Monday, April 4, 2011

Perginya Seorang Alim

 
Useful knowledge is that which  makes you grow in the fear of Allah, increases you in awareness of your defects, deepens your knowledge of the worship of your Lord Most High, decreases your desires for this world and increases your desires for life to come, and opens your eyes to the defects of your actions so that you guard against them
(Abu Hamid Al-Ghazali)

Thursday, March 31, 2011

Imamuna




Rasulullah s.a.w bersabda;
" Akan datang seorang alim dari bangsa Quraish di mana di seluruh dunia akan tersebar dengan ilmunya."
(terjemahan bebas,  sila rujuk ulama untk takhrij hadith ini)

Imam kita yang mulia ini seorang yang sudh diramal oleh Rasulullah, mengapa masih ragu terhadapnya dan tidak mahu mengikutnya?

Monday, March 7, 2011

Ada Apa Dengan Muslim?


Kelas arab aku berjalan seperti biasa. Pukul 5 hingga pukul 6 petang setiap hari bekerja. Ustazah (panggilan untuk lecturer yang mengajar, bukannya seseorang yang belajar ilmu agama) memulakan seperti biasa. Kemudian, setiap pelajar dalam kelas disuruh membaca karangan masing-masing.

Yaa'qub (nama asalnya Jacob Matthew), rakan sekelas Arab aku yang baru memeluk Islam bulan Jun tahun lepas membaca "karangannya". Karangannya terlalu indah, dan aku tak rasa manusia yang menulis "karangan" seindah itu.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Yaa'qub membaca ayat mula hingga akhir surah Al-Fatihah.



Memang dia masih baru memeluk Islam. Tapi tiada siapa yang peduli akan dia. Aku cuba meluangkan masa, tetapi dia pula yang tiada masa. Memang masalah muallaf ini sangat susah. Kalau keinginan mereka kepada Islam belum kuat, memang mereka akan kembali hanyut, kembali kepada tabiat asal mereka. 

Imam Shafi', imam di Islamic Center juga sedar akan masalah ini. Ramai yang memeluk Islam. Tapi semua entah kemana. Tiada siapa yang peduli akan mereka. Atau mungkin mereka sendiri yang kurang peduli akan diri mereka. 

Islamic Center of Rochester sebelum ditambah bangunan Wesfall Academy di sebelah masjid

Itu hanya satu masalah. 

Selepas Yaa'qub selesai membaca "karangannya", Tariq (rakan kelas yang lain) tiba-tiba bertanya sesuatu pada Yaa'qub.

" Is that a prayer or something related to God? I used to hear my father recited that in the prayer. "

Aku kurang rapat dengan Tariq. Tapi berdasarkan namanya nama ayahnya dan datuknya, dia berketurunan arab. Tapi mukanya sudah lebih kelihatan American berbanding Arab. Dan keturunannya tidak mungkin beragama nasrani atau yahudi, sebab dia pernah mendengar ayahnya membaca surah Al-Fatihah di dalam solat. Dengan kata lain, keturunannya adalah Islam.

Dua situasi berbeza. Tempat yang sama. Seorang berasal daripada keluarga Christian Catholic (Yaa'qub), seorang berasal daripada keluarga Islam. Ada apa dengan muslim?

Bukan niat aku untuk menyebut keburukan ummat Islam. tapi itulah hakikat keadaan ummat islam sekarang. Sebenarnya dah banyak jenis manusia yang aku jumpa. Tapi cukuplah aku sebut satu sahaja sebagai ibrah untuk kita semua. Hari ini kita berbangga kerana berbondong-bondong manusia memeluk Islam, tapi pada masa yang sama, berkali ganda manusia yang bergelar muslim keluar daripada Islam. Seorang brother di ICR bercerita semasa dia belajar di German. Apabila jaulah (ziarah) ingin dilakukan, kami akan menziarahi orang-orang Islam. Katanya, tempat yang paling ramai orang Islam berkumpul adalah kelab-kelab dan disko. Dan katanya kebanyakan mereka ini imigrant dari Turki, Albania, Kosovo dan negara rantau Balkan yang pernah menjadi jajahan Islam semasa Empayar Uthmaniyyah. 
Itulah keadaan ummat Islam sekarang. Dan adakah kita hanya mahu melihat keadaan mereka berterusan begitu. Tidak. Kerana kita telah diberi satu tanggungjawab yang mulia. Buatlah sesuatu, kerna kamu adalah satu ummat yang mulia. Mulakan kembali usaha Rasulullah dan para sahabat r.anhum.

