadith.

Tiba-tiba satu suara berkata, “Sunnah and nafilah is the same thing!” Kata seorang Arab yang duduk bersama dalam majlis taa’lim.

Perbincangan berlarutan. Berpanjangan hingga mencetuskan beberapa arguments. Seorang brother mula cuba menjelaskan dengan memberi analogi dalam fiqh mazhab hanafi. Diskusi berpanjangan. (Aku dah la nak balik rumah nak study nieh). Ketika itu tiada a’lim bersama kami. Semuanya adalah orang awam. Atau istilah lainnya adalah orang yang bukan ahlinya dalam agama.

Aku amat benci perdebatan. Khususnya mengenai masalah fiqh. Berdiskusi itu boleh, asal kena caranya dan matlamatnya.. Perkara-perkara khilaf antara Aimmah, memang telah lama dibahaskan oleh ulama’ulama terdahulu. Bagaimana mereka menghadapi masalah-masalah khilaf, dan bagaimana beradabnya mereka dalam menghadapi masalah ini.

Imam Malik Rah pernah berbincang dehgan imam Abu Hanifah rah hinggakan perbincangan mereka berlanjutan hingga ke waktu Subuh. Namun apa yang a’jibnya adalah akhlak mereka. Mereka saling menghormati antara satu sama lain, tidak meninggikan suara, dan tidak ada pemikiran untuk menunjukkan bahawa hanya pendapat mereka sahaja yang benar, pendapat satu pihak lagi salah, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang teramat besar antara mereka dalam memahami ahkam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah. Tuduh-menuduh antara satu sama lain, tidak menghormati antara satu sama lain, dan lebih teruk lagi menghukum dengan hukuman yang tidak sepatutnya sesama Islam. Mungkin di Malaysia kurang berlaku perkara sebegini, kerana rata-rata semua (hampir semua) penduduk Islam Malaysia mengambil ijtihad ulama’ mazhab Syafi’i dalam masalah fiqh. Tapi di sini, semua ada.


Tujuan diadakan taalim fadhail bukanlah untuk menghuraikan masalah fiqh. Tapi untuk mendapatkan kekuatan dan keghairahan untuk melakukan a’mal. Untuk mewujudkan yaqin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan yaqin akan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Kalau ingin membincangkan masalah fiqh, tanyalah ulama’(mereka yang ahli dalam bidang ini). Mereka telah menafkahkan hidup mereka dalam mendalami ilmu Islam. Mereka telah belajar pelbagai cabang ilmu (nahw,sorf,usul fiqh, mantiq, lughah,ulumul hadith,ulumul quran dll) yang melayakkan mereka bergelar seorang A’lim.

Hari ini umat Islam telah hilang keghairahan untuk melakukan a’mal. Untuk melakukan a’mal yang sempurna, ilmu yang sempurna juga harus diperoleh. Ilmu yang sempurna akan diperoleh daripada ulama’ yang cintakan Allah s.w.t. lebih daripada segalanya. Ulama’ yang hidupnya dinafkahkan hanya untuk Allah s.w.t, dan ulama yang memahami apa prioriti umat Islam sekarang.

Natijahnya Adalah Mujahadah!

Islam terbina atas dasar susah-payah. Nabi s.a.w dan para Sahabah r.anhum telah melalui pelbagai kesusahan dan ujian Allah sebelum mereka mendapat kemenangan demi kemenangan. Mereka telah mengorbankan jiwa, harta dan segala apa yang mereka ada demi Islam. Mereka bertebaran seluruh alam untuk menyebarkan Islam. Kalau tidak kita di Malaysia tidak akan merasai nikmat Islam. Kita masih beragama Hindu dan Buddha. Dan mungkin juga tidak beragama. Mereka, yakni generasi salaf (Sahabah, tabi’in, atbauttabi’in) adalah sebaik-baik generasi. Dan mereka telah membawa kalimah Lailahaillah ke serata alam. Jadi kita juga harus seperti itu. Bagaimana manusia di Alaska dan di gurun ingin tahu akan Islam yang sebenar kalau tiada sesiapa yang akan memberitahu mereka?

Dalam mencari ilmu, begitulah juga caranya. Cuba baca riwayat hidup Imam Al-Bukhari, Imam-Imam mazhab, Imam Al-Ghazali dan ulama-ulama lain. Mereka telah keluar untuk menuntut ilmu. Mereka bersusah-payah untuk mendapatkan ilmu, mereka merantau merata tempat untuk mendapatkan ilmu. Dan Allah telah memuliakan mereka. Nama mereka disebut dan dikenang hingga kini. Dengan ilmu yang mereka ada, mereka bertambah takut akan Allah s.w.t.

Beranilah untuk mengucapkan: Sesungguhnya aku tidak tahu.

Wallahu ta'ala a’lam.
Allah s.w.t lebih mengetahui.

*Kalau post kali ni ada menyinggung hati mana2 pihak, aku mintak maaf banyak2..Aku insan yang penuh dengan dosa.

Pembacaan lanjut: The Differences of The Imams


Yang mencintai ilmu.

Thursday, November 11, 2010

Riak Memusnahkan Pahala



Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langiT.

Tuesday, November 9, 2010

Waktu


Dan seorang pakar astronomi berkata, “Guru, bagaimanakah perihal Waktu?”

Dan dia menjawab:
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.
Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.
Suatu ketika kau ingin membuat anak sungai, di mana atas tebingnya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.

Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesedaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahawa semalam hanyalah kenangan utk hari ini dan esok adalah harapan dan impian utk hari ini.
Dan yang menyanyi dan merenung dari dalam jiwa, sentiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.



Siapa di antara kalian yang tidak merasa bahawa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahawa cinta sejati, walau tiada batas, terkandung di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari fikiran cinta ke fikiran cinta, pun bukan dari tindakan cinta ke tindakan cinta yang lain?
Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbahagi dan tiada kenal ruang?

Tapi jika di dalam fikiranmu baru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkumi semua musim yang lain,
Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.

~ Khalil Gibran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...