Dan siapakah Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Al-Fussilat: 33)







Friday, March 4, 2011

Membina Baitul Dakwah!

Bismillah;
Assalamualaikum warahmatullah

Tahun ini 2011. Maksudnya dah 22 tahun aku hidup di dunia ni. Dan maksudnya mati semakin hampir. Semakin hampir. Tinggal setahun lagi pengajianku akan tamat, insyaAllah. Dan orang kata dah layak nak membina "masjid". Dalam usia macam ni, memang cabaran terbesar bagi orang yang lebih kurang usia macam aku adalah untuk memelihara iman masing-masing. Memang payah. Lebih-lebih lagi aku berada di negara yang mana sistem keluarganya dan pergaulannya telah hancur. Memelihara pandangan adalah satu perkara yang tersangat payah. Dan aku rasa aku telah bersedia untuk tanggungjawab itu!



Memang setiap kali berbual dengan kawan-kawan, mesti topik kawin akan terkeluar. Terutama bagi mereka yang memang berazam tidak akan "couple" sebelum menikah. Cam aku. haha. Tapi yang peliknya, bila aku tanya orang yang "couple" bila diorang nak kawin, jawapan yang sama akan diberi.

"Tunggulah aku keje dulu. Duit pun tak cukup lagi. Nanti aku dah ade duit semua tu, aku kawin laa."

Dalam hati aku berkata, kenapa tak kumpul duit sekarang? Belajar jimat-cermat. Nanti senang tak payah nak tunggu lama-lama. Maksiat pun berkurang. 

Aku sempat membaca sebuah buku indonesia bertajuk "Saatnya Untuk Menikah". Huh, tajuk pun dah cam best. Kata buku tersebut, kesanggupan untuk mencari nafkah dan keupayaan untuk menyediakan keperluan adalah sesuatu yang berbeza. Seseorang itu akan berusaha keras dan sanggup mencari nafkah bagi keluarganya walaupun nafkah yang diperoleh hanyalah sedikit. Orang semacam inilah yang akan berusaha keras untuk menyediakan nafkah bagi keluarganya. Seseorang yang berfikir bahawa dia belum mampu menyediakan keperluan/nafkah keluarga dan hanya menunggu sampai dia itu mampu, orang semacam inilah yang lambat jodohnya.  Dan orang semacam inilah yang selalu mencari alasan untuk terus hidup dalam maksiat. Setuju ke tak?


Suatu hari selepas sembahyang jumaat aku sempat berbual dengan Dr. Abd Rauf, Muslim Chaplain di universiti aku. Memang aku agak rapat dengan dia. Dan alhamdulillah, kami telah banyak kali khuruj bersama-sama. Tiba-tiba dia bertanya kepada aku selepas terlihat seorang student arab bersama isteri dan anaknya. 

" So when is your turn Ridzuan? I could see many Malaysian girls here. I can find and recommend a good one for you if you want. My wife knows some of them. " 

Aku terkejut. Ingat dia main-main je. Rupanya serius. Dengan selamba aku membalas;

" I don't think they want me. Or I don't think I want them." Jawabku dengan nada bergurau.

Dalam hati aku berkata: "Sape yang nak kawin dengan karkun? "
Tapi aku yakin bahawa jodoh itu telah ditetapkan Allah. InsyaAllah, sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan permudahkan segala sesuatu untuk dia.



" A good wife is a special gift from Allah s.w.t." Kata seorang brother semasa aku khuruj di Chicago.

Mendapat zaujah yang solehah itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Zaujah yang sama-sama membantu agama Allah, meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Sepertimana Sarah membantu Ibrahim a.s, dan Khadijah membantu Rasulullah s.a.w. Membina bukan setakat baitul muslim, tetapi membina sebuah bait ad-dakwah. Dan yang pasti, ia tidak akan terbina sebelum aku sendiri membina "Dakwah sebagai maksud hidup" dalam diri aku sendiri.

Mudah-mudahan Allah membantu aku dan kita semua. 

Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Tawbah:71)







Sunday, February 27, 2011

Harga Sebuah Sunnah 2

Di Malaysia


Seorang lelaki muda berjalan menuju ke surau. Pakaiannya putih. Seluarnya putih. Serbannya putih. Janggutnya hitam pekat. Lagaknya seperti seorang pahlawan Islam zaman terawal. Itulah pakaian hariannya ke mana sekalipun. Allahuakbar. Mukanya bersih. Tapi siapa sangka, dia memandu kereta Mers. Dan aku melihat dia telah menggunakan keretanya untuk jalan Allah. Bukan untuk kemegahan. Bukan untuk kemewahan.

Manusia sekeliling memandangnya pelik. Ada yang sayang. Ada yang meluat. Memang agak pelik bagi manusia. Tapi mulia di sisi Allah s.w.t dan RasulNya. Tapi tiada siapa yang menghalang lelaki itu daripada memakai pakaian "kesukaannya".

Di Burma (Myanmar)


Seorang lelaki belia berjalan kaki di kem pelarian. Agamanya tinggi. Semangatnya tinggi. Dia mahu memakai pakaian kesukaannya. Tapi apakan daya, Burma diperintah junta tentera. Memakai pakaian "kesukaannya" di  luar rumah bermaksud menempah maut. Tentera akan menembak sesiapa yang berpakain seperti itu. Itu harga yang harus dibayar di Burma. Dan harga itu ialah mati!


Di United States


Anak-anak kecil leka bermain. Berkejar-kejaran sesama mereka. Tidak takut walaupun mereka tinggal di kawasan "black spot". Kawasan yang kadar jenayahnya agak tinggi. Namun peliknya tiada siapa mengganggu mereka. Apa rahsianya?

Aku pernah bertanya pada seorang kawanku. Apa rahsianya?

" Entahlah. Tapi setahu aku hampir 99% lelaki Islam yang tinggal di kawasan ini solat berjemaah di masjid. Mungkin sebab tu kot. Allah akan jaga sesiapa yang jaga agamanya."

Aku yakin. Tidak ada sebab lain yang lebih kuat daripada itu. Kekuatan Islam bermula dari situ.

Di Boston, seorang lelaki African American gigih berjalan. Berpakaian full sunnah. Berjalan melewati universiti-universiti terkemuka dunia. MIT, Boston University dan Harvard University. Tujuannya bukan untuk belajar, dan bukan juga untuk mengajar. Tapi tujuannya untuk mencari pelajar-pelajar Islam di Universiti. Mengajak mereka kearah kejayaan yang tida penghujungnya, yang tiada terbayang dek kata-kata. Dia gigih berjalan. Tiada keluhan di wajahnya. Yang ada hanya senyuman manis apabila bertemu sesama Islam.

Itulah perniagaan yang menguntungkan. Yang akan membantu akhiratnya.

Semoga Allah mengurniakan aku kekuatan untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan semoga Allah mengurniakan kita semua kekuatan ini. Ameen.

p/s: Semua kisah yang dinyatakan adalah berdasarkan kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata.


Thursday, February 17, 2011

Kerana Wanita Itu Indah-Bahagian 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.

Di sini disertakan sambungan posting yang sebelumnya tentang dalil-dalil wajib menutup aurat serta perbahasannya secara ringkas. Semua artikel ini diambil secara terus daripada buku "Risalah Untuk Wanita Mukminah" karangan Syaikh Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti, seorang ulama besar Syria bermazhab Syafi'i yang masih hidup sekarang. Buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Semoga Allah memberkati beliau. Sila rujuk ulama' untuk penjelasan lanjut kerana aku sudah nyata terang lagi bersuluh bukanlah ulama'. Aku hanya ingin berkongsi dan menyampaikan dan tidak mengetahui lebih daripada ini. Dan aku tidak mahu dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak. 





Ketetapan para Ulama tentang Wajah Wanita

Para ulama berselisih jadi dua golongan dalam menetapkan hukum wajah itu sendiri.Golongan pertama, menafsirkan dandanan yang biasa terlihat dalam ayat tersebut dengan perhiasan busana, iaitu apa yang mungkin terlihat, misalnya seperti cincin dan sebagainya. Maka menurut mereka, wajah dan kedua telapak
tangan tetap termasuk anggota yang dilarang diperlihatkan, artinya wanita itu tidak dibenarkan membuk meskipun wajah dan kedua telapak tangannya di depan orang-orang yang dikecualikan Allah itu dari macam keluarga dan orang yang berlindung kepada mereka.

Alasan golongan ini, yang terdiri dari penganut madzhab Hanbali dan Asy-
Syafi’i, berdasarkan pada dalil-dalil berikut ini. 

Dalil pertama:

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir”. (QS. Al-Ahzab: 53)

Ayat tersebut meskipun diturunkan untuk isteri-isteri Nabi, namun hukumnya tidak berlaku khusus bagi mereka, karena illatnya terdapat pada semua wanita juga. Perbedaannya adntara mereka dan kaum wanita lainnya dalam hal itu, gugur dari pertimbangan, atau dengan kata lain, hukumnya berlaku umum, meliputi semua hukum wanita melalui cara qias yang gamblang yang dinamakan pula dengan qias pertama.

Dalil kedua:

Apa yang diriwayatkan al-Bukhari dari Ibnu Abbas bahwa Nabi s.a.w ada dibelakang al-Fadhal bin al-Abbas pada Yaumun Nahar (lebaran haji), pada waktu itu al-Khats amiyah sedang bertanya tentang sesuatu kepada Rasulullah, ternyata al-Fadhal memandanginya, lalu Rasulullah memegang dagu al-Fadhal dan memalingkan wajahnya dari perempuan itu. 
Lalu kata mereka, “Kalau wajah itu bukan aurat yang tidak boleh dilihat oleh seorang asing, tentulah Rasulullah tidak memalingkan wajah al-Fadhal dari wanita itu, sedang perempuan itu sendiri beralasan karena ia sedang menunaikan ihram dalam haji.

Dalil ketiga:

Apa yang diriwayatkan Muslim dan Uqbah bin Amir, bahwa Rasulullah bersabda, “Jauhilah dari kalian, jangan memasuki tempat wanita”, seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan al-hamu?” Beliau menjawab, “Al-Hamu adalah kematian”. Al-Hamu ialah saudara laki-laki suami, atau ipar lelaki.

Kalau wanita itu secara keseluruhannya bagi orang asing bukan aurat, tentu Rasulullah tidak mengumumkan larangan masuk kepadanya bagi semuanya, karena larangan itu meliputi seluruh keadaan wanita itu, selama ia terlihat wajahnya seperti halnya kaum wanita di dalam rumahnya. Larangan itu meliputi juga saudara laki-laki suami, dilarang masuk menemui isteri saudaranya. Kalau sekiranya wajah itu bukan aurat, tentulah dikecualikan untuk memudahkan bagi para ipar lelaki menemui ipar perempuannya, selama wanita itu menutup seluruh tubuhnya minus wajah dan kedua telapak tangan.

Dalil keempat:

Apa yang dinyatakan Abdur Razaq dalam musnafnya dariUmmu Salamah katanya, “Ketika ayat hijab turun, maka wanita Ansar keluar serentak dengan jilbab mereka, sehingga kepala mereka seperti burung gagak, karena rapatnya menutup wajahnya dengan potongan bajunya. Kalau wajah mereka bukan aurat, tentulah perempuan itu tidak menutup wajahnya. Dalil kelima, apa yang dibawakan Muslim dan lain-lain dari Anas bin Malik bahawa Ummu Sulaim membuat semacam kuih dan dikirmkan kepada Nabi s.a.w, berkenaan dengan pernikahan beliau dengan Zainab binti Jahsy, kemudian beliau memanggil para shahabatnya, dan merekapun makan bersama-sama dan berbicara, sementara isterinya menghadapkan wajahnya ke tembok hingga mereka
pergi semua.

Hadits itu jelas sekali. Tidak bisa dikatakan, mungkin hal itu suatu hukum khusus bagi para isteri Nabi, karena perbedaan antara isteri Nabi dan kaum muslimah lainnya berkaitan dengan hijab itu, hanyalah perbezaan waktu saja. Hukum itu pada mulanya memang dikenakan kepada para isteri Nabi, kemudian diwajibkan kepada seluruh kaum muslimin.Sekiranya wajah isteri Nabi itu aurat bagi orang asing laki-laki, yang mereka itu adalah ummahatul mu’minin menurut padangan ulama, sudah tentu wajah wanita muslimah lainnya lebih dari itu.

Dalil keenam: 

Apa yang diriwayatkan ibnu Hisyam dari Ibnu Ishak, tentang sebab pertama pengusiran Yahudi Bani Qainuqa’ dari Madinah oleh Nabi s.a.w, bahawa seorang wanita Arab muslimah pergi berbelanja ke pasar perkampungan Bani Qainuqa’, kemudian ia duduk-duduk di depan toko tukang sepuh emas.Orang-orang Yahudi di dalam toko itu ingin membuka jilbab (kerudung) wanita itu supaya bisa melihat wajahnya, tetapi wanita itu menolak dengan keras. Akhirnya tukang sepuh emas itu mengikat ujung jilbab wanita itu pada sesuatu, ketika wanita itu berdiri, tertariklah jilbabnya ke belakang, sehingga terbukalah wajahnya. Lalu para laki-laki Yahudi itu tertawa beramai-ramai, sementara wanita itu berteriak-teriak, merasa kaget dan dipermalukan. Tiba-tiba seorang pemuda muslim yang ada disana melompat dan langsung membunuh tukang sepuh emas itu,… dan seterusnya.

Kalau jilbab yang diharuskan itu tidak meliputi juga seluruh wajah, apa yang mendorong wanita muslimah itu berkeras hati menutupi wajahnya? Kalau ia dipandang seorang wanita yang sangat taat pada agamanya, tentu orang-orang Yahudi itu tidak terdorong kedengkiannya untuk mempermalukan di depan
uymum dengan cara menghina seperti itu.

Hujah Golongan Kedua:

Mereka menafsirkan dandanan yang bisa terlihat “maa dhahara minha’ dalam ayat itu (QS. An-Nur: 31), dengan wajah dan kedua telapak tangan, karena keduanya dianggap hal-hal yang dzahir yang biasa terlihat, seperti yang terlihat pada waktu menunaikan shalat. Jadi dalam menentukan hukum, pertimbangan itu digunakan juga. Dalam hal ini mereka bertitik tolak dari hadits riwayat Bukhari dari Aisyah dalam bab apa yang dipakai seorang yang berihram,

“Wanita tidak dibenarkan menutup mulut dan hidungnya, menutup mukanya, jangan memakai baju terusan dengan tutup kepala dan jangan memakai za’faran”.

Larangan serupa terdapat dalam hadits yang diriwayatkan Malik dalam al-Muwattha’ dari Nafi, bahwa Abdullah bin Umar pernah berkata,“Wanita yang berihram tidak boleh memakai tutup muka dan sarung tangan”. Apa arti larangan perempuan tidak boleh menutup mulut dan hidung (burqu) dan menutup muka (niqab) pada waktu berihram, kalau pemakaiannya tidak umum dalam masyarakat. Tetapi penganut tafsir ini, yang terdiri dari pengikut Imam Malik, Abu Hanifah dan sebagian dari pengikut Imam Syafi’i menetapkan suatu syarat dalam membuka wajah, bahwa hal itu boleh dilakukan selama tidak mengobarkan fitnah, baik karena dandanannya atau karena cantiknya, dan bahwa ia tidak boleh menampakkan diri ditengah-tengah orang fasik, yang menurut dugaan tidak akan menundukkan pandangannya seperti yang diperintahkan Allah, malah mereka akan terdorong mengikuti hawa nafsu dan berahinya. 

Kalau kedua syarat itu tidak terpenuhi, sebaiknya ia menutupi wajahnya untuk menghindari fitnah, mengingat terjadinya hal yang pertama, dan demi menghindarkan kemungkaran yang diakibatkan oleh hal yang kedua. Sesungguhnya menyingkirkan kemungkaran dalam situasi seperti ini, dengan mencegah orang fasik melihat kepadanya, atau melarang ia keluar dari rumah menemui semacam itu, atau dengan cara menutup wajahnya dihadapan mereka, masih lebih mudah melakukan yang terakhir diantara ketiganya itu.

Atas dasar itulah, maka semua hadits shahih yang menganjurkan wanita muslimah menutup wajahnya, yang dipergunakan oleh golongan pertama sebagai dalilnya, menunjukkan adanya keadaan takut dari fitnah, atau menandakan keinginan menjaga diri dan ketaqwaan. Jelasnya, sebagian besar isteri para shahabat dan tabiin itu, karena dorongan ingin menjaga diri dalam melaksanakan perintah Allah lalu mereka menutup wajahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